Baru Saja Bergelar Isteri, Wanita Pasrah Kena Buang Rahim & Tidak Boleh Mengandung

Masalah fibroid yang terjadi telah menyebabkan pendarahan serius. Atas nasihat doktor, wanita ini terpaksa menjalani pembedahan buang rahim

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baru saja mendirikan rumah tangga, pasangan ini diuji apabila si isteri menghadapi masalah fibroid. Bertambah perit ujian kepada mereka apabila disebabkan masalah tersebut, si isteri perlu menjalani pembedahan buang rahim. Kisah tersebut dikongsikan wanita itu menerusi akaun TikTok @reenaSuhaimi.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Alami pendarahan teruk akibat masalah fibroid
  • Tiada lagi pendarahan

Alami pendarahan teruk akibat masalah fibroid

Berdasarkan penerangan video yang dimuat naik, wanita itu memberitahu, mereka baru saja bernikah dan dia perlu membuang rahim selepas dinasihati oleh doktor.

“Kami baru saja bernikah. Tiba-tiba doktor kata, aku kena buang rahim. Semoga kami kuat menempuhi dugaan ini bersama-sama.

“(17/3/2022) menangis tahan sakit masuk darah, saya reda lepas ini saya tiada rahim awak. (18/3/2022) babai sayang, jangan buang saya lepas ni,” demikian perkongsian wanita tersebut.

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Membalas pertanyaan netizen, wanita itu memaklumkan, dia mengalami pendarahan yang teruk ekoran fibroid tersebut yang terdapat di dalam rahim.

Bleeding teruk tak berhenti sampai anemia. Fibroid membesar dengan jayanya dalam rahim. Saya punya fibroid banyak dah bengkak-bengkak,” katanya.

Tiada lagi pendarahan

Menerusi perkongsian video seterusnya, dia tidak lagi mengalami pendarahan dan kini wanita itu sudah boleh berjalan.

“Selepas 10 hari tanpa rahim, dah boleh jalan tak ada pendarahan… syukur. Syukur dia sentiasa ada.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“10 hari tanpa rahim, aku reda untuk hari-hari mendatang,” katanya.

Dalam masa sama, netizen turut meninggalkan komen-komen yang positif serta memberi kata-kata semangat kepadanya di samping ada juga berkongsi pengalaman mereka.

“Saya faham perasaan laki kau sis. Wife saya pun sama dah buang rahim 5 tahun lepas. Kami tanpa anak dah 15 tahun. Alhamdulillah, saya tetap sayang dia sama seperti dulu selamanya”.

“Saya pun alami benda yang sama. Baru berkahwin rahim kena buang. Baby saya meninggal, tapi setiap berlaku ada hikmah. Semoga sis tabah ya”.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Akak pun baru buang rahim 3 Mac hari tu. Masih dalam pantang ni, luka luar dah kering tapi kat dalam masih lagi sakit”.

Kami mendoakan semoga pasangan suami isteri ini diberikan ketabahan menghadapi ujian bersama-sama serta dimurahkan rezeki mereka.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Dikesan Ada Fibroid Ketika Hamil 7 Bulan, Bolehkah Ibu Bersalin Normal? Ini Penjelasan Doktor

Baca juga:  Fibroid Ketika Hamil: Panduan Padat Untuk Bakal Ibu Kali Pertama

Baca juga: 8 Tahun Tunggu Nak Buat IVF, Akhirnya Doktor Bagi Jawapan Wanita Ini Kena Buang Rahim

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan