Sejak Lahir Hingga 4 Bulan Ditahan Wad, Bapa Bersyukur Anak Akhirnya Dapat Balik Rumah

Masalah jantung bayi baru lahir merupakan masalah serius. Bagi ibu ayah yang diberi ujian ini sudah pasti anda mengharapkan keajaiban berlaku

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap kelahiran anak mengukirkan senyuman bagi mereka yang bergelar ibu ayah. Namun tidak semua dapat merasai kebahagiaan ini apabila ada sesetengahnya diberikan ujian masalah jantung bayi yang memerlukan rawatan rapi di hospital.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Masalah jantung bayi kompleks, ibu ayah redha diberikan ujian besar
  • Doktor tidak boleh jangka berapa lama bayi mampu bertahan
  • Anak bergantung pada mesin oksigen, badan mula panas bila balik rumah

Seperti yang dilalui oleh pasangan ini, anak sulung mereka sudah lebih empat bulan ditahan di wad selepas disahkan menghadapi masalah jantung yang kompleks.

Masalah jantung bayi kompleks, ibu ayah redha diberikan ujian besar

Menurut laporan mStar, ayah kepada bayi berkenaan, Shahrul Amri Ibrahim, 26 menceritakan anaknya, Muhammad Tariq disahkan mempunyai masalah jantung sejak dilahirkan.

Disebabkan keadaan ini, anaknya memerlukan rawatan rapi sehingga terpaksa ditahan di Hospital Kajang sejak awal kelahiran sehinggalah kini.

Video yang dimuat naik olehnya di TikTok telah mendapat perhatian ramai, rata-rata netizen mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan.

Alhamdulillah isteri cakap baby dah boleh balik. Kuasa Allah, siapalah kita nak mendugakannya.

4 bulan 14 hari.. banyak betul ubat kamu sayang.

Nanti ubat abah yang buatkan, kita bagi ibu rehat je. Penantian yang dinanti-nantikan abah. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu keluar dengan kamu. 

Katanya kepada mStar, anaknya disahkan menghidapi Heart Complex Disease iaitu di mana jantung sebelah kirinya lebih kecil.

”Sepatutnya bahagian kiri lebih besar dari yang kanan untuk membolehkan darah dipam ke seluruh badan.”

Doktor tidak boleh jangka berapa lama anak mampu bertahan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

”Saya dan isteri dapat tahu anak ada penyakit ini semasa janji temu yang pertama dengan doktor pakar. Beliau menjelaskan keadaan anak saya. Mereka juga mengatakan tidak oleh beri jaminan berapa lama baby boleh bertahan.”

”Lebih merisaukan apabila doktor cakap disebabkan keadaan anak baru lahir, mereka tidak boleh buat pembedahan kerana amat berisiko tinggi. Sekarang anak saya bergantung sepenuhnya pada ubat lemah jantung sahaja,” katanya.

Disebabkan oleh perlu berulang alik ke hospital setiap hari, Shahrul Amri dan pasangannya membuat keputusan untuk menyewa rumah di kawasan lebih dekat iaitu di Bangi.

Meskipun telah dimaklumkan bahawa harapan untuk anaknya terus hidup adalah sangat tipis, namun mereka tidak pernah berputus asa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

”Sekarang baby ditahan di hospital sebab dia bergantung pada tabung oksigen. Kalau tak guna oksigen bantuan ini, baby akan penat dan mungkin pengsan.”

”Dia juga masih bergantung pada susu badan. Setiap dua hari sekali saya kena pergi hospital untuk hantar susu. Setiap kali ke hospital, saya selalu mengharapkan berita gembira daripada doktor,” jelasnya.

Tambahnya lagi, doktor ada mengatakan jika ubat yang diberikan kepada anaknya sudah mencapai tahap dos maksima dan keadaannya masih sama, mereka perlu ‘melepaskan’ dia.

”Disebabkan oleh penyakitnya ini, baby terpaksa makan dan minum melalui saluran tiub. Bahagian ototnya tidak mampu untuk minum secara terus melalui botol kerana dia Sindrom Down.”

”Saya juga tidak dapat berjumpa dengan anak setiap hari seperti ibu ayah yang lain kerana bayi dijaga dengan rapi oleh pihak hospital,” jelasnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak bergantung pada mesin oksigen, badan jadi panas bila balik rumah

Setelah genap 4 bulan lebih anaknya di hospital, Shahrul Amri berkongsi kegembiraan apabila dia dibenarkan balik ke rumah.

”Baby dah tak guna oksigen tapi lepas dia demam, jantung jadi berlekuk. Kami terpaksa beri dia guna oksigen semula.”

”Selama ini saya dapat jumpa dengan anak cuma ketika masa check up sahaja. Bila dia balik, tak sampai seminggu badannya mula panas dan jantung jadi laju. Kami terpaksa hantar ke hospital semula untuk pemantauan,” katanya yang akur dengan keputusan doktor.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak cukup dengan ujian itu, dia turut menceritakan bahawa dia dijangkiti Covid-19 beberapa hari yang lalu. Menurutnya, anaknya kini terpaksa ditahan semula di hospital sementara dia menjalani kuarantin kendiri di rumah.

”Kebetulan masa dapat tahu anak saya kena masuk wad semula, saya pula positif Covid-19. Berat ujian keluarga kecil saya ini. Kadang-kadang saya rasa nak putus asa, tapi demi keluarga tercinta saya kena kuatkan hati juga.”

”Biarpun tidak dapat keluar rumah, ada ramai sahabat yang tampil menghulurkan bantuan untuk hantar barang dekat isteri dan anak.” jelasnya.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Bila-Bila Masa Tuhan Akan Ambil Baby, Pasangan Ini Lalui Detik Duka Anak Hidap Sakit Jantung

Baca juga: Ibu Ini Kongsi Kisah Sedih Yang Dilaluinya, 6 Kali Kehilangan Bayi Akibat Penyakit Yang Jarang Berlaku

Baca juga: Kisah Seram Bayi Menangis, Meraung Selepas Ibu Curah Air Panas Ke Atas Pokok Di RnR