Air Kencing Jadi Nanah Dalam Buah Pinggang, Ibu Akur Bayi Dibedah Ketika Usia 2 Bulan

Masalah kesihatan bayi berkaitan saluran kencing telah dikesan sejak dari dalam kandungan lagi. Ibu ini kongsi pengalaman pahit dilaluinya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Begitulah ujian Allah SWT terhadap pasangan suami isteri ini  yang diuji dengan masalah kesihatan bayi dihidapi anak perempuan mereka yang kini sudah memasuki usia 1 tahun 8 bulan.

Apa yang anda boleh baca daripada kisah ini?

  • Masalah kesihatan bayi melibatkan salur kencing
  • Proses pantang yang mencabar
  • Bila diuji dengan anak sakit, ibu ayah jangan mengalah

Berdasarkan kisah yang dilaporkan oleh Mstar, pasangan tersebut iaitu Nur Azlin Farina Mohamad Azam, 27, dan Muhammad Adam Mac Duri, 34, sudah bersedia dengan apa jua kemungkinan memandangkan masalah kesihatan anak mereka, Aaira Mishall sudah dimaklumkan ketika wanita itu sedang hamil.

Masalah kesihatan bayi melibatkan salur kencing

 

Laporan itu menyebut, Nur Azlin Farina atau mesra disapa Nina memberitahu, dia melakukan imbasan sebanyak tiga kali dan dapat mengesan masalah kesihatan dihadapi bayinya yang ketika itu di dalam kandungan.

“Kami dapat tahu mengenai masalah kesihatan masa saya hamil. Saya buat detail scan sebanyak tiga kali. Dua imbasan pertama, tiada apa-apa. Imbasan ketiga baru dapat kesan masalah kesihatan.

“Akhirnya dia dilahirkan ketika usia kandungan lapan bulan. Mengikut doktor, anak kami ada masalah pada salur kencing. Air kencing turut kemudian patah balik ke buah pinggang. Salur kencingnya bermasalah sejak dilahirkan.

“Selepas lahir, dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) Hospital Sungai Buloh selama dua bulan. Selepas itu, dia dipindahkan pula ke Hospital Kuala Lumpur untuk menjalani pembedahan, dimasukkan tiub dan tebuk buah pinggang kiri serta kanan.

“Masa tu air kencing dah berkumpul jadi nanah di buah pinggang. Dia jalani pembedahan pertama ketika usia dua bulan. Alhamdulillah, semua OK lepas tu. Cuma minggu lepas dia masuk hospital lagi sebab alami kencing kotor. Sekarang dah discaj dan pulang ke rumah,” demikian cerita ibu bayi tersebut.

Tempoh berpantang yang begitu mencabar

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Nina yang bekerja sebagai kerani serta menetapkan di Kuala Selangor memaklumkan, proses berpantang yang dilaluinya juga sangat mencabar berikutan bayinya tiada di sisi serta ditempatkan di hospital.

Bagaimanapun, katanya, hanya kehadiran suami, ibu selain sokongan ahli keluarganya menjadi kekuatan kepada wanita itu untuk mengharungi hari-hari mendatang.

“Dia punya struggle tu, memang lain. Biasa orang bersalin, anak ada depan mata. Kes ini pula, anak dua bulan dalam hospital, saya berpantang sendiri.

“Walaupun masa hamil dulu doktor pernah pesan supaya saya jangan terlalu berharap, doktor risau dia tak boleh survive. Tapi sekarang dia pun dah besar. Itu pentingnya kita ada semangat dan sentiasa fikir positif.

“Saya kuat kerana ada suami di sisi, ada ibu dan keluarga. Masa anak dalam hospital, saya ada berbisik padanya setiap kali pergi melawat. Sekarang dia sangat sihat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Bila saya pergi ke hospital untuk check up, orang tanya dia sakit apa? Sebab dia tak nampak sakit pun. Nampak macam bayi biasa saja. Cuma sekarang dia delay sikit untuk berjalan,” ujarnya.

Bila diuji dengan anak sakit, ibu ayah jangan mengalah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Nina juga memberikan kata-kata semangat kepada ibu ayah yang turut diuji anak sakit supaya tidak berputus asa dan meneruskan perjuangan.

“Kepada mak ayah di luar sana yang ada anak sakit, jangan pernah mengalah. Kalau tengok balik video tu, memang kami mengalir air mata. Sebab hanya kita yang tahu dan rasa, apa yang kami lalui.

“Bila berhadapan ujian macam ni, kita kena ada minda positif. Insya-Allah ada manisnya di sebalik pahit yang melanda,” katanya.

Kisah berkenaan bayinya dikongsikan Nina melalui video yang dimuat naik di media sosial dengan harapan untuk memberi kekuatan kepada insan senasib.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tambahnya, dia juga mahu memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai penyakit buah pinggang dalam kalangan kanak-kanak kerana ada disebabkan genetik dan ada juga kerana pemakanan ibu ayah.

“Macam kes saya, doktor tak dapat kesan, mungkin Allah nak uji kami,” ujarnya.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Terpaksa Kurung Anak Sakit Mental Hingga Mati, Tiada Duit & Tidak Tahu Cara Merawatnya

Baca juga: Bila-Bila Masa Tuhan Akan Ambil Baby, Pasangan Ini Lalui Detik Duka Anak Hidap Sakit Jantung

Baca juga: Ibu Muda Ini Diuji, Menghidap Sakit Buah Pinggang Tahap 4, Anak Pula Terlantar Kerana Sawan