Menurut Pakar Bedah Pediatrik & Pakar Urologi, Nada Sudhakaran, lidah pendek atau ankyloglossia adalah keadaan di mana pergerakan lidah bayi adalah terhad, semasa kelahiran.
Lidah pendek atau tongue tie baby turut mengakibatkan tisu membran pendek, tebal atau melekat pada bahagian bawah lidah, serta lidah terletak pada bahagian bawah mulut, sehingga boleh mengganggu penyusuan.
Isi Kandungan
Lidah pendek pada bayi
Begitupun, ankyloglossia bukanlah satu kecacatan. Sebaliknya ia berlaku apabila keadaan otot nipis di bawah lidah iaitu frenelum terlalu pendek dan mengehadkan pergerakan lidah serta mengganggu fungsinya.
Keseriusan tongue tie baby ini adalah berbeza bergantung kepada keadaan posterior lidah pendek tersebut (di mana disebabkan ketebalan, keletakannya serta sudut posterior lidah itu sendiri dan lantai mulut), yang mungkin tidak begitu jelas.
Masalah tongue tie boleh menjadi serius apabila hujung lidah bayi dan kanak-kanak berbentuk hati.
Penyebab tongue-tie pada bayi
Tongue tie maksud kelainan pada lidah telah terbentuk sejak bayi masih dalam kandungan. Lidah bayi mula terbentuk di dalam rahim sekitar minggu ke-7 kehamilan, apabila lelangit hampir lengkap.
Pada awal proses pembentukan, lidah bayi memang terbentuk bersama-sama tisu mulut. Tetapi apabila janin berkembang, tisu lidah akan terpisah dari bahagian bawah mulut dengan sendirinya. Frenulum di bawah lidah juga akan mengecut sehingga membentuk lidah seperti biasa.
Walau bagaimanapun, jalur tisu atau frenulum pada sesetengah bayi kekal tebal supaya lidah tidak terpisah dari lantai mulut. Inilah yang menyebabkan berlakunya tongue tie pada bayi.
Faktor khusus yang menyumbang kepada perkembangan tongue tie masih dikaji, tetapi berikut adalah beberapa punca atau faktor risiko yang berpotensi:
- Faktor genetik: Penyebab tongue-tie pada bayi mungkin berkaitan dengan keturunan, bermakna ia boleh dijalankan dalam keluarga. Jika salah seorang atau kedua-dua ibu bapa mempunyai ikatan lidah, mungkin terdapat peningkatan kemungkinan anak mereka mengalaminya juga.
- Faktor perkembangan: Penyebab tongue-tie berlaku semasa perkembangan janin apabila struktur lidah dan mulut sedang terbentuk. Sekiranya terdapat gangguan dalam proses ini, ia boleh menyebabkan pembentukan frenulum lingual yang lebih pendek atau lebih ketat.
- Faktor persekitaran: Sesetengah penyelidik mencadangkan bahawa faktor persekitaran tertentu semasa kehamilan boleh menyumbang kepada perkembangan ikatan lidah. Walau bagaimanapun, terdapat bukti saintifik yang terhad untuk menyokong dakwaan ini.
Lidah bayi normal vs tongue tie
Lidah bayi normal vs tongue tie adalah dua keadaan yang boleh berbeza dari segi struktur dan pergerakan lidah. Berikut adalah perbandingan antara lidah bayi normal dan lidah terikat:
1. Lidah bayi normal
- Mobiliti: Lidah bayi normal mempunyai julat pergerakan yang baik. Si manja boleh menggerakkan lidah mereka dengan bebas ke atas, ke bawah, dan ke sisi.
- Bentuk: Lidah biasa biasanya mempunyai hujung yang tajam dan fleksibel. Mereka boleh membentuk lengkok dan pergerakan yang kompleks.
- Fungsi: Lidah bayi normal boleh menyusu badan dan botol dengan berkesan. Si manja juga boleh membuat pelbagai bunyi dan menelan makanan dengan baik.
2. Lidah pendek (tongue tie)
- Mobiliti Terhad: Lidah melekat berlaku apabila frenulum, tisu kecil yang menghubungkan lidah ke lantai mulut, terlalu pendek atau terlalu kaku. Ini mengurangkan pergerakan lidah dengan ketara.
- Bentuk Luar Biasa: Lidah yang diikat mungkin kelihatan terbelah atau hujung rata kerana pergerakan terhad.
- Masalah Penyusuan Susu Ibu: Bayi yang lidah pendek mungkin mengalami kesukaran untuk menyusu kerana lidah mereka tidak dapat mencapai puting dengan betul atau tidak dapat membentuk pengedap yang berkesan pada puting ibu.
- Masalah Artikulasi: Ikatan lidah boleh menjejaskan perkembangan pertuturan dan artikulasi vokal pada kanak-kanak yang lebih besar. Mereka mungkin mengalami kesukaran menyebut bunyi tertentu yang melibatkan pergerakan lidah yang kompleks.
Cara untuk mengetahui lidah bayi normal vs tongue tie adalah dengan memasukkan jari anda ke bawah lidah si kecil.
- Tanda bayi lidah pendek: Anda dapat merasakan kulit atau membran yang kuat, seperti seutas wayar. Jika ditekan perlahan, hujung lidah membengkok ke bawah.
- Manakala bagi bentuk lidah bayi yang normal pula adalah leretan jari lancar dan tiada gangguan di bawah lidah.
Tanda tongue-tie pada bayi
Terdapat beberapa tanda tongue-tie pada bayi yang ibu ayah boleh perhatian. Antaranya:
#1. Pergerakan lidah terhad
Sukar mengangkat hujung lidah ke bahagian belakang gigi kacip atas atau ke kiri dan ke kanan. Disebabkan ada tisu yang menambat lidahnya sudah pasti pergerakan lidah terhad.
Ia juga menganggu penyusuan kerana bayi sukar untuk melekapkan lidah mereka ke puting. Jadi periksa lidah anak anda, ada atau tidak tanda-tanda begini.
#2. Sukar menjelirkan lidah melepasi paras gigi
Tanda tongue-tie pada bayi seterusnya adalah sukar menjelirkan lidah melepasi gigi.
Ini mungkin boleh dikesan ketika bayi menangis atau menyusu. Adakah lidahnya boleh dijulurkan keluar atau tidak.
#3. Apabila lidah dijelirkan terdapat lekuk di hujung lidah
Ia jadi seperti lekuk berbentuk ‘hati’ di hujung lidah.
#4. Bayi mengamuk apabila menyusu
Tanda tongue-tie pada bayi seterusnya adalah mengamuk ketika ingin menyusu.
Apabila lidah tidak dapat digerakkan dengan bekas lekapan akan sukar berlaku dan bayi tidak boleh menghisap seolah-olah seperti tiada susu. Jadi sudah pastilah dia mengamuk kerana tidak dapat susu.
#5. Bayi masih kelihatan lapar walaupun baru lepas menyusu
Tanda tongue-tie pada bayi yang lain adalah masih lapar walaupun baru lepas menyusu.
Disebabkan bayi tidak boleh menghisap dengan kuat, jadi susu yang ditelan juga sedikit. Tidak hairanlah dia kelihatan sentiasa lapar.
Malah, ibu juga mungkin berdepan beberapa masalah ini:
- Si kecil anda akan cenderung mengunyah daripada menghisap.
- Anak kecil anda akan sukar untuk melekapkan mulutnya pada payudara ibu anda.
- Bayi akan mengeluarkan bunyi ‘klik’ ketika menyusu.
- Berat anak kecil anda tidak meningkat.
Bentuk lidah bayi tongue-tie
Menurut portal Myhealth, ciri-ciri fizikal lidah pendek atau bentuk lidah bayi tongue-tie ialah:
- Hujung lidah (tongue tip) tidak boleh atau sukar diunjur keluar.
- Hujung lidah berbentuk rata, jantung atau terbelah.
- Lidah tidak dapat atau sukar digerakkan ke kiri dan kanan.
- Hujung lidah tidak dapat menyentuh lelangit.
- Hujung lidah tidak dapat menjilat bibir atas.
- Tidak boleh digulung ke belakang.
Pengalaman bayi tongue tie
Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad telah memuat naik sebuah perkongsian mengenai pengalamannya menjadi ibu kepada Raja Urhan Raja Syahiran.
Breastfeeding is not for everyone. Tidak semua ibu diberi rezeki untuk menyusukan anak mereka. Sedih juga bila nak diingatkan. Tapi, rezeki Urhan cuma dapat menyusu badan kurang dari 2 minggu sahaja.
Ia bermula ketika kami perasan Urhan sakit lidah atau tongue-tie dalam minggu pertama selepas dilahirkan. Dia mengalami masalah sukar untuk menghisap susu. Bila menyusu badan, dia akan menangis seperti kena pukul.
Dah jadi macam force-fed pula. Sebab lepas 2-3 kali dia menghisap, kemudian terpaksa lepaskan.
Sebab risau Urhan tidak minum susu secukupnya. Kami buat keputusan untuk merujuk doktor. Bawah lidah dia digunting sedikut sebab masalah tongue-tie. Lepas tu kami kena memantau lagi. Tapi masih sama, tidak boleh menyusu badan
Kemudian kami bawa pergi jumpa doktor lain pulafor second opinion. Rupa-rupanya sakit lidah atau tongue-tie tu tak fully released.
Doktor kata perlu fully anaesthetic dan operate Urhan untuk betul-betul faham apa yang terjadi pada lidah bayi. Tapi doktor kata kena tunggu Urhan besar sikit. Dah lebih 3 bulan baru boleh buat sebab nak pantau berat dia dahulu memandangkan dia masih terlalu kecil.
Jadi sejak dari itu, Uyaina terpaksa mula memberinya minum susu formula. Pada mulanya campur, pam susu badan, top up dengan susu formula.
Akibat tongue tie pada bayi
Berikut beberapa akibat tongue tie pada bayi yang tidak dirawat:
-
Boleh ganggu pertuturan
Pentingnya periksa lidah anak selepas lahir kerana jika dia mengalami tounge tie dan tidak dirawat, ia boleh menggangu kualiti pertuturannya. Serius bukan? Jadi sebab itu perlunya ibu bapa periksa lidah anak selepas lahir.
Tidak semua akan mengalami masalah ini, tetapi disebabkan tongue tie pertuturan anak mungkin boleh jadi lambat atau pelat.
Bukan saja mengganggu penyusuan tetapi pertuturan juga boleh terganggu yang mana ia pastinya akan memberi kesan kepada perkembangan bayi anda.
Jadi ibu, rajin-rajinlah periksa lidah anak ya selepas dia lahir, kepekaan anda mampu mengubah segalanya.
-
Pemakanan juga boleh terganggu
Lidah amat penting semasa proses pencernaan makanan semasa dalam mulut kerana ia merupakan organ deria rasa.
Tugasnya termasuk menghisap cecair dan mengunyah makanan (bersama-sama dengan otot pipi untuk memindahkan makanan di sekeliling mulut, dan mengawal pergerakan makanan antara gigi atas dan bawah sehingga makanan dikunyah), menolak makanan semasa menelan dan membersihkan mulut daripada sisa makanan.
Kanak-kanak dengan tongue tie mungkin gagal atau sukar mengendalikan makanan dalam mulut. Mereka akan menolak makanan yang mempunyai tekstur yang sukar diproses.
Selain itu, karies gigi boleh berlaku kerana lidah tidak dapat membersihkan sisa makanan di celah gigi, bawah lidah dan ruang gusi-pipi
Kesan lidah pendek pada ibu
Gejala-gejala yang dialami oleh ibu apabila anak mempunyai tongue tie dan lip tie, semuanya berkaitan dengan penyusuan iaitu:
- luka pada puting ibu
- mastitis
- salur susu yang tersekat
- bekalan susu rendah
Semua ini boleh menyebabkan kebanyakan ibu berasa kecewa dan berhenti menyusu dengan lebih awal.
Rawatan bayi lidah pendek
Menurut Perunding Pediatrik IMU Healthcare, Profesor Madya Dr Erwin Khoo, masalah itu boleh dirawat menerusi rundingan dengan pakar laktasi atau pakar terapi pertuturan yang dapat membantu menentukan kaedah rawatan sesuai.
Kata Dr Khoo, tidak semua pesakit ankyloglossia perlu menjalani pembedahan sebaliknya ia hanya akan dilakukan apabila perlu.
Katanya, keputusan mengenai pembedahan biasanya dilakukan doktor dan ibu bapa selepas membincangkan semua kelebihan serta risikonya.
“Pembedahan yang dikenali sebagai Frenotomi itu adalah prosedur pembedahan sederhana yang boleh dilakukan dengan atau tanpa anestesia di hospital atau klinik.
“Doktor akan memeriksa frenulum lingual dan kemudian menggunakan gunting steril untuk memotong frenulum bebas.
“Prosedurnya cepat dan ketidakselesaan adalah minimum kerana hanya terdapat sedikit hujung saraf atau saluran darah di frenulum lingual,” katanya.
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai usia sesuai untuk merawatnya, Dr Khoo berkata, keputusan mengenai pembedahan contohnya harus dibuat berdasarkan kes itu sendiri dengan pembabitan ibu bapa.
Katanya, pembedahan pada kanak-kanak yang berumur kurang dari satu tahun dan orang dewasa kadang-kadang lebih menjadi pilihan kerana ia boleh dilakukan tanpa anestesia umum.
“Ada sebilangan doktor pula akan menunggu sehingga kanak-kanak itu berusia sekurang-kurangnya 4 tahun kerana kemungkinan frenulum lingual boleh memanjang secara spontan ketika ia digunakan.
“Selain itu, ada doktor yang lebih suka pembedahan dilakukan sebelum perkembangan makan, pertuturan atau masalah lain,” katanya.
Cara mengatasi bayi tongue-tie
Menurut WebMd, terdapat tiga jenis tindakan yang boleh dilakukan sebagai cara mengatasi bayi tongue-tie, iaitu frenotomy , frenectomy , dan frenuloplasty . Berikut adalah perbezaan antara ketiga-tiga:
-
Frenotomi
Tindakan paling mudah untuk menangani tongue-tie ialah frenotomy. Prosedur ini dilakukan tanpa bius atau bius, dengan sedikit mengoyakkan frenulum lidah. Prosedurnya cepat, meninggalkan sedikit ketidakselesaan, dengan sedikit pendarahan. Selepas itu, bayi juga boleh terus menyusu.
-
Frenectomy
Frenectomy dilakukan dengan memotong dan mengeluarkan seluruh frenulum. Pemotongan frenum boleh dilakukan dengan pisau bedah atau alat khas, seperti electrocautery (terbakar) dan sinar laser.
Tindakan frenectomy dengan electrocautery dan cahaya laser hanya memerlukan anestesia tempatan, tidak seperti frenectomy dengan pisau bedah yang memerlukan anestesia am atau sedasi. Tempoh pemulihan untuk pembedahan frenectomy dengan electrocautery juga lebih cepat.
-
Frenuloplasty
Prosedur frenuloplasty adalah lebih kompleks dan memerlukan anestesia am. Bukan sahaja memotong frenulum lidah, frenuloplasty juga melibatkan jahitan dan pembaikan bentuk frenulum.
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: Ramai Ibu Telah Diajar Dengan Cara Penyusuan Susu Badan Yang Salah: Kajian
Baca juga: Bayi Anda Kuat Meragam? Kajian Meminta Para Bapa Melayan Ibu Dengan Lebih Baik!
Baca juga: Tolong! Bayi baru lahir saya tidak ingin menyusu!