X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Ibu Sakit Menyusu Kerana Bayi Ada Masalah Tongue Tie & Lip Tie?

3 min bacaan
Ibu Sakit Menyusu Kerana Bayi Ada Masalah Tongue Tie & Lip Tie?

Sebanyak 5-10% bayi akan ada masalah lip tie dan tongue tie. Akibatnya, bayi akan menghadapi masalah susah untuk menyusu. Jom ketahui apa tanda masalah ini.

Tahukah anda apabila ibu mengalami kesakitan menyusu yang tak dapat dijelaskan mengapa, ia merupakan petunjuk kepada masalah lip tie dan tongue tie? 

Kira-kira 5-10% bayi akan mempunyai masalah ini selepas mereka dilahirkan.

Apakah itu masalah tongue tie dan lip tie?

tongue tie

Biasanya seorang bayi hanya akan mengalami salah satu dari masalah ini. Tetapi, pernah juga berlaku di mana ada bayi yang mengalami kedua-dua masalah ini sekali.

Masalah tongue tie

  • Masalah membran di bahagian bawah lidah melekat pada lantai mulut dan menyebabkan pergerakkan lidah terhad atau terikat.
  • Hujung lidah bayi tidak dapat diangkat sehingga menyentuh lelangit, dan tidak dapat digerakkan ke kanan atau ke kiri.
  • Apabila membran di bawah bibir dan gusi (berhampiran dengan gigi depan) menyekat pergerakan bibir. Ini biasa berlaku pada bahagian atas bibir.

Apakah yang menyebabkan kedua-dua keadaan ini?

tongue tie

Ini adalah keadaan kongenital, iaitu keadaan yang wujud sejak bayi lahir.

Terdapat beberapa aspek genetik yang menyebabkan kedua-dua keadaan ini.

Bagaimanakah ia boleh memberi kesan pada anak saya?

Keadaan ini boleh menyebabkan masalah pada permulaan penyusuan.

Sesetengah bayi akan menghadapi cabaran untuk melekap dengan baik pada payudara ibu. Ini menyebabkan ibu rasa sakit semasa menyusu dan mengakibatkan luka pada puting sehingga berdarah atau keluar lepuh.

Bayi-bayi lain pula mungkin akan melekap dalam masa yang lama pada payudara walaupun sudah kerap kali menyusu.

Ini satu-satunya tanda penyusuan tidak efektif yang disebabkan oleh masalah tongue tie dan lip tie.

Bayi itu bukan sahaja tidak akan dapat susu yang secukupnya, malah dia akan cepat letih dan tertidur sebelum kenyang sepenuhnya. Tanda-tanda lain termasuk purata kenaikan berat badan yang rendah serta refluks yang disebabkan jumlah udara yang ditelan bayi akibat pelekapan yang cetek.

Jika kes bayi itu sangat teruk dan tidak dirawat dengan cepat, masalah tongue tie dan lip tie boleh menjejaskan pertuturan, serta cara bayi itu makan dan menelan.

Ia juga akan memberi kesan kepada pertumbuhan gigi serta pertumbuhan dan perkembangan bahagian wajah dan rahang bayi tersebut.

Ibu Sakit Menyusu Kerana Bayi Ada Masalah Tongue Tie & Lip Tie?

Apakah kesannya kepada ibu?

Gejala-gejala yang dialami oleh ibu apabila anak mempunyai tongue tie dan lip tie, semuanya berkaitan dengan penyusuan:

  • luka pada puting ibu
  • mastitis
  • salur susu yang tersekat
  • bekalan susu rendah

Semua ini boleh menyebabkan ibu berasa kecewa dan berhenti menyusu dengan lebih awal.

Bagaimana untuk mengetahui anak mempunyai tongue tie atau lip tie?

Yang mengelirukan, seorang bayi yang mempunyai tongue tie atau lip tie mungkin masih boleh menjulurkan lidahnya.

Seperti kebanyakan masalah-masalah perubatan lain, gejalanya selalu berbeza-beza.

Pemeriksaan mulut yang terperinci oleh pakar terlatih adalah cara terbaik untuk mengesan kedua-dua keadaan ini.

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Ramai Ibu Telah Diajar Dengan Cara Penyusuan Susu Badan Yang Salah: Kajian

Baca juga: Bayi Anda Kuat Meragam? Kajian Meminta Para Bapa Melayan Ibu Dengan Lebih Baik!

Baca juga: Tolong! Bayi baru lahir saya tidak ingin menyusu!

Stories Rakan Kongsi
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Ibu Sakit Menyusu Kerana Bayi Ada Masalah Tongue Tie & Lip Tie?
Kongsikan:
  • Penyusuan boleh terjejas jika tongue tie dan lip tie bayi tidak dirawat

    Penyusuan boleh terjejas jika tongue tie dan lip tie bayi tidak dirawat

  • Mengenal Tongue Tie Baby Yang Menyebabkan Bayi Susah Menyusu

    Mengenal Tongue Tie Baby Yang Menyebabkan Bayi Susah Menyusu

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Penyusuan boleh terjejas jika tongue tie dan lip tie bayi tidak dirawat

    Penyusuan boleh terjejas jika tongue tie dan lip tie bayi tidak dirawat

  • Mengenal Tongue Tie Baby Yang Menyebabkan Bayi Susah Menyusu

    Mengenal Tongue Tie Baby Yang Menyebabkan Bayi Susah Menyusu

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.