Selalu Pakai Masker Oat Sebelum Tidur, Ibu Anak 4 Kongsi Rahsia Kulit Cantik & Sihat

Masker muka boleh dijadikan sebagai rutin malam apabila ibu penat seharian bekerja dan menguruskan anak bagi mengembalikan keserian wajah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seiring peningkatan usia, rata-rata wanita akan mengalami penurunan kolagen dalam kulit yang boleh menyebabkan masalah kekeringan, kusam dan jeragat. Bagi mengelakkan ia terjadi, apa kata anda amalkan masker muka oat setiap hari sebelum tidur.

Sememangnya menjadi seorang ibu bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi anda bekerja dan dalam masa sama perlu menguruskan anak-anak yang masih kecil. Ada kalanya tidak cukup rehat atau tidur hingga boleh mempercepatkan proses penuaan pada wajah.

Cara buat masker muka oat yang mudah dan murah

Antara salah satu rahsia mengekalkan kesihatan kulit wajah adalah dengan menggunakan masker oat. 

Amalan penjagaan kulit menggunakan oat sudah pun bermula sejak zaman Mesir Purba.
Masyarakat kuno menjadikan oat sebagai bahan untuk menghilangkan kegatalan kulit atau kesan gigitan serangga.

Kemewahan khasiat serat dan asid amino dalam oat penting untuk membekalkan kecantikan kulit.

Puan Yanie Rosdi telah berkongsikan cara buat masker mudah yang mampu menyegarkan muka dan menyelesaikan masalah kulit kusam.

Caranya mudah saja, bahan pun biasa ada dekat rumah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan:

  • Oat
  • Putih telur
  • Lemon (optional)

Nota:

  1. Oatmeal ni selain baik untuk jantung dan menyerap minyak atau kolesterol berlebihan, ia juga bagus untuk mengurangkan minyak di wajah.
  2. Telur pula berfungsi untuk mengecilkan pori-pori di wajah sehingga mengurangi pengeluaran minyak yang berlebihan.
  3. Campuran kedua-dua bahan ini boleh dijadikan rawatan kulit berminyak di rumah yang sangat mudah. Sedikit titisan lemon pula memberi aroma yang wangi dan menyenangkan!

Cara buat masker muka oat

  1. Mula-mula, campur dan gaulkan semua bahan sehingga membentuk pes. Lemon tu optional, untuk wangikan dan tambah kesegaran. Kalau tak ada pun tak apa.
  2. Kemudian, oleskan pada bahagian muka dengan rata. Muka anda akan terasa sejuk.
  3. Selepas itu, biarkan sekurang-kurangnya 30-45 minit atau sehingga kering. Seeloknya buat masa nak tidur, senang sikit tak perlu nak bergerak-gerak.
  4. Akhir sekali, bilas dengan air suam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kesan yang boleh anda rasai selepas mengamalkan masker muka ini adalah wajah akan terasa lebih segar, bersih, bebas minyak dan makin berseri walaupun dengan solekan yang paling minima.

Yalah, kita yang ada anak 4 orang ni kadang-kadang mana sempat nak make up setiap kali keluar, kan?

Khasiat oat untuk kesihatan kulit

#1. Mengekalkan kelembapan kulit wajah

Kandungan polisakarida dalam oat dapat menangani masalah kulit kering dan kusam.

Khasiat zat ini dapat mengubah tekstur oat menjadi kenyal seperti agar-agar jika terkena air dan melindungi kulit dari dehidrasi sehingga kulit tidak mudah kering dan kusam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Mencerahkan ton dan menghaluskan kulit

Kandungan khasiatnya tinggi dapat mengembalikan keremajaan, sekali gus memberikan kesan kulit lebih cerah dan bebas dari kotoran degil.

Selain menanggalkan sel mati pada wajah bagi memastikan tekstur kulit sekata, oat juga mengurangkan bekas jerawat untuk kulit cantik tanpa cela.

#3. Melembutkan kulit

Oat juga dapat mengembalikan tangan kasar selepas banyak melakukan kerja rumah. Ia juga membantu menghilangkan kulit mati dan kotoran dengan baik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Mengatasi wajah berminyak

Penghasilan minyak berlebihan akan menutupi liang roma, sekali gus mengakibatkan pengumpulan minyak muka berlebihan yang menjadi punca masalah jerawat.

Selain membersihkan minyak wajah yang berlebihan, oat juga dapat menanggalkan sel kulit mati dan kotoran degil dengan selamat.

#5. Menanggalkan sel kulit mati

Kulit perlu menjalani proses regenerasi untuk menghasilkan sel kulit baru dan sihat. Oleh itu proses penyingkiran atau pengelupasan amat penting untuk membolehkan kulit baru lebih sihat dan segar membentuk pada wajah.

Penggunaan oat sebagai bahan lulur juga tidak memberikan tekstur kasar untuk kulit wajah sensitif atau lembut. Teksturnya terasa lembut dan mampu menanggalkan sel kulit mati.

Semoga bermanfaat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anak Seiras Wajah Ayah Memiliki Tahap Kesihatan Yang Baik, Benarkah? Ini Ulasannya!

Baca juga: Wajah Berseri-Seri Semasa Hamil? Orang Tua-Tua Kata, Ia Tanda Anda Mengandung Anak Lelaki!

Baca juga: Mask Muka Bagus Untuk Tingkatkan Seri Wajah, Ini 7 Jenama Mask Muka Terbaik Selamat Untuk Ibu Hamil