Seorang gadis maut dibunuh dengan kejam di kediamannya di Kampung Lubuk Batu, Hulu Terengganu. Mangsa dipercayai disamun dan ditetak penjenayah yang memecah masuk rumahnya.
Menurut laporan
astro awani, Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu mangsa Siti Nor Suria Ismail, 19 tahun ditemui tertiarap di bahagian ruang tamu rumahnya.
Kejadian itu juga menyebabkan pergelangan kiri mangsa putus serta beberapa kecederaan pada anggota badan akibat tetakan tersebut.
Maut dibunuh dengan kejam, pergelangan tangan putus
Menurut bapa mangsa, mereka hanya menyedari insiden itu kira-kira jam 2 petang selepas anak bongsunya pulang dari sekolah.
Katanya sebelum itu adiknya beberapa kali menghubungi mangsa namun tiada jawapan dan menyebabkan adiknya pulang sendiri berjalan kaki.
Namun, sejurus tiba di rumah adiknya yang berusia 15 tahun terkejut melihat keadaan kakaknya.
“Sepatutnya dia ambil adik dia dari sekolah tapi dia tak datang. Adik dia balik jalan kaki. Lebih kurang pukul 2.30 adiknya telefon, beritahu kakaknya berlumuran darah dan tangan dia putus,” katanya.
Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata pihaknya percaya mangsa dipukul menggunakan objek tumpul.
Pihak polis ke tempat kejadian mendapati seorang perempuan dalam keadaan tertiarap di dalam rumah tersebut dan terdapat kecederaan pada bahagian badan dan juga muka,” katanya.
Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke unit forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Cara hilangkan trauma lihat kejadian buruk menimpa ahli keluarga
Menurut portal
myhealth, situasi traumatik adalah satu peristiwa yang menyebabkan kecederaan terhadap fizikal, emosional, psikologikal atau mental. Seseorang yang mengalami distress mungkin akan merasa bimbang atau ketakutan.
Dalam sesetengah kes mereka mungkin tidak tahu untuk memberi respon atau mungkin menafikan kejadian yang berlaku. Individu ini memerlukan bantuan dan masa untuk menyembuhkan diri disamping menstabilkan emosi dan mental.
Salah satu cara yang berkesan untuk mengurangkan penderitaan terhadap trauma ini adalah dengan berjumpa dengan pegawai professional seperti kaunselor.
Dapatkan khidmat kaunseling
Kaunseling adalah satu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor professional bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien, yang baik dan menyeluruh secara sukarela sepanjang hayat berlandaskan etika kaunseling.
Trauma pula adalah pengalaman yang dahsyat, keadaan sakit disebabkan oleh luka, renjatan emosi.
Punca terjadinya trauma
Trauma boleh terjadi daripada pelbagai situasi. Antara situasi tersebut adalah:
- Kematian ahli keluarga, kawan, atau haiwan kesayangan
- Perceraian
- Kecederaan
- Penyakit
- Peperangan
- Bencana alam
- Keganasan
- Berpindah ke tempat baru
- Ditinggalkan oleh ibu bapa
- Menyaksikan kematian atau situasi traumatik yang lain
- Mangsa rogol
- Dipenjarakan
Identifikasi peringkat trauma
Tahap 1: Luahan rasa
Tahap 2: Penafian
Tahap 3: Gangguan
Tahap 4: Mengalami
Tips menangani trauma
Kajian menunjukkan kebanyakan orang mampu untuk kembali daripada sesuatu tragedi. Ia adalah normal bagi seseorang yang mengalami tekanan selepas bencana tetapi selepas beberapa bulan seseorang itu sudah mampu untuk berfungsi seperti sedia kala.
#1. Beri masa untuk menyesuaikan diri
Beri anda masa. Jangan terlalu nak cepat keluar dari rasa trauma itu. Jangan pula tergesa-gesa, beri masa untuk diri anda, anda baru saja melihat tragedi dasyat di depan mata. Memang sukar nak hilangkan bayangan dalam sekelip mata.
#2. Mendapatkan bantuan daripada seseorang yang mengambil berat dan memahami situasi yang anda hadapi
Cari orang yang boleh anda percaya. Jangan berdiam diri, luahkanlah apa yang anda rasa.
#3. Meluahkan perasaan anda
Jangan simpan seorang diri, boleh gila anda nanti. Luahkan apa yang terbuku di dada dan hati anda.
#4. Mendapatkan bantuan daripada kumpulan sokongan yang diketuai oleh pakar yang terlatih
Berjumpalah dengan yang pakar, dapatkan nasihat daripada mereka yang bertauliah.
#5. Mengamalkan cara hidup sihat
Badan yang sihat akan membentuk minda yang sihat.
#6. Mengekal dan menambah baik rutin harian
Mungkin boleh tukar rutin harian anda supaya anda tidak terus dibelenggu dengan apa yang anda lalui sebelumnya.
#7. Mengelak daripada membuat keputusan besar
Saat fikiran berkecamuk, elakkan buat sebarang keputusan besar yang boleh memberi kesan kepada hidup anda.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: astro awani, myhealth
Baca juga:
Adam Rayqal maut kerana trauma di kepala – Ini cara kenali tanda anak cedera
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!