TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Isteri Ini Jadi Mayat Pertama Yang Dibekukan Dalam Pembedahan Cryogenic

22 Aug, 2017
Isteri Ini Jadi Mayat Pertama Yang Dibekukan Dalam Pembedahan Cryogenic

Gara-gara menyimpan hasrat untuk hidup semula di masa hadapan, wanita ini menghabiskan 1 juta untuk membekukan mayatnya! Adakah dia berjaya?

Mayat boleh dibekukan dengan pembedahan cryogenic

Sesiapa yang sakit parah dan memilih untuk membekukan badan mereka melalui pembedahan cryogenic mungkin menyimpan harapan untuk hidup semula di masa depan.

Ini yang terjadi pada pasangan suami isteri di bawah.

Apabila Zhan Wenlian, meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada 8 Mei lalu, suaminya Gui Junmin tak menyediakan pengebumian tradisional untuk isterinya. 

Sebaliknya, dia telah menghantar mayat isteri tercinta itu ke Institut Penyelidikan Sains Hayat Shandong Yinfeng untuk dibekukan melalui pembedahan cryogenic!

Isteri Ini Jadi Mayat Pertama Yang Dibekukan Dalam Pembedahan Cryogenic

Kredit gambar: India Future Society

Menurut Science and Technology Daily, Zhan Wenlian merupakan orang pertama di China yang membekukan seluruh badan!

Apakah proses pembedahan cryogenic dan bagaimana mayat boleh dibekukan?

Anda pasti tertanya-tanya, bagaimana proses membekukan mayat dijalankan?

Apabila seseorang telah diisytiharkan mati secara klinikal, satu prosedur akan dilakukan terlebih dahulu untuk memastikan darah masih mengalir dalam badan.

Seterusnya, badan akan disuntik dengan bahan kimia dan dimasukkan ke dalam ais untuk mengelakkan penguraian.

Isteri Ini Jadi Mayat Pertama Yang Dibekukan Dalam Pembedahan Cryogenic

Gambar menunjukkan pembedahan cyrogenic untuk membekukan mayat sedang dijalankan. Sumber gambar: Weibo

Apabila mayat disejukkan hingga ke paras 0 ° C, darah dalam badan akan dikeluarkan dan diganti dengan bahan kimia yang mengekalkan organ-organ badan dan menghentikan pembentukan kristal ais.

Selepas itu, mayat akan dibekukan sehingga -130 ° C. 

Langkah terakhir dalam proses membekukan mayat ini adalah untuk memasukkan mayat itu ke dalam tangki nitrogen cecair yang sebanyak 2,000 liter lalu disimpan pada suhu kira-kira -196 ° C.

dibekukan

Tong cecair nitrogen untuk menyimpan mayat yang dibekukan

Adakah pembedahan cryogenic satu teknologi baru?

Kebanyakan kes membekukan mayat melalui cara cryogenic, iaitu proses memastikan bahagian tubuh disimpan pada suhu yang rendah, telah berjaya dilaksanakan sejak 1960-an lagi.

Sebagai contoh di Amerika, di mana teknologi ini mula-mula diperkenalkan, prosedur cryogenic telah dijalankan selama beberapa ketika.

2 organisasi utama yang menjalankan prosedur seluruh tubuh adalah Alcor, yang kini mempunyai 152 “pesakit”, dan Cryonics Institute, yang kini mempunyai 138 “pesakit”.

Adakah mayat ini akan hidup kembali? Bagaimana?

Itu tidak dijamin. 

Baca juga:

Keperitan Nasib Ibu Tunggal & Anaknya Yang Terpaksa Tidur Dalam Teksi

Berapakah kos membekukan mayat ini?

Di Amerika, kos penyimpanan mayat seluruh badan memerlukan sekurang-kurangnya USD$  28,000, tapi kos ini boleh juga meningkat sehingga USD$ 280,000 (MYR1,202,656.00).

Di China, kos sekurang-kurang berharga 2.05 juta yuan (MYR1,319,813.88).

Tapi bagi kes Zhan ini, bilnya telah ditaja penuh kerana mayat isterinya merupakan mayat pertama yang mencuba prosedur seluruh badan ini.

Mereka juga ingin menguji potensi pengembangan prosedur ini di pasaran China.

Suami Zhan, Gui juga telah membuat perancangan untuk membekukan badan sendiri apabila dia meninggal dunia bagi “menemani” isterinya. 

Stories Rakan Kongsi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak

Badan mereka akan dibekukan sehingga masa tertentu apabila sudah ada teknologi perubatan yang lebih baik dan canggih mampu membuatkan mereka boleh hidup bersama semula.

Prosedur yang masih menjadi tanda tanya 

Kita tidak pasti kalau prosedur ini pasti boleh berjaya atau tidak, tapi ada sesetengah orang akan mencuba segala-galanya untuk hidup dengan lebih lama. 

Tetapi memandangkan kosnya yang begitu tinggi, saya berpendapat prosedur ini tak berbaloi kerana ia tidak menjaminkan apa-apa pun.

Daripada menghabiskan duit hampir 1 juta untuk membekukan badan, saya lebih rela generasi-generasi yang akan datang untuk mewarisi duit itu.

Tepuk dada, tanya selera!

Sumber: Mothership

Kredit gambar: India Future Society

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Isteri Ini Jadi Mayat Pertama Yang Dibekukan Dalam Pembedahan Cryogenic
Kongsikan:
  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham