Melasma Atau Tompok Gelap Pada Kulit Ibu Hamil, Adakah Ia Normal Atau Petanda Bahaya?

Melasma pada ibu hamil merupakan keadaan di mana timbulnya bintik hitam pada wajah. Kenapa tompok hitam ini muncul semasa anda hamil?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Melasma pada ibu hamil adalah perubahan fizikal biasa yang dialami oleh wanita berbadan dua. Ini adalah perubahan warna dan tekstur pada bahagian kulit. Chloasma gravidarum atau melasma pada ibu hamil merupakan salah satu dari perubahan yang sering berlaku.

Adakah anda juga mengalami keadaan ini? Tiba-tiba saja muka hitam dan leher hitam ketika hamil, tapi ibu jangan risau, ia hanya sementara sahaja, dan akan hilang selepas bersalin.

Walaupun perubahan ini boleh menimbulkan rasa tidak selesa dan boleh menyebabkan anda kurang keyakinan diri, hakikatkan ia perkara biasa yang dialami wanita hamil, dan anda boleh cegahnya dari menjadi teruk. 

Apa Itu Melasma?

Melasma atau chloasma merupakan masalah kulit yang umum, yang kelihatan seperti tompok gelap dan perubahan warna pada kulit ibu hamil.

Ia juga kadangkala disebut sebagai topeng kehamilan kerana sifatnya yang muncul di sekitar bibir atas, hidung, tulang pipi dan dahi sehingga menyerupai topeng.

Keadaan bintik atau tompok hitam ini juga boleh muncul di pipi, sepanjang garis rahang, di lengan atau bahagian lain tubuh yang terkena sinaran matahari.

Tambahan lagi, keadaan kulit yang sudah berpigmen seperti puting susu, bekas luka, bahagian intim – berisiko menjadi lebih gelap semasa kehamilan. Ia juga cenderung terjadi di bahagian di mana berlaku gesekan seperti ketiak dan bahagian dalam paha.

Apa Yang Normal dan Tidak

Mesti ada ibu hamil yang ingin tahu, jika melasma terjadi apalah tanda normal dan tidak normal yang perlu diambil perhatian agar tiada bahaya kepada diri dan anak yang sedang dikandung. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Adalah normal apabila bintik-bintik hitam dan kukit gelap ini timbul ketika anda sedang hamil yang mana ia dipanggil melasma atau chloasma. 

Ia kadangkala dirujuk sebagai ‘topeng kehamilan’ kerana biasanya tompokan ini muncul di sekitar bibir atas, hidung, tulang pipi dan dahi yang secara tidak langsung menampakkan seperti topeng!

Ibu hamil juga mungkin mengalami tompokan gelap pada pipi, sepanjang garis rahang anda, atau pada bawah lengan anda dan bahagian lain badan yang terdedah kepada matahari.

Ia lebih mudah muncul di kawasan kulit yang berpigmen iaitu puting payudara, jeragat, parut dan kemaluan yang mana ia akan menjadi lebih gelap semasa kehamilan. 

Melasma juga sering berlaku di kawasan yang sering berlaku geseran, seperti ketiak dan bahagian dalam paha anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada kemungkinan melasma ini membawa pentanda buruk. Tidak dapat dinafikan perubahan warna kulit tertentu boleh menjadi simptom kanser kulit atau masalah perubatan lain.

Keadaan dianggap tidak normal sekiranya anda merasa sakit pada kulit yang menghitam atau berlakunya iritasi teruk pada kulit. 

Bila Patut Risau

Segera merujuk kepada doktor atau mereka yang pakar sekiranya perubahan dan pigmentasi pada kulit akibat melasma itu disertai dengan rasa sakit, kulit jadi sensitif, kemerahan atau berlakunya pendarahan di kulit.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu perubahan lain di kulit juga perlu diambil perhatian seperti perubahan warna, bentuk atau saiz tahi lalat. Sebagai ibu hamil, eloklah anda merujuk kepada pakar dermatologi untuk diagnosis dan rawatan yang sesuai sekiranya ia bukan melasma normal. 

Kami ada senaraikan skincare terbaik dan selamat untuk ibu hamil gunakan di sini.

Penyebab Chloasma Gravidarum

Punca melasma boleh disebabkan oleh perubahan hormon selama kehamilan, yang merangsang peningkatan sementara jumlah melanin yang dihasilkan oleh tubuh wanita hamil.

Melanin sendiri merupakan faktor semuajadi yang memberi warna pada rambut, kulit, dan mata.

Selain itu, keadaan chloasma gravidarum juga dipengaruhi oleh pendedahan kepada pancaran cahaya matahari. Biasanya, perempuan dengan kulit yang lebih gelap lebih cenderung memiliki melasma berbanding  yang mempunyai kulit yang lebih cerah

Jika dalam anggota keluarga ada yang mengalami keadaan ini, maka anda juga lebih berisiko memiliki melasma. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gejala Chloasma Gravidarum

Melasma menyebabkan tompokan warna, keadaan warna kulit lebih gelap dari warna kulit yang biasa. Ini biasanya terjadi pada wajah dan ia bersifat simetri dengan tanda yang serasi di kedua sisi wajah. Daerah lain dari tubuh anda yang sering terkena sinar matahari juga dapat mengembangkan melasma.

Tompok berwarna kecoklatan biasanya muncul pada:

  • pipi
  • dahi
  • tulang hidung
  • dagu

Ini juga dapat terjadi pada leher dan bawah lengan yang rata-ratanya tidak membahayakan fizikal, tetapi anda mungkin merasa kekurangan pada penampilan. Ini akan menyebabkan anda berasa kurang keyakinan diri.

Jika anda melihat gejala melasma ini, jangan mengambil ubat sebarangan dan sila berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Doktor mungkin akan merujuk ke doktor kulit jika ia terlalu mengganggu anda, atau merasakan anda memerlukan rawatan susulan.

Bagaimana Mencegah Melasma Menjadi Semakin Teruk?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semua perubahan pigmentasi kulit akibat melasma biasanya hilang dengan sendirinya setelah melahirkan, tetapi ibu hamil dapat melakukan beberapa perkara untuk meminumumkan penampakan bintik-bintik gelap pada kulit sepanjang kehamilan:

1. Gunakan Pelindung Matahari

Ini sangat penting kerana paparan sinar ultraviolet matahari (UV) menyebabkan melasma dan perubahan pigmen. Gunakan pelindung matahari dengan SPF 30 atau lebih tinggi setiap hari, walaupun anda tidak berada di bawah sinaran matahari dan sapu semula apabila berada di luar rumah.

Walaupun anda tidak bercadang meninggalkan rumah atau tidak kerap menghabiskan banyak waktu di luar, ada baiknya anda menjadikan pemakaian pelindung matahari sebagai rutin setiap hari. Kurangkan juga waktu yang dihabiskan di bawah sinar matahari, terutama antara pukul 10 pagi dan 2 petang.

Walaupun anda di rumah, sebenarnya ad eloknya anda gunakan juga krim pelindung matahari, kerana anda masih juga terkena sinarannya ketika di dalam rumah walaupun bukan direct. 

2. Jangan Melakukan Waxing

Melakukan wax untuk menghilangkan bulu pada tubuh dapat menyebabkan peradangan kulit yang memburukkan lagi keadaan melasma, terutama di bahagian tubuh yang dipengaruhi oleh perubahan pigmentasi.

Antaranya termasuklah di bahagian sensitif seperti kemaluan. Elakkan waxing pada ketika ini kerana ia bukan membuatkan kulit anda menjadi lebih elok, malah lebih teruk dan hanya akan menyebabkan iritasi.

3. Gunakan Produk Perawatan Kulit Hypoallergenic

Pembersih dan krim wajah yang memberi iritasi kulit anda dapat menjadikan melasma bertambah teruk. Produk seperti ini adalah bersifat ‘lembut’ dan tidak akan menyebabkan kulit anda semakin rosak.

Pastikan anda melihat dulu isi kandungan produk yang dipakai untuk kulit sekiranya anda mengalami melasma kerana produk kulit yang tinggi kadar keasidan akan membuatkan melasma menjadi lebih teruk. 

4. Memakai Concealer

Jika bintik-bintik gelap mengganggu penampilan anda, pakai solekan seperti concealer bagi menutup cela yang kelihatan. Jangan gunakan produk pemutih pula ya!

Melasma biasanya pudar tanpa rawatan selepas anda melahirkan bayi. Tompok-tompok gelap mungkin akan pudar dalam tempoh setahun selepas bersalin, dan kulit anda akan kembali ke pada biasa, walaupun kadangkala perubahan itu tidak pernah hilang sepenuhnya.

Bagi sesetengah wanita, pil pencegah kehamilan kontraseptif yang mengandungi estrogen (seperti Pil, tampalan dan cincin faraj) juga boleh menyumbang kepada melasma. Jika perubahan kulit mengganggu, cuba pertimbangkan pilihan kawalan kelahiran yang lain.

Jangan terlalu risau mengenai keadaan kulit anda yang ada tompok hitam ketika kehamilan jika ia tidak mendatangkan sebarang kesakitan dan sebagainya.

Jangan pula cuba makan produk pemutih yang dijual di pasaran kerana ia mungkin akan menyebabkan kemudaratan kepada anda dan bayi dalam kandungan jika mengandungi sebarang kandungan berbahaya dan tidak sesuai untuk ibu hamil. Ini hanya akan menyebabkan anda menjadi lebih pening kepala untuk menyelesaikan masalah anda.

Bersabarlah. Dalam sembilan bulan ini memang akan banyak perkara yang berlaku pada tubuh badan anda kerana kehadiran ‘cahaya’ baharu ini. Ibu perlu lebih bersabar ya!

Semoga bermanfaat.

  1. American Aacademy of Dermatology Association (February 15, 2022). Melasma: Overview. www.aad.org/public/diseases/a-z/melasma-overview
  2. webmd ( June 22, 2021). Melasma (‘Pregnancy Mask’) on Cheek. www.webmd.com/skin-problems-and-treatments/picture-of-melasma-pregnancy-mask-on-cheek

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Fadhila Afifah dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Baca juga: 9 cara hilangkan garisan linea nigra & tompok hitam ketika mengandung

Baca juga: Tanda Lahir Hitam Pada Bayi, Ketahui Penyebab & Jenis Berbahaya Terhadap Kesihatan

Baca juga: Sanggup Nenek Cakap Cucu Hitam Macam Kuali, Anak Rasa Terhina Dengan Perlakuan Emak Pada Anaknya

Penulis

Beto Rahman