TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Mahu kulit tampil lebih muda? Mari cuba senaman muka yang mudah ini!

3 min bacaan
Mahu kulit tampil lebih muda? Mari cuba senaman muka yang mudah ini!

Untuk membuat kulit lebih muda, ia hanyalah semudah melakukan senaman muka tertentu selama 30 minit setiap hari di rumah, mudah, cepat dan berkesan!

Apabila sudah jadi mak-mak, kita semakin kurang masa untuk mementingkan kecantikan atau membuatkan diri sentiasa tampil lawa. Tapi, bagaimana kalau kami kata yang kami ada cara mudah untuk membuat kulit lebih muda sentiasa?

Dengan hanya mengamalkan senaman muka yang kami kongsikan ini, anda dapat membantu mengurangkan kedutan di muka, maka kulit sentiasa kelihatan tegang, cantik dan muda sentiasa.

Cara membuat kulit lebih muda senantiasa

membuat kulit lebih muda - yoga muka

Kredit: Marie Claire UK

Jom cuba latihan senaman muka harian ini yang boleh anda lakukan dengan mudah di rumah selama 30 minit.

Kajian yang disiarkan dalam JAMA Dermatology menyatakan wanita boleh kelihatan muda dengan hanya menjadikan senaman muka ini sebagai rutin harian.

Ya, senaman ini mungkin memerlukan anda membuat “muka kelakar” dan anak akan tertanya-tanya “Ibu buat apa itu?”

“Ketegangan otot meningkatkan ketegangan wajah dan bertindak balas dengan kesan pengurangan lemak dan pengenduran kulit yang berkaitan dengan pertambahan usia.”

Itu kata Emily Poon dari Feinberg School of Medicine, pengkaji kajian tersebut, kepada Medical News Today.

Antara kebaikan senaman muka ini adalah:

  • Mengurangkan kedutan muka
  • Mengembalikan ketegangan wajah
  • Memperbaiki seri wajah
  • Membuat kulit lebih muda

Bagaimana cara buat senaman muka supaya kulit nampak muda?

Para pengkaji kagum melihat bagaimana para wanita yang menyertai program kajian senaman muka ini nampak muda selepas 20 minggu.

Mereka mengamalkannya selama 30 minit setiap hari selama 8 minggu dan selang satu hari selama 20 minggu yang berikutnya.

Penaik pipi

senaman membuat kulit lebih muda

Kredit: Marie Claire UK

Untuk mereka yang mahu membuatkan pipi nampak gebu dan bak “pauh dilayang”, ikuti cara ini.

Buat bentuk “O” dengan bibir. Kemudian, senyum untuk menaikkan pipi sambil merapatkan bahagian bibir atas kepada gigi. Tekan perlahan atas pipi anda dan turunkannya. Ulangi langkah ini beberapa kai.

Pengurut pipi untuk muka kelihatan gembira selalu

Untuk melakukan senaman muka ini, senyum dengan mulut tertutup. Letakkan jari di kedua-dua hujung mulut dan tarik ke atas ke arah pipi. Kekal dalam posisi ini selama 20 saat.

Yoga muka

Seterusnya, untuk membuat kulit lebih muda, anda boleh buat yoga muka. Caranya? Jom tonton video di bawah ini.

Urutan muka

Tekan pipi anda dengan menggunakan 3 jari. Kemudian, senyum dengan lebar sehingga anda rasa pipi anda tegang. Ulangi langkah ini.

Anda juga boleh mengurut rahang muka, hidung dan tulang pipi dalam urutan membulat. Ia membantu untuk memperbaiki pengedaran darah dan menguatkan otot muka. Pelajari tentangnya lebih lanjut di sini.

membuat kulit lebih muda urutan muka

Kredit: Marie Claire UK

Senaman ini membuat kulit lebih muda 3 tahun!

Selepas 20 minggu, pengkaji telah meminta ibu-ibu yang menyertai kajian ini untuk mendapatkan pengesahan dermatologi untuk melihat berapa banyak perubahan pada wajah.

Dalam kajian tersebut, para dermatologi telah membuat perbandingan dan mendapati mereka kelihatan 3 tahun lebih muda.

Jadi, apa kata kita cuba lakukan senaman muka ini? Tapi, jangan terlalu overdo it.

Ia boleh mempercepatkan kedutan jika dilakukan terlalu kerap. Yang paling pasti, lebihkan senyuman pada wajah. Itu adalah senaman awet muda terbaik untuk muka kita!

Stories Rakan Kongsi
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia

Sumber: theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Rahsia Rutin Penjagaan Kulit Flawless, Lembut & Selicin Sutera Seperti Ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Mahu kulit tampil lebih muda? Mari cuba senaman muka yang mudah ini!
Kongsikan:
  • 15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

    15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

  • Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini

  • Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

    Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham