Ibu bapa sudah akan mencuba yang terbaik dalam mendidik anak disiplin terutama apabila mereka melakukan sesuatu kesalahan.
Kita tidak boleh membiarkan anak tanpa didikan disiplin yang sempurna kerana lambat laun, ia akan berbalik semula kepada anda yang akan mula kecewa dan bersedih.
Sebagai ibu bapa, mendidik anak disiplin amat penting supaya mereka membiasakan diri dengan arahan dan peraturan. Jika tidak, anda tidak dapat kawal tingkah laku anak apabila mereka dewasa kelak.
Menurut Nancy Samalin, pengarang buku “Loving Without Spoiling“, semua ibu bapa mahu yang terbaik untuk anak-anak mereka.
Bagi membantu anda, kami senaraikan 7 tanda yang perlu diperhatikan ketika mendidik anak disiplin ini.
7 tanda anda perlu mendidik anak disiplin dengan lebih baik
#1. Mendidik anak disiplin: Mereka berlebih-lebih minta sesuatu yang diinginkan
Pastinya ibu bapa akan mencuba sebaik mungkin untuk menyediakan segala keperluan dan kehendak anak. Tapi, masalahnya ialah apabila anak-anak mengharapkan terlalu banyak tanpa ada rasa bersyukur.
Apa anda boleh buat?
- Beritahu anak untuk bersyukur dengan apa yang diberikan. Sebagai latihan, minta anak senaraikan perkara yang buat mereka rasa syukur.
- Bantu anak menulis nota terima kasih kepada orang yang banyak berjasa kepada mereka
- Tanamkan dalam diri anak untuk beri penghargaan dan ucapan terima kasih kepada orang sekeliling yang banyak membantu mereka.
#2. Mendidik anak disiplin: Anak anda susah nak faham bila anda cakap ‘tidak’ atau ‘tak boleh’
Ini adalah keadaaan minda yang agak berbahaya untuk kanak-kanak. Mereka seolah buat-buat tak faham bila anda kata ‘no’ atau ‘tidak’ pada setiap perbuatan yang dilakukan.
Apa anda boleh buat?
- Perlu beritahu kenapa anda katakan TIDAK pada tingkah laku mereka
- Terangkan kepada anak supaya mendengar kata terutama bila anda katakan TIDAK pada perbuatan yang dilakukan itu.
#3. Mendidik anak disiplin: Anak tidak ada nilai kasih sayang dan kurang bersimpati terhadap orang lain
Untuk menjadi seorang manusia yang baik, tentunya kita perlu ada sifat simpati dan belas kasihan. Jadi, kita harus saling bantu-membantu antara satu sama lain tak kira siapapun.
Akan tetapi, apabila anak tidak mempunyai karakter ini, mereka mungkin akan hilang peluang untuk mempunyai hubungan jangka panjang yang sihat.
Apa anda boleh buat?
- Beri penghargaan pada anak sekiranya dia dapat menyelesaikan sesuatu perkara
- Sentiasa beri nasihat kepada anak untuk saling bantu rakan-rakan yang perlukan pertolongannya seperti bagi pinjam pensil atau buku
#4. Mendidik anak disiplin: Anak tiada rasa bersalah
Sesetengah kanak-kanak ada sifat rasa bersalah dan ada juga yang tidak. Jika anak anda tidak ada sifat ini, maksudnya mereka enggan bertanggungjawab atas tindakan yang telah dibuat.
Bahkan dia merasakan tak bersalah dan tidak melakukan apa-apa yang salah. Pendek kata, dia rasa dirinya betul saja.
Apa anda boleh buat?
- Mengajar anak untuk rasa bersalah dan tunjukkan mereka akibat daripada tindakan tersebut.
#5. Mendidik anak disiplin: Anak tidak peduli perasaan orang lain
Pasti ini akan jadi salah satu dilema apabila anak tidak peduli perasaan orang sekelilingnya. Bahkan mereka lebih mementingkan diri sendiri!
Apa anda boleh buat?
- Beri teguran kepada anak jika dia tidak tahu menjaga perasaan orang lain.
- Jika anda terlibat dengan badan amal tertentu, bawa mereka bersama supaya dia tahu ada insan lain yang harus diambil berat dan memerlukan kasih sayang.
#6. Mendidik anak disiplin: Salahkan orang lain walaupun itu salah sendiri
Adakah anak anda tidak bertanggungjawab dengan setiap apa saja tindakan yang telah dilakukan? Jika ya, ini harus ditangani segera kerana ia boleh berubah menjadi lebih buruk.
Mereka mungkin mula berbohong dan memanipulasikan orang lain untuk keluar dari masalah. Malah ia boleh berterusan tanpa anda sedari.
Apa anda boleh buat?
- Beritahu anak supaya sentiasa bertanggungjawab setiap apa yang dia lakukan.
- Minta anak untuk jujur dalam kata-kata yang keluar dari mulutnya.
- Untuk mengelak anak berbohong, ibu bapa harus mencerminkan keperibadian yang baik kerana jika anda pernah berbohong kepada mereka, maka dia mudah ikut.
#7. Mendidik anak disiplin: Selalu menuntut janji
Pantang saja berjanji pasti akan dituntut. Adakah anak kalian begitu?
Contohnya : “Kalau dapat semua A dalam matapelajaran sekolah, mama bagi video game”.
Apabila memperoleh kejayaan tersebut, dia akan tuntut sampai kehendaknya dipenuhi.
Apa boleh anda buat?
- Ingatkan pada anak, jangan sandarkan kejayaan semata-mata untuk peroleh sesuatu.
- Jangan kerana inginkan hadiah baru nak belajar betul-betul. Tapi jika tidak dipancing dengan sesuatu benda belajar pun kurang fokus dan main-main.
Justeru, apabila anak anda memerlukan disiplin, tunjukkan dengan kasih sayang kerana mereka perlu diajar menjadi orang dewasa yang baik.
Pokok pangkalnya, mendidik anak berdisiplin ini harus dimulakan dari awal sejak kanak-kanak lagi. Bak kata pepatah, melentur buluh biar dari rebungnya.
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Tips ibu bapa boleh kendali anak yang suka menipu berdasarkan umur
Baca juga: Si Kecil Masuk 4 Tahun Atau Fasa “EFFING FOURS”, Semuanya Makin Haru-Biru!
Baca juga: 5 Cara Mengajar Kanak-Kanak Bersabar Dan Menunggu