TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Susahnya Anak Nak Ikut Cakap! Ini 7 Tanda Anak Anda Perlu Lebih Disiplin Dan Pantauan

4 min bacaan
Susahnya Anak Nak Ikut Cakap! Ini 7 Tanda Anak Anda Perlu Lebih Disiplin Dan Pantauan

Sebagai ibu bapa, anda adalah insan yang terbaik dalam mendidik anak disiplin. Jangan pandang ringan 7 tanda bahaya ini. Disiplinkan anak anda sejak sekarang!

Ibu bapa sudah akan mencuba yang terbaik dalam mendidik anak disiplin terutama apabila mereka melakukan sesuatu kesalahan. 

Kita tidak boleh membiarkan anak tanpa didikan disiplin yang sempurna kerana lambat laun, ia akan berbalik semula kepada anda yang akan mula kecewa dan bersedih.

Sebagai ibu bapa, mendidik anak disiplin amat penting supaya mereka membiasakan diri dengan arahan dan peraturan. Jika tidak, anda tidak dapat kawal tingkah laku anak apabila mereka dewasa kelak. 

Menurut Nancy Samalin, pengarang buku “Loving Without Spoiling“, semua ibu bapa mahu yang terbaik untuk anak-anak mereka.

Bagi membantu anda, kami senaraikan 7 tanda yang perlu diperhatikan ketika mendidik anak disiplin ini. 

7 tanda anda perlu mendidik anak disiplin dengan lebih baik 

mendidik anak disiplin

#1. Mendidik anak disiplin: Mereka berlebih-lebih minta sesuatu yang diinginkan

Pastinya ibu bapa akan mencuba sebaik mungkin untuk menyediakan segala keperluan dan kehendak anak. Tapi, masalahnya ialah apabila anak-anak mengharapkan terlalu banyak tanpa ada rasa bersyukur. 

Apa anda boleh buat?

  • Beritahu anak untuk bersyukur dengan apa yang diberikan. Sebagai latihan, minta anak senaraikan perkara yang buat mereka rasa syukur. 
  • Bantu anak menulis nota terima kasih kepada orang yang banyak berjasa kepada mereka 
  • Tanamkan dalam diri anak untuk beri penghargaan dan ucapan terima kasih kepada orang sekeliling yang banyak membantu mereka. 

#2. Mendidik anak disiplin: Anak anda susah nak faham bila anda cakap ‘tidak’ atau ‘tak boleh’

mendidik anak disiplin

Ini adalah keadaaan minda yang agak berbahaya untuk kanak-kanak. Mereka seolah buat-buat tak faham bila anda kata ‘no’ atau ‘tidak’ pada setiap perbuatan yang dilakukan. 

Apa anda boleh buat?

  • Perlu beritahu kenapa anda katakan TIDAK pada tingkah laku mereka 
  • Terangkan kepada anak supaya mendengar kata terutama bila anda katakan TIDAK pada perbuatan yang dilakukan itu. 

#3. Mendidik anak disiplin: Anak tidak ada nilai kasih sayang dan kurang bersimpati terhadap orang lain 

Untuk menjadi seorang manusia yang baik, tentunya kita perlu ada sifat simpati dan belas kasihan. Jadi, kita harus saling bantu-membantu antara satu sama lain tak kira siapapun. 

Akan tetapi, apabila anak tidak mempunyai karakter ini, mereka mungkin akan hilang peluang untuk mempunyai hubungan jangka panjang yang sihat. 

Apa anda boleh buat? 

  • Beri penghargaan pada anak sekiranya dia dapat menyelesaikan sesuatu perkara 
  • Sentiasa beri nasihat kepada anak untuk saling bantu rakan-rakan yang perlukan pertolongannya seperti bagi pinjam pensil atau buku

#4. Mendidik anak disiplin: Anak tiada rasa bersalah

mendidik anak disiplin

Sesetengah kanak-kanak ada sifat rasa bersalah dan ada juga yang tidak. Jika anak anda tidak ada sifat ini, maksudnya mereka enggan bertanggungjawab atas tindakan yang telah dibuat. 

Bahkan dia merasakan tak bersalah dan tidak melakukan apa-apa yang salah. Pendek kata, dia rasa dirinya betul saja. 

Apa anda boleh buat?

  • Mengajar anak untuk rasa bersalah dan tunjukkan mereka akibat daripada tindakan tersebut. 

#5. Mendidik anak disiplin: Anak tidak peduli perasaan orang lain

Pasti ini akan jadi salah satu dilema apabila anak tidak peduli perasaan orang sekelilingnya.  Bahkan mereka lebih mementingkan diri sendiri!

Apa anda boleh buat? 

  • Beri teguran kepada anak jika dia tidak tahu menjaga perasaan orang lain.
  • Jika anda terlibat dengan badan amal tertentu, bawa mereka bersama supaya dia tahu ada insan lain yang harus diambil berat dan memerlukan kasih sayang. 

#6. Mendidik anak disiplin: Salahkan orang lain walaupun itu salah sendiri 

Susahnya Anak Nak Ikut Cakap! Ini 7 Tanda Anak Anda Perlu Lebih Disiplin Dan Pantauan

Adakah anak anda tidak bertanggungjawab dengan setiap apa saja tindakan yang telah dilakukan?  Jika ya, ini harus ditangani segera kerana ia boleh berubah menjadi lebih buruk.

Mereka mungkin mula berbohong dan memanipulasikan orang lain untuk keluar dari masalah. Malah ia boleh berterusan tanpa anda sedari. 

Apa anda boleh buat? 

  • Beritahu anak supaya sentiasa bertanggungjawab setiap apa yang dia lakukan. 
  • Minta anak untuk jujur dalam kata-kata yang keluar dari mulutnya.
  • Untuk mengelak anak berbohong, ibu bapa harus mencerminkan keperibadian yang baik kerana jika anda pernah berbohong kepada mereka, maka dia mudah ikut. 

#7. Mendidik anak disiplin: Selalu menuntut janji 

Pantang saja berjanji pasti akan dituntut. Adakah anak kalian begitu?

Contohnya : “Kalau dapat semua A dalam matapelajaran sekolah, mama bagi video game”. 

Apabila memperoleh kejayaan tersebut, dia akan tuntut sampai kehendaknya dipenuhi. 

Apa boleh anda buat? 

  • Ingatkan pada anak, jangan sandarkan kejayaan semata-mata untuk peroleh sesuatu. 
  • Jangan kerana inginkan hadiah baru nak belajar betul-betul. Tapi jika tidak dipancing dengan sesuatu benda belajar pun kurang fokus dan main-main. 

Justeru, apabila anak anda memerlukan disiplin, tunjukkan dengan kasih sayang kerana mereka perlu diajar menjadi orang dewasa yang baik. 

Pokok pangkalnya, mendidik anak berdisiplin ini harus dimulakan dari awal sejak kanak-kanak lagi. Bak kata pepatah, melentur buluh biar dari rebungnya. 

Stories Rakan Kongsi
Does Cattle Treatment & Breed Really Matter for Quality Formula Milk?
Does Cattle Treatment & Breed Really Matter for Quality Formula Milk?
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Are You Making The Right Investments? 4 Important Investment Areas For Parents
Are You Making The Right Investments? 4 Important Investment Areas For Parents
6 Questions To Ask Your Doctor About Your Child’s Poop Habits
6 Questions To Ask Your Doctor About Your Child’s Poop Habits

Semoga bermanfaat. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Tips ibu bapa boleh kendali anak yang suka menipu berdasarkan umur

Baca juga: Si Kecil Masuk 4 Tahun Atau Fasa “EFFING FOURS”, Semuanya Makin Haru-Biru!

Baca juga:  5 Cara Mengajar Kanak-Kanak Bersabar Dan Menunggu

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Tingkah laku kids
  • /
  • Susahnya Anak Nak Ikut Cakap! Ini 7 Tanda Anak Anda Perlu Lebih Disiplin Dan Pantauan
Kongsikan:
  • (Video) Reaksi Lucu Budak Lelaki Bambam Takut Kucing Buat Ramai Terhibur, Kesian Dia!

    (Video) Reaksi Lucu Budak Lelaki Bambam Takut Kucing Buat Ramai Terhibur, Kesian Dia!

  • Anak Yang Selalu Dipeluk Lebih Mudah Ditegur, Mudah Difahami, Jarang Ada Unsettle Emotion

    Anak Yang Selalu Dipeluk Lebih Mudah Ditegur, Mudah Difahami, Jarang Ada Unsettle Emotion

  • Anak Kuat Berimaginasi? Rupanya Zodiak @ Bulan Kelahiran Mereka Memainkan Peranan Besar!

    Anak Kuat Berimaginasi? Rupanya Zodiak @ Bulan Kelahiran Mereka Memainkan Peranan Besar!

  • (Video) Reaksi Lucu Budak Lelaki Bambam Takut Kucing Buat Ramai Terhibur, Kesian Dia!

    (Video) Reaksi Lucu Budak Lelaki Bambam Takut Kucing Buat Ramai Terhibur, Kesian Dia!

  • Anak Yang Selalu Dipeluk Lebih Mudah Ditegur, Mudah Difahami, Jarang Ada Unsettle Emotion

    Anak Yang Selalu Dipeluk Lebih Mudah Ditegur, Mudah Difahami, Jarang Ada Unsettle Emotion

  • Anak Kuat Berimaginasi? Rupanya Zodiak @ Bulan Kelahiran Mereka Memainkan Peranan Besar!

    Anak Kuat Berimaginasi? Rupanya Zodiak @ Bulan Kelahiran Mereka Memainkan Peranan Besar!

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham