Mengapa Ada Lelaki Yang Baik Sukar Untuk Jadi Suami Yang Bahagia?

Kebaikan tak selalu setara dengan kebahagiaan. Perasaan tidak bahagia walaupun merupakan seorang yang baik, boleh menyebabkan tekanan dan sering mempengaruhi keyakinan diri sendiri. Pelajari penyebab mengapa masalah ini boleh terjadi dan temukan penyelesaiannya dalam artikel di bawah ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila memilih suami, isteri sering yakin bahawa dia telah memilih lelaki yang baik. Ada harapan bahawa lelaki yang baik secara automatik akan menjadi ayah yang baik untuk anak dan ayah yang baik untuk anak secara automatik akan jadi suami yang baik untuk isteri. Namun, betul ke lelaki yang baik bermakna suami yang bahagia?

Lelaki baik seringkali menuruti apa-apa jua yang pasangannya minta. Mereka sering mengalah atau diam untuk mencegah pergaduhan.

Mereka tak pernah melakukan kekerasan atau kejahatan apapun. Tapi mereka juga tak membuat isteri mahupun diri mereka sendiri bahagia.

Mengenal pasti masalah

Kredit: Geng Borak

Lelaki yang baik selalu memikirkan respon pasangannya hingga seringkali membuatnya bingung apa yang harus dia lakukan untuk menyenangkan si isteri. Ini akan membuatnya selalu kekok dan serba salah.

Bukan sahaja dia yang tak bahagia, namun boleh terjadi pasangannya pun tak bahagia. Dia tidak ingin mengecewakan pasangannya, tapi juga bingung bagaimana caranya membuat isteri tak kecewa.

Mungkin dia adalah seorang yang dihormati di pejabat, seorang yang menjadi model peranan dalam masyarakat, orang yang boleh menjadi teman yang baik. Namun saat berada di sekitar pasangannya, dia jadi seseorang yang selalu bingung tentang apa yang harus dilakukan agar kelihatan sebagai suami yang baik.

Perasaan khuatir tidak dapat menyenangkan pasangan juga mengikis keyakinan diri yang membuat nilai pada diri sendiri terus berkurang, Apalagi,  selalu berharap bahawa pasangannya akan jadi orang yang semakin baik dengan mengakui kelebihan-kelebihannya.

Ia selalu berharap sesuatu terjadi di luar dirinya, bukan di dalam dirinya sendiri. Motivasi-motivasinya untuk menjadi baik berasal dari jangkaan orang lain, bukan berasal dari dirinya sendiri.

Dalam laman Yout Tango, lelaki yang sangat jatuh cinta pada pasangannya sukar untuk bahagia kerana selalu ada perasaan kikuk saat berhadapan dengan pasangan, ada rasa tanggungjawab untuk membahagiakan pasangan yang dipikul saat ia berjaya bersama orang yang dicintai.

Apakah penyelesaiannya?

Kredit: Pesona Pengantin

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lelaki yang baik boleh menjadi lelaki yang bahagia sekaligus, jika kita mampu mengenal pasti masalahnya. Perasaan soal tanggungjawab membahagiakan pasangan ini akan berubah menjadi rasa frustasi ketika dia merasa gagal melakukan hal yang baik untuk pasangannya.

Di aspek lain, menyerah dengan jalan perpisahan juga bukan pilihan. Dia akan terus bertahan dalam keadaan yang tidak membuatnya bahagia kerana dia lebih takut kehilangan orang yang dia cintai.

Steve Harsman, seorang profesional dalam hal bimbingan kehidupan berpasangan mengatakan bahawa untuk jadi suami yang bahagia, seseorang harus boleh menjadi lelaki yang bahagia dahulu.

Dalam tulisannya yang dimuatnaikkan di Goodmen Project, Harsman menyarankan lelaki boleh bahagia dengan memanipulasi kebahagiaan dari dalam dirinya sendiri, bukan dari selain dirinya.

Kredit: Redaksi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ia boleh dimulakan dengan menilai pandangan diri tentang nilai-nilai maskulinitas, wanita, mahupun seks. Dari sana, mulalah yakin bahawa kita bertanggungjawab terhadap nilai-nilai yang kita pilih. Bukan hidup di bawah ekspektasi atau jangkaan orang lain.

Jika anda adalah jenis lelaki yang baik, maka cubalah untuk menjadi lelaki yang benar-benar bahagia. Kenal pasti lagi potensi dalam diri anda agar anda dapat mencintai dan menghargai diri sendiri lagi. Hal itu penting untuk meraih kembali keyakinan diri yang runtuh.

Ingat satu perkara penting, anda tidak mungkin membahagiakan pasangan jika anda tidak dapat membahagiakan diri sendiri dahulu.

Kredit gambar: WowKeren

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: “Isteri Hebat Akan Tenang Tanpa Jatuhkan Maruah Bila Suami Curang & Ada Betina Rakus”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan