Mengidam adalah satu pengalaman yang biasa dialami oleh kebanyakan wanita hamil atau mengandung. Mengidam boleh diterjemahkan sebagai keinginan yang tinggi terhadap sesuatu jenis makanan yang dirasai ketika mengandung.
Tapi ada juga yang mengidam pelik-pelik malah hingga ada yang seperti membahayakan diri pula. Tetapi kadang kala memang keinginan itu tidak boleh ditahan dan rasa macam nak menangis kalau tak dapat.
Kisah yang dikongsikan seorang suami ini mendapat perhatian netizen apabila berkongsi mengenai isterinya yang mengidam bau tar jalan! Pelik bukan? Tapi itulah hakikatnya.
Mengidam dapat bau tar jalan, happy betul bila suami dapat tunaikan
Seorang lelaki, yang menggunakan nama nazirrkatimon di laman tiktok berkongsi mengenai keinginan isterinya yang mahu bau tar jalan!
Memang nampak jelas dalam video berkenaan yang isterinya gembira apabila dapat menjengah ke luar tingkap dan mengambil bau jalan yang sedang diturap.
Mungkin macam bau kopi dipanggang agaknya kan?
Lelaki berkenaan dalam satu video berkata isterinya mengidam mahu bau tar jalan. “Nasib baik mudah juga nak cari orang tar jalan,” katanya dalam video berkenaan.
Memang ramai yang mengidam mahu bau pelik-pelik
Menjengah ke ruangan komen, memang ramai yang pernah mengidam pelik-pelik semasa hamil. Kami kongsikan antara yang dikongsikan oleh netizen mengenai mengidam mahu bau sesuatu:
#1. Bau kapur kasut
Suzana Mohamed – masa preggy ank ke3 sy suka bau kapur kasut. So hari2 sanggup basuh kasut sekolah anak, time mengapur kasut tu segar rasa dgn bau kapur kasut
#2. Bau selipar baru
Kaklong Jie Hamid – Saya tiap kali mengandung suka hidu bau petrol dgn bau selipar baru.. Kalau isi minyak.. Mesti menghidu bau petrol.. Suami sampai marah sebab tk elok dia kabo.. Kalau pergi kedai kasut pulak… Sanggup pergi kat tempat selipar.. Lepas tu saya gigit selipar baru tu.. Nyorok2 tau.. Hahaha.. Takut toke kedai nampak.. Sampai la sekarang.. Suka sgt dgn bau petrol ngan bau selipar atau kasut baru..
#3. Bau asap motosikal
Ann Awal – Sama mcm saya anak first dulu saya mengidam bau asap motosikal . Tgh mlm bangunkan suami suruh start motosikal . Aduhaiiii… bukan² .
#4. Bau asap bakar sampah
Nur Kuntum- bau asp org bakar smph..tp mst yg bakar kayu or daun2 kering lagu best klu dpt yg bau mcm kndr tu sdp tau
#5. Bau minyak cap kapak
Fadillah Jusoh – Bau minyak cap kapak..siap titikkan dlm mulut lagi.sbb tu anak bongsu ni cepat berangin..
#6. Bau dettol
Ifah Umar – Suka bau dettol, letak sikit kat kain hidu sampai bawak tidur, meleleh jugak la air liur teringin nak telann. Mujur waras lagi
#7. Bau bedak
PuanAyu Nordin – Sis cuma mengidam hidu bau wangi2 je masa anak sulung haritu. hari2 sis hidu bau bedak sambil makan bedak tu..bedak baby Johnson paling sis suka bau dan makan🤣.nasiblah x jadi ape2 kat anak..tapi anak x lah putih gebu rupa bedak tu..kulit ttp ikut mak dia hitam2 manis gitu
#8. Bau ikan mentah
Adreena Zain Zain- Aku masa pregnant,suka cium bau ikan mentah. Bila siang ikan,dok cium2 bau tgn n badan ikan. Hahahaha syokkk betul rasa
#9. Bau gam kasut
Liza Harun – Kisah Dunia sya memgidam hidu gam kasut suami..msa tu suami tgh gam kn kasut kerja. sya hidu gam kt ksutnya.lps tu suami marah. suami pi kerja sya curi2 hidu gam kasut nya.lepas kantoi, terus suami buang gam kasut.
#10. Bau sabun basuh kereta
Ayu Hidayu – Aqu mngndung ank no 2.hari2 aqu tggu jiran aqu basuh kreta.xtw dya pkai pnwangi apa..cuci kreta.hari2 aqu tggu depn rumh..semata2 nk hidu bau sabun kreta jiran aqu min oii.bila jiran aqu tegur..buat apa tuuu..aqu bgi alasan.line hp xderr..pdahal aqu nk bau sabun basuh kreta dye jerk.hari2 la aqu dok hidu bau pnwangi bju rumh aqu.sabun rumh aqu min.jnji mnyedap kan…smpai adek aqu kata.hng isp gam ka ayu…aqu cuma nk bau soflan jerk..pnwngi bju.hmpir 3buln mcm tu.last2 kluar ank prmpuan…yg mna kata aqu ni mcm2 peal la.lntak g..hnya aqu jerk tahu..
Sebab mengidam
Sebenarnya, penyebab berlakunya mengidam atau penolakan sesuatu jenis makanan semasa mengandung masih tidak diketahui. Terdapat pelbagai faktor yang dikaitkan sebagai punca berlakunya mengidam.
Ada yang berpendapat mengidam atau penolakan semasa kehamilan sebenarnya merupakan satu faktor perlindungan, walaupun tiada data saintifik yang mencukupi untuk menyokong teori ini.
Perkara seperti peningkatan keperluan kalori serta zat makanan semasa kehamilan dan keperluan untuk pertumbuhan atau pembentukan janin merupakan alasan mengapa keadaan ini berlaku.
Bagaimanapun, ada sesetengah saintis atau penyelidik menyatakan perubahan hormon semasa mengandung turut memberi kesan kepada deria bau. Ini secara tidak langsung memberi kesan dalam pemilihan dan pengambilan makanan.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia
Kredit foto: nazirrkatimon
Baca juga: Mengidam : 10 makanan paling popular
Baca juga: PELIK, Isteri Hamil Ini Mengidam Teruk Nak Bau & Masuk Dalam Bilik Mayat!
Baca juga: Mengapa Ibu Hamil Mengidam Makan Asam? Ini Penjelasan Doktor!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!