X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Suami Wajib Tunaikan Mengidam Orang Mengandung Tetapi...

3 Nov, 2023
Suami Wajib Tunaikan Mengidam Orang Mengandung Tetapi...

Mengidam orang mengandung kepada makanan atau minuman adalah perkara biasa namun ada kalanya permintaan tersebut menjadi luar biasa.

Menjadi satu kebiasaan buat wanita mengandung untuk mengidam sesuatu jenis makanan atau minuman yang ingin mereka jamah sepanjang tempoh mereka mengandung namun sejak akhir-akhir ini tular di media sosial tentang mengidam orang mengandung yang pelik terutamanya terhadap sesuatu perkara yang haram.

Ada yang meminta arak malah ada yang teringin memegang pinggang tentera laut ajnabi. Demi memenuhi permintaan isteri, wajarkah suami tunaikan?

Bila Suami Wajib Tunaikan?

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, mengidam merupakan keinginan yang tinggi bagi wanita hamil terhadap makanan oleh itu, suami wajib menunaikan apa-apa keinginan isteri hamil (mengidam) terhadap makanan yang menjadi kebiasaannya kerana termasuk dalam konteks nafkah. 

Fuqaha mazhab Syafi‘i telah membahaskan berkaitan nafkah yang perlu diberikan oleh suami untuk perbelanjaan isteri hamil yang mengidam makanan. Perkara ini disebut dalam kitab Hasyiah al-Bujairimi:

يَنْبَغِي أَنْ يَجِبَ مَا تَطْلُبُهُ الْمَرْأَةُ عِنْدَ مَا يُسَمَّى بِالْوَحَمِ مِنْ نَحْوِ مَا يُسَمَّى بِالْمُلُوحَةِ إذَا اُعْتِيدَ ذَلِكَ. وَأَنَّهُ حَيْثُ وَجَبَتْ الْفَاكِهَةُ وَالْقَهْوَةُ وَنَحْوُ مَا يُطْلَبُ عِنْدَ الْوَحَمِ، يَكُونُ عَلَى وَجْهِ التَّمْلِيكِ فَلَوْ فَوَّتَهُ اسْتَقَرَّ لَهَا وَلَهَا الْمُطَالَبَةُ بِهِ وَلَوْ اعْتَادَتْ نَحْوَ الْأَفْيُونِ بِحَيْثُ تَخْشَى بِتَرْكِهِ مَحْذُورًا مِنْ تَلَفِ نَفْسٍ وَنَحْوِهِ لَمْ يَلْزَمْ الزَّوْجَ لِأَنَّ هَذَا مِنْ بَابِ التَّدَاوِي

Maksudnya: “ sepatutnya menjadi kewajiban apa -apa yang diinginkan isteri ketika mengalami apa yang disebut mengidam iaitu kemasinan sekiranya menjadi kebiasaan. Begitu juga wajib memberi buah-buahan, kopi dan apa-apa yang diinginkan isteri semasa mengidam yang dinyatakan sebagai nafkah yang bersifat pemilikan (tamlik). Sekiranya suami lambat menunaikan, maka si isteri berhak menuntutnya agar suami dapat melangsaikan. Jika isteri terbiasa dengan makan candu/dadah dan apabila dikhuatiri meninggalkannya menyebabkan kerosakan fungsi badan, maka suami tidak wajib memenuhi permintaan tersebut kerana ia termasuk dalam bab perbahasan perubatan bukannya nafkah.”

Berdasarkan kenyataan berikut, makanan yang memang menjadi kebiasaan isteri dan apabila isteri mengidam ketika hamil, maka wajib suami tunaikannya. Sebagai contoh apabila isteri suka makan benda-benda masin, maka apabila isteri hamil dan kemudian mengidam ikan masin dan ia termasuk tanggungjawab nafkah suami.

Tambahan lagi, jika makanan yang diidamkan itu memberi khasiat dan nutrien kepada ibu dan anak yang dikandung. Walau bagaimanapun, suami tidak diwajibkan memenuhi keinginan isteri sekiranya makanan yang diidamkan di luar kemampuan suami untuk memenuhinya atau bukan makanan yang biasa dimakan oleh isteri.

Tapis Keinginan Isteri Terhadap Perkara Haram

Walau bagaimanapun mengidam orang mengandung yang bertunjangkan hawa nafsu semata-mata serta perkara haram adalah dilarang. Hal ini kerana mengidam bukanlah sesuatu darurat yang boleh menghalalkan perkara yang haram.

Perkara ini jelas disebutkan dalam firman Allah SWT berikut:

الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ وَبِمَا أَنفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ ۚ فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِّلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ ۚ وَاللَّاتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُوهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّ ۖ

Maksudnya: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya).”

Surah al-Nisa’ (34)

Oleh itu, suami sewajarnya menapis agar setiap kemahuan tersebut tidak menjatuhkan maruah suami serta apa-apa keinginan yang bercanggah dengan hukum syarak.

Oleh yang demikian, dalam keadaan mengidam, isteri hamil yang mengalami perubahan hormon dan beremosi hendaklah sedaya upaya mengawal keinginan dan tidak terlalu mengikut nafsu semata-mata.

Suami juga perlu mengambil langkah yang lebih proaktif bagi mengalihkan perhatian dan keinginan mengidam orang mengandung ini dengan perkara-perkara yang diharuskan oleh syarak.

Selain itu, pasangan suami isteri juga boleh merujuk ahli perubatan bagi mendapatkan khidmat nasihat serta tips bagi mengawal rasa mengidam selain membantu wanita hamil tersebut agar tidak terlalu melayan perasaan terhadap keinginan yang tidak syarie.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Mengidam Semasa Hamil: Punca Food Cravings, Jenis Makanan & Kesan Mengidam Tapi Tak Dapat

Baca juga : Mengidam Sushi Ketika Hamil? Jangan Risau, Ini Jenis Sushi Yang Boleh & Tidak Boleh Dimakan

Baca juga : Isteri Yang Hamil, Tapi Suami Pula Yang Mengidam & Mual! Eh, Lebih-Lebih Ni Kenapa Pula?

Stories Rakan Kongsi
Make Laundry Day Easier…. EVERY DAY!
Make Laundry Day Easier…. EVERY DAY!
Resilient Location Quiz: Where To Bring Your Kids To Build Resilience
Resilient Location Quiz: Where To Bring Your Kids To Build Resilience
Ibu Bapa Ingin Anak Memiliki Tinggi Ideal? Ini Caranya..
Ibu Bapa Ingin Anak Memiliki Tinggi Ideal? Ini Caranya..
Help Your Children Grow as Their Age
Help Your Children Grow as Their Age

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nursyamimi

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Suami Wajib Tunaikan Mengidam Orang Mengandung Tetapi...
Kongsikan:
  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

    Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

    Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham