13 cara yang tak sangka boleh tingkatkan keyakinan diri anak perempuan anda

lead image

Ibu bapa harus memastikan anak membesar dengan keyakinan diri yang utuh bagi menghadapi cabaran. Bagaimana nak meningkatkan keyakinan diri anak?

Membesarkan anak perempuan bukan sekadar memastikan mereka beradab. Malah kita harus pastikan mereka membesar jadi seorang yang berkeyakinan diri. Terutamanya untuk berhadapan dengan dunia. Jadi, bagaimana ingin meningkatkan keyakinan diri anak anda itu?

Kita mahu mereka membesar dan yakin untuk menjadi siapa yang mereka mahu. Jadi, berikut adalah 13 cara untuk anda meningkatkan keyakinan diri anak atau puteri anda:

1. Hargai diri anda dulu, ibu-ibu

Impak seorang ibu terhadap anak perempuan sangatlah besar. Jadi, jika anda menghargai diri anda, anak anda juga akan menerima diri mereka seperti anda menerima diri anda.

Gunakan bahasa yang positif tentang diri sendiri. Jangan asyik bercakap negatif tentang diri. Contohnya “Saya nampak gemuk berpakaian seperti ini.”

2. Banyak bercakap dengan anak.

anak perempuan 2 13 cara yang tak sangka boleh tingkatkan keyakinan diri anak perempuan anda

Dekati diri mereka, libatkan diri mereka dengan perbualan harian anda.

Cerita tentang semua perkara, tentang fesyen, tentang makanan, tentang buli. Bina suasana di mana dia senang hendak berkongsi dengan anda

3. Minta pendapat anak

Mereka perlu tahu yang pendapat mereka sebenarnya diperlukan. Jadi, galakkan mereka bersuara memberi pendapat. Ajak dia berbincang tentang isu semasa dan minta pendapatnya.

Dengan cara ini, anda mampu meningkatkan keyakinan diri anak dan membuatkan dia rasa pendapat dan pandangannya bernilai untuk anda.

4. Dedahkan anak kepada ikon wanita

Selain dari ibu mereka, adalah penting untuk memberi anak anda ikon untuk dicontohi.

Ini akan memperkasakan lagi wanita muda serta memberi mereka idea secara positif yang wanita juga boleh jadi hebat.

Barulah anda mampu meningkatkan keyakinan diri anak!

5. Hormati pilihan anak

anak perempuan 3 13 cara yang tak sangka boleh tingkatkan keyakinan diri anak perempuan anda

Hormati anak anda seadanya, siapa diri mereka, apa minat mereka dan apa pilihan mereka.

Jangan terus terang-terangan menolak apa pilihan mereka. Berikan ruang mereka untuk merasai pilihan mereka sendiri.

6. Bersorak untuknya

Anak anda perlu tahu yang anda akan sentiasa untuknya. Tidak kira sama ada waktu berduka atau waktu suka. Jadi penyorak terbesarnya dan ini akan menjadikan mereka lebih berani dan yakin kelak.

7. Ajar anak untuk jadi berdikari dan berani

Berikan mereka peluang untuk berdikari dan berani. Sama ada dalam membuat pilihan atau mencuba perkara baru.

Galakkan dia untuk keluar dari zon selesanya dan ingatkannya tentang belajar sesuatu yang baru.

8. Ajar keyakinan bersosial dan nilai persahatan yang baik

 13 cara yang tak sangka boleh tingkatkan keyakinan diri anak perempuan anda

Kredit: womenssportsfoundation.or

Ajari mereka kepentingan berkawan dan mempunyai hubungan yang berkualiti.

Galakan mereka melibatkan diri dengan sukan kerana ia salah satu cara yang baik untuk menggalakkan mereka bergaul.

9. Puji usaha anak lebih dari pencapaiannya

Jangan terlalu fokus dengan hanya pencapaian, tapi lebih fokus dengan perkembangan skilnya.

Biarkan mereka turut serta dengan pelbagai aktiviti. Ini akan membantu mereka memperluaskan lagi skil yang dipelajarinya dan meningkatkan keyakinan diri anak.

10. Hati-hati memilih mainan

Galakkan mereka bermain mainan yang mendorong mereka berfikir. Contohnya permainan eksperimen di rumah.

Ini akan membantu perkembangan skil dan daya fikir mereka.

11. Puji selain dari rupa paras anak

anak perempuan 1 13 cara yang tak sangka boleh tingkatkan keyakinan diri anak perempuan anda

Lebihkan fokus pada sifatnya. Berikan pujian tentang perilakunya yang baik. Atau sesuatu yang mereka dapat capai.

12. Pupuk skil pengurusan duit

Ramai yang menganggap wanita lebih lemah menguruskan duit berbanding lelaki. Sediakan anak anda untuk masa depan.

Biar mereka lebih bijak di dalam pengurusan duit.

13. Ajar dia untuk bercita-cita

Galakkan mereka untuk bercita-cita tinggi. Biarpun cita-cita tersebut kedengaran mustahil. Namun galakkan mereka berusaha ke arah cita-citanya itu.

Dan yang paling penting, biar mereka tahu, apa pun yang terjadi, kasih sayang anda terhadap mereka tidak berubah. Biar mereka tahu yang anda menyayangi mereka tanpa syarat.

 

 

 

 

Sumber: theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

 

Ayah Harus Ajar Anak Perempuan 6 Hal Ini Agar Mereka Jadi Wanita Berjaya Kelak