Idea Masakan Serta Menu Berasaskan Ayam Untuk Anak 2 Tahun, Sedap & Tinggi Protein

Menu ayam untuk anak dua tahun boleh dipelbagaikan dengan kaedah masakan berbeza. Paling penting ibu kenalah kreatif dan rajin di dapur

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kebanyakan anak kecil pasti menyukai ayam. Bagi membekalkan khasiat protein untuk si manja, ibu boleh menyediakan beberapa menu ayam yang mudah dan mampu memikat selera anak berusia 2 tahun ke atas.

Ayam merupakan salah satu sumber protein yang paling mudah untuk diperoleh. Antara bahagian yang memiliki kandungan protein tinggi adalah dada, kepak, thigh (atas paha) dan drumstick (paha).

Manfaat hidangan menu ayam untuk anak 2 tahun

Berikut adalah beberapa manfaat menu ayam untuk kesihatan anak-anak:

  • Sumber protein yang sangat baik untuk kanak-kanak yang sedang membesar
  • Mencegah anak ambil makanan tidak sihat secara berlebihan
  • Sumber vitamin A, D dan B yang baik yang meningkatkan imuniti dan memastikan kesihatan kulit dan mata yang baik
  • Sumber kalium, natrium dan fosforus yang baik dengan memberi tenaga dan kekuatan
  • Mengandungi sedikit lemak tepu dan rendah risiko kanser jika dibandingkan dengan daging merah
  • Memberi kelegaan daripada gejala demam dan selesema biasa

Idea menu ayam dan cara masakan untuk anak 2 tahun

#1. Bebola ayam mini dan lobak merah

Untuk kelainan, ibu boleh sediakan menu ayam menggabungkan sayur-sayuran menjadi bebola bersaiz kecil.

Rasanya yang sedap mampu memikat selera anak untuk makan lebih banyak. Selepas ini anda tidak perlu risau, makanan ringan mungkin bukan tumpuan si manja lagi.

#2. Nasi ayam

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kebanyakan anak kecil amat menyukai nasi ayam. Tidak hanya rasanya yang sedap, tekstur nasi yang lembut dan wangi mampu membuatkan si manja menikmati waktu makannya.

Ia menjadi lebih sempurna apabila kepingan ayam dimasak secara kukus ataupun panggang dengan isi yang berjus!

#3. Sup ayam jernih

Sup ayam benar-benar menenangkan jiwa! Apabila hujan atau sejuk di luar atau anak kecil anda diserang selesema, sup ayam jernih ini adalah cara terbaik untuk memastikan dia mendapat sedikit nutrisi juga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menu ayam ini juga sesuai untuk bayi dan seisi keluarga. Ibu boleh tambahkan ubi kentang dan sayur-sayuran agar hidangan lengkap nutrisi.

#4. Nasi goreng ayam simple

Lebihan nasi dan beberapa keping ayam boleh menjadi idea untuk ibu sediakan menu sarapan mudah buat si kecil.

Agar lebih sedap dan istimewa, ibu boleh guna pure butter sebagai pengganti minyak masak, tambahkan sebiji telur dan sayur campur. Pasti anak berselera makan!

#5. Ubi kentang lenyek bersama ayam

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain nasi, ubi kentang juga merupakan sumber karbohidrat dalam pemakanan si manja. Namun pastikan ia dimasak sehingga empuk bagi mengelakkan masalah angin.

Jika anak seorang memilih makan dan penggemar KFC, ibu boleh buat tricks dengan meletakkan hidangan ini ke dalam bekas KFC. Justeru nanti tidaklah perlu untuk memujuknya makan banyak.

#6. Pasta salad

Kanak-kanak dan pasta sememangnya berpisah tiada. Kebanyakan mereka amat menyukai menu ayam bersama pasta.

Ibu boleh memasak pasta dengan menambah sedikit keju dan ayam. Namun pastikan pasta tersebut benar-benar lembut bagi memudahkan si manja menggigitnya nanti.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#7. Kari ayam 

Mungkin sesetengah ibu akan mengelak dari menu kari ayam dengan alasan anak tidak menyukainya dan risau rasa pedas.

Sebenarnya menu ayam berasaskan kari untuk anak 2 tahun bersifat lebih ringan. Cuba resepi yang tidak ada menggunakan sebarang cili dan rempah sekawan.

Dengan cara masakan yang betul, ia menjadi kegemaran anak-anak kecil yang tidak makan pedas.

#8. Jejari ayam 

Jika si manja mula menunjukkan rasa bosan makan ayam dengan hidangan berat, apa kata kali ini ibu cuba buat sendiri jejari ayam di rumah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ia sesuai dijadikan sebagai snek dan minum petang. Anak-anak mesti suka dan kenyang menikmatinya!

#9. Ayam buttermilk

Menu ayam buttermilk antara yang populor dalam kalangan makanan untuk bayi dan kanak-kanak. Cara penyediaannya juga begitu mudah.

Sekali buat bukan sahaja anak, malah ibu ayah pun mesti akan suka. Pastikan anda menggunakan susu full cream ya!

#10. Ayam paprik

Untuk hidangan ala Thai, ibu boleh cuba resepi ayam paprik pula. Beruntung sungguh anak-anak jika didedahkan secara awal dengan pelbagai jenis masakan. Justeru nanti tidaklah mereka cerewet bila tibanya waktu makan.

Yang menariknya, masakan ayam paprik ini boleh dikatakan ekspres kerana anda boleh letakkan sekaligus semua bahan. Kira menu dua dalam satu, ada lauk dan juga sayur.

#11. Ayam masak halia

Selain cara masakan Melayu dan Thai, ibu yang kreatif juga boleh mencuba menu ayam masak halia yang menjadi makanan orang Cina.

Ayam halia mempunyai rasa sedap dan hangat di perut. Masakan ini berkhasiat, mengurangkan angin dalam badan, mengatasi masalah selesema serta meredakan gejala batuk secara semula jadi.

Tips membeli ayam untuk anak

Apabila membeli ayam untuk anak anda, pilihlah ayam ladang/desa atau ayam kampung yang telah diberi makanan organik.

Walaupun adalah perkara biasa bagi penternak untuk memberi antibiotik kepada ayam mereka, adalah penting untuk memastikan bahawa terdapat selang masa yang mencukupi antara dos antibiotik terakhir dan masa penyembelihan agar tiada kesan ubat yang tersisa dalam ayam.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 7 Menu Sarapan Pagi Untuk Anak Yang Simple Tapi Sedap, Barulah Kekal Bertenaga

Baca juga: Selain Faktor Persekitaran, Anak Yang Cerewet Makan Juga Berpunca Oleh Genetik-Kajian

Baca juga: 10 Menu Hari Jadi Anak Yang Simple & Menarik, Sesuai Untuk Sambutan Majlis Di Rumah