Apabila bayi menginjak usia enam bulan, antara perkara yang paling ibu ayah teruja ada dia akan mula makan. Ramai daripada ibu-ibu yang menggunakan susu ibu dan dicampurkan dalam menu bayi 6 bulan.
Ia berikutan ada ibu yang merasakan campuran berkenaan adalah yang paling berkhasiat dan paling sesuai sebagai permulaan untuk bayi mereka.
Tetapi adakah perbuatan ini selamat? Dan adakah benar ia berkhasiat apabila dicampurkan ke dalam makanan terutama pada menu bayi 6 bulan dan seterusnya?
Menu bayi 6 bulan dicampur susu ibu, adakah ia selamat?
Kredit: siraplimau
Menurut pakar pemakanan dan nutrisi, Fizah Sobri, tiada masalah sebenarnya untuk menggunakan susu ibu sebagai pelengkap dalam menu bayi, tetapi perlulah mengikut tatacara tertentu.
Seperti diketahui, susu ibu adalah makanan semulajadi yang dihasilkan oleh badan ibu dan pengendaliannya perlulah berhati-hati bagi mengekalkan khasiat sama seperti ia diberikan secara direct kepada bayi anda.
Menurutnya, tiada halangan untuk ibu menggunakan susunya sendiri sebagai salah satu kandungan dalam makanan bayinya, malah ia amat digalakkan supaya khasiat tidak terhenti pada waktu minum saja tetapi pada waktu makan.
Tatacara masukkan susu dalam menu bayi
Kredit: purewow
Susu ibu amat sesuai dimasukkan dalam menu bayi 6 bulan dan seterusnya. Tapi ada juga yang perlu berhati-hati kerana jika silap letak, khasiat yang ada dalam susu ibu akan hilang sekaligus menyebabkan anda kerugian kerana bayi tidak mendapat khasiatnya pun.
Jadi menurut pakar pemakanan dan nutrisi ini, beliau kongsikan apa yang perlu dipastikan sebelum memasukkan susu ibu ke dalam menu bayi anda! Antaranya termasuklah:
#1. Pastikan makanan sudah sejuk
Pastikan makanan dah sejuk,jika masak. Contoh jika ibu mahu letak dalam bubur. Biar sejuk dulu (maksud saya cukup untuk baby makan,bukan dari peti) baru titis susu ibu.
Lagi baik betul betul sebelum nak suap baby baru titis supaya khasiat atau zat yang sensitif haba tidak hapus sebab suhu
#2. Tidak digalakkan beku bersekali dengan makanan
Bila dah siap puree atau makanan, mommies dah siap tuang susu dalam mangkuk,kacau,asingkan ikut portion dan simpan tetapi sebenarnya ini kurang baik.
Ada zat dalam makanan yang boleh berinteraksi dengan susu ibu dan jadikan zat dalam susu ibu kurang diserap dalam badan.
Yang terbaik? seperti di atas. tuang betul-betul sebelum masa bayi nak mula makan.
#3. Biasakan anak dengan weaning diet
Ada babies yang tak begitu adventurous ,tak berani sangat nak mencuba perkara baru. Masa mula menu baru akan buat muka, buat ala-ala nak muntah dan menolak.
Kadang-kadang bukan tak sedap atau tak menarik tapi sebenarnya tak biasa. Boleh titis susu ibu supaya bau dan rasa yang mereka biasa ada dalam menu. Selalunya teknik ni waktu mula weaning diet 6-7 bulan
#4. Tiada had tetapi…
Nak letak 1oz ke, 4 titis ke up to you mommies. Tapi susu ibu tak rasa sama dengan susu full cream biasa.
Ia lebih manis sebab susu ibu mengandungi carbohydrate lebih tinggi dari susu full cream (7gm dalam 100ml susu ibu banding 4g dalam 100ml susu full cream).
Maka jika tak nak selalu letak, tak nak anak biasa menu manis atau bila makan kena ada breastmilk, bila guna sumber lain seperti santan atau susu akan tolak.
Jadi jika sekali-sekali untuk biasakan anak dengan menu sudah mencukupi.
Menu bayi 6 bulan yang boleh dicampur susu ibu
Kredit: bukareview
Kami kongsikan idea menu bayi 6 bulan yang mungkin anda boleh cuba campurkan dengan susu ibu. Selamat mencuba!
#1. Puri buah
Bahan-bahan:
- 1 biji buah epal merah (atau buah pilihan mangga, pisang, avocado, buah naga) – dibersihkan, dibuang kulit, bijinya dan dipotong kepada saiz kecil supaya ia cepat lembut.
- 1 cawan air
Cara memasak:
- Tuang air ke dalam kuali dan didihkan.
- Masukkan buah ke dalam periuk. Tutup dan renehkan selama 10 minit atau sehingga buah epal menjadi lembut.
- Lenyek epal dengan menggunakan garpu sehingga menjadi puri ataupun ibu juga boleh kisarkan.
- Puri buah-buahan boleh diberi begitu sahaja atau pun dicampur dengan susu ibu. Terpulanglah kepada citarasa ibu.
#2. Puri sayur-sayuran
Bahan-Bahan:
- 1⁄2 cawan lobak merah (atau sayur pilihan)
- Air yang secukupnya untuk mengukus
Cara memasak:
- Masukkan sayur ke dalam pengukus dan letakkan di atas air mendidih dan kukus selama 15 minit atau sehingga lembut.
- Kisar dengan sedikit air ataupun sup ayam yang secukupnya. Kalau cukup lembut, ibu juga boleh lenyekkan sayur sehingga ia menjadi puri.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Fizah Sobri
Baca juga: Makanan Bayi 6 Bulan: Resepi Bubur, Stok Ayam & Makanan Puri Yang Bagus
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!