7 Resepi Menu Berbuka Puasa Berasaskan Ayam Yang Simple & Sedap, Anak Mesti Suka!

Menu berbuka puasa 30 hari sering membuatkan para ibu dalam dilema kerana perlu bersedia secara lebih awal. Apa kata anda semak sahaja di sini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap kali tibanya waktu bulan Ramadhan, golongan ibu adalah yang paling sibuk membuat pelbagai persediaan termasuklah memilih menu berbuka puasa 30 hari. Jika tidak dilakukan awal, bimbang nanti anda berasa buntu bila fikirkan juadah setiap hari untuk berbuka.

Sebagai ibu tentu sahaja anda inginkan menu hidangan yang mudah disediakan dan lazat. Melihat sahaja suami dan anak-anak makan dengan penuh berselera sudah cukup memuaskan hati si tukang masak.

Menu berbuka puasa 30 hari yang simple dan sedap

#1. Menu berbuka puasa 30 hari- Kerabu kaki ayam

  • 2 batang serai
  • 1 biji cili merah
  • 3 biji cili padi
  • 5 biji bawang merah kecil
  • 1 biji timun muda (dibuang tengahnya)
  • 1 biji tomato
  • 1 batang lobak merah
  • 3 helai daun limau purut
  • Secekak daun ketumbar
  • 2 biji limau nipis
  • 2 sudu sos ikan (nampla)
  • Sos tiram, garam dan gula

Cara memasak

  1. Basuh kaki ayam sebersihnya. Rebus hingga empuk dengan sedikit garam dan toskan.
  2. Mayang serai, bawang dan cili. Manakala timun, tomato, daun ketumbar dan lobak dipotong kecil.
  3. Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati. Perasakan dengan gula, garam, sos ikan dan perahan limau. Siap!

#2. Ayam sos lemon madu

  • Dada ayam 500g
  • Tepung serbaguna
  • 1 biji telur ayam (dikacau)
  • Madu 4 sudu besar
  • Lemon 2 biji (diambil jus)

Cara memasak

  1. Celupkan ayam dengan telur. Kemudian golek-golek di atas tepung sehingga rata.
  2. Panaskan minyak, goreng sehingga garing dan toskan.
  3. Untuk sos pula, campur madu dengan jus lemon. Kacau sebati dan masukkan ayam. Gaul rata. Hias dengan hirisan lemon dan daun sup. Siap!

#3. Resepi berbuka puasa- Kari ayam nyonya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

  • Ayam 1/2 ekor
  • Santan 1 bungkus kecil
  • Bawang putih 4 ulas
  • Bawang merah 6 ulas
  • Serai 3 batang dihirs
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci halia
  • Kunyit hidup 1 inci
  • Buah keras 4 biji
  • Cili kering ikut pedas
  • Serbuk rempah daging 1 sudu besar
  • Cili masak 2 biji

Cara memasak

  1. Kisar semua bahan kecuali ayam dan rempah. Kemudian, tumis dan masukkan rempah dan daun kari
  2. Kacau sehingga wangi. Masukkan ayam, santan, kentang dan daun limau purut. Siap!

#4. Lauk berbuka puasa- Ayam masak kicap

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 1 ekor ayam dipotong kecil
  • 1 labu bawang besar 
  • 2 biji cili merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 cawan air
  • 3 sudu makan kicap pekat
  • 3 sudu makan sos tomato
  • Daun bawang dan tomato

Cara memasak

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dihiris sehingga wangi. Masukkan ayam dan gaul rata.
  2. Masukkan air, kicap dan sos tomato. Biarkan sehingga mendidih. Tambahkan buah tomato dan daun bawang.
  3. Gaul dan angkat. Sedia dihidangkan!

#5. Resepi berbuka puasa mudah- Ayam masak merah

  • 1 ekor ayam
  • Sedikit garam kunyit

Bahan kisar

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 4-5 biji cili kering
  • 1 cm halia 
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1 biji tomato dipotong dadu
  • 1/2 cawan sos tomato

Cara memasak

  1. Gaul ayam dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak.
  2. Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan buah tomato sehingga naik bau. Kemudian baru masukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga pecah minyak. 
  3. Masukkan ayam dan balik-balikkan. Apabila kuah sudah pekat, boleh masukkan bahan-bahan hias. 

#6. Menu berbuka puasa simple- Masak lemak cili api

  • Ayam
  • 7 cili padi
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 batang serai
  • 300ml santan
  • 1/2 cawan air

Cara memasak

  1. Kisar cili padi dan kunyit hidup. Dalam periuk, masakkan ayam bersama dengan bahan kisar sehingga kering.
  2. Kemudian masukkan santan, serai, gula dan garam. Biarkan ia masak dan siap!

#7. Juadah berbuka puasa- Paprik ayam

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

  • Isi ayam dipotong kecil
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih dan cili api
  •  1 batang serai
  • 1/2 batang lobak merah
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • 5 sudu makan sos tomato dan sos cili
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 1/2 cawan air
  • Sedikit bunga kubis, lada benggala hijau dan limau purut
  • Jus limau kasturi

Cara memasak

  1. Tumis bawang besar, bawang putih cili api dan serai.
  2. Masukkan isi ayam dan kacau rata. Tambah lobak merah, kicap, sos tomato, cili, sos tiram dan biarkan mendidih.
  3. Masukkan lada benggala dan kubis bunga. Apabila mendidih, masukkan daun limau purut dan jus limau. Siap!

Sumber: Ontrenz

Kredit foto: Google Images

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Overnight Oat Untuk Menu Sahur Ibu Mengandung & Menyusu, Bantu Kenyang Lebih Lama!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan