Menu Berbuka Puasa Simple Selain Nasi Yang Sedap, Suami & Anak-Anak Mesti Suka

Menu berbuka puasa simple selain nasi boleh dicuba untuk hidangan keluarga. Cara penyediaannya juga mudah dan pastinya sedap

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memasuki minggu kedua bulan Ramadan, mungkin sesetengah suami atau anak mula rasa jemu dengan hidangan nasi. Sebagai ibu, anda patut cuba menu berbuka puasa simple selain nasi untuk memikat selera mereka.

Seorang pengguna Facebook, Nurha Muhammad telah berkongsikan beberapa idea menu berbuka puasa simple yang boleh dijadikan rujukan buat kaum ibu.

Menu berbuka puasa simple tanpa nasi

Menu iftar 2 minggu pertama puasa. Tahun ni husband request menu berbuka puasa simple tanpa nasi. Sahur sahaja kami makan nasi.

So here we go. Senang tak yah fikir nak masak lauk pauk + sayur. Semua combine dalam satu pinggan.

#1. Char kuey teow

Bahan-bahan untuk menu buka puasa selain nasi:

Bahan-bahan untuk kisar halus(A) :

* 6 ulas bawang putih
* 3-4 biji bawang merah
* sedikit air

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan untuk air rebusan(B) :
* kulit udang (dari 10-15 ekor udang)
* anggaran 3 cawan air
* Bahan-bahan untuk sos char kuey teow:
* Sedikit minyak utk menumis

 Bahan (A)
* 2 senduk cili kisar
* 1/4 cawan kicap manis
* 6 sudu besar kicap cair
* 4 susu besar sos tiram

 Bahan (B)

* 1 kiub ikan bilis
* 1 sudu besar petis (boleh ganti 1/2 sudu kecil belacan kalau takde)
* garam
* gula

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan untuk char kuey teow:

* sedikit minyak
* 1 pek kuey teow (jenis halus)
* 1 ikat kuchai
* 1 mangkuk taugeh
* telur

Cara buat sos char kuey teow:

1. Buang kepala udang, dan rebus 10 minit.
2. Tuang dalam blander dan kisar halus kulit udang.
3. Kemudian tapis airnya, hampas kulit udang boleh buang.
4. Cincang kasar bawang merah dan bawang putih.
5. Masukkan dalam pengisar, tambah sedikit air dan kisar halus.
6. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar halus.
7. Masukkan cili kisar.
8. Masak hingga pecah minyak.
9. Tambah kicap manis, kicap cair, sos tiram, sos tomato (boleh ganti asam keping atau cuka) dan semua air rebusan udang tadi.
10. Tambah kiub ikan bilis.
11. Tambahkan petis (boleh ganti dgn sedikit belacan).
12. Masak sampai mendidih.
13. Tambah garam dan gula secukup rasa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara-cara untuk menggoreng char kuey teow:

1. Bilas kuey teow dengan air dan tapis.
2. Bersihkan kuchai dan hiris memanjang.
3. Panaskan minyak.
4. Masukkan udang dan kacau sampai kulit udang bertukar merah.
5. Masukkan dua senduk sos char kuey teow.
6. Tambah 4-5 senduk air.
7. Kuey teow sejemput.
8. Masukkan taugeh dan kuchai.
9. Last sekali telur.

Tips:

  1. Char kuey teow perlu masak asing-asing untuk satu orang makan baru sedap.
  2. Tambah lebih air atau sos char kuey teow kalau nak lebih kuah

#2. Kuey tiau kungfu

Bahan untuk goreng kuey tiau:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 2-3 biji telur
  • 1/2 sudu kecil white pepper
  • Secubit garam
  • 1 paket kueyteow dibahagikan kepada 3-4 bahagian

Cara goreng kuew tiau seperti telur dadar. Goreng satu-satu untuk sepinggan.

Bahan untuk kuah kuey teow:

  • 3 ulas bawang putih diketuk
  • 1 bahagian fillet ayam
  • 10 ekor udang & sotong
  • 1 batang carrot dihiris nipis-nipis
  • 4 biji anak jagung (baby corn)
  • 2 pokok sayur kailan
  • Cili padi
  • 1/2 sudu white pepper
  • 3 sudu sos tiram
  • sedikit garam
  • 1 kiub ayam
  • 2 -3 sudu tepung jagung dibancuh dengan air

Cara penyediaan:

  1. Panaskan 2 sudu makan minyak masak.
  2. Masukkan bawang putih kacau hingga keperangan dan masukkan isi ayam. Kacau sampai ayam masak
  3. Masukkan sos tiram, kiub ayam supaya rasa sedap dan warna tak pucat
  4. asukkan air. Bila dah menggelegak masukkan carrot, baby corn dan batang kailan terlebih dahulu.
  5. Kemudian baru masukkan udang & sotong diikuti daun kailan & cili padi
  6. Masukkan 1/2 sudu white pepper berserta sedikit garam.
  7. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung. Agak-agak banyak mana kuah yang anda mahukan. Fungsi tepung jagung untuk memekatkan kuah. Sesuaikan rasa. Boleh tambah extra white pepper & sos tiram jika suka.
  8. Bila dh siap, curahkan kuah ke dalam pinggan berisi kuew tiau goreng tadi dan enak dimakan panas-panas.

#3. Kerabu megi ala Thai

Bahan-bahan:

  • 3 bungkus Megi Thai Serda
  • 1 biji buah tomato-hiris
  • 1/2 labu bawang holland
  • Segenggam daun ketumbar
  • 1 biji cili merah besar
  • 1 sudu sos ikan
  • 1 sudu jus limau nipis
  • 1 sudu gula kabung thai
  • 1 sudu serbuk chili thai- jika suka
  • 5 biji tomato ceri- belah dua
  • Carrot- diparut
  • Kobis putih/ purple- hiris nipis
  • White fungus & black fungus– rendam air panas hingga kembang, tos & hiris nipis
  • Air rebusan seafood

Bahan Lauk:
Sotong, Udang, Crab stick, Sosej

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara-caranya:
1. Panaskan air untuk merebus bahan lauk dan mee segera. Tunggu hingga menggelegak.
2. Rebus bahan lauk & megi ( rebus berasingan). Angkat & tos.
3. Satukan semua bahan dalam mangkuk besar & kacau sebati

#4. Tomyam putih

Bahan:

– Lengkuas, serai
– Ayam bahagian dada @ribs di potong kecil
– daun limau, bawang Holland, cili padi
– bunga kobis, carrot, baby corn, cendawan tiram, tomato, enoki
– air limau nipis
– Garam pink
– daun ketumbar

Cara penyediaan:

1. Didihkan air dan masukkan lengkuas, akar daun ketumbar dan serai yang dah diketuk
2. Air mendidih masukkan isi ayam.
3. Kemudian masukkan sayur keras terlebih dahulu seperti bunga kobis, carrot dan baby corn.
4. Bila dah mendidih masukkan bawang Holland, daun limau, cili padi, cendawan tiram, enoki dan tomato. Biarkan sayur masak sepenuhnya.
5. Perasakan dengan garam. Tutup api dan masukkan air limau nipis dan daun ketumbar.

*Boleh dimakan dengan bihun, suhun, mee atau nasi putih

#5. Kuey tiau Th’ng

Cara penyediaan sup:

1. Rebus isi ayam hingga mendidih.
2. Masukkan fishball & fishcake.
3. Perasakan dengan chicken stok @ kiub ayam, garam, minyak bijan & white pepper.
4. Keluarkan isi ayam dari kuah sup. Sejukkan & carikkan isi ayam.

*Sambil tunggu sup masak sila cuci kuey tiau untuk buang lebihan minyak. Toskan.

*Celur sawi hingga layu, kemudian angkat & rendam dlm air sejuk. Toskan. Saya guna sawi bunga.

*Cili kicap: potong cili & campurkan dengan kicap masin.

*Garlic oil: Cincang 1 labu bawang putih. Nak senang pakai chopper. Masukkan minyak dalam kuali kecil, masukkan bawang putih. Hidupkan api, guna api kecil. Kacau hingga bawang garing & kekuningan kemudian tutup api. Jangan sampai bawang hangus nanti pahit.

  • Masukkkan kuey tiau dalam mangkuk. Susun isi ayam dan sawi. Sendukkan sup berserta fishball & fishcake. Masukkan cili kicap & garlic oil.

#6. Bihun sup utara

  • Bihun direndam hingga lembut. Masukkan serbuk kunyit @ pewarna kuning. Toskan & rendam dengan air panas @ dicelur seketika.

Bahan untuk sup:

☑1kilo tulang dicampur sedikit daging
☑2 batang serai ketuk
☑Halia lebih kurang 2 inci dihiris
☑4 ulas bawang putih dihiris
☑4 ulas bawang merah kecil dihiris
☑ sup bunjut sup tulang (beserta 4 sekawan)
☑Sedikit batang daun sup
☑Kiub daging

Cara penyediaan:

1. Masukkan air ke dalam periuk dan rebus tulang & daging .
2. Dalam kuali berasingan, tumis bawang merah, bawang putih, halia, serai, sup bunjut beserta 4 sekawan hingga naik bau.
3. Kemudian masukkan bahan tumisan ke dalam rebusan tulang & daging.
4. Sambung merebus hingga tulang/ daging empuk.
5. Perisakan dengan kiub daging & garam secukupnya.

Bahan untuk cabai merah:

☑Cili kering yang telah di blend atau ciliboh atau cili yang siap dikisar
☑Sedikit bawang putih dan bawang merah kecil ditumbuk
☑Asam keping atau air asam jawa atau cuka
☑Garam
☑Gula

➡Panaskan minyak, tumis bawang hingga naik bau.
➡Masukkan cili kering/ cili boh dan masak hingga pecah minyak.
➡Masukkan asam keping atau air asam jawa atau cuka (pilih salah satu)
➡ Perisakan dengan garam & gula secukupnya.

Bahan sampingan untuk dimakan bersama:
👉🏻Bihun
👉🏻Daun sup
👉🏻Lobak masin
👉🏻Bawang goreng
👉🏻Limau nipis
👉🏻Hirisan daging

#6. Penne Pesto

Bahan-bahan:

– 2 cawan daun basil @ selasih
– 6 biji bawang putih
– 1/2 cawan gajus
– 1/4 cawan parmesan cheese
– 1/4 tsp garam
– 1/4 tsp lada hitam
– 150ml @ 10 tbsp minyak zaitun

  • Dalam food processor atau blender kering, satukan kesemua bahan di atas dan kisar hingga halus. Jangan tambah air ya. Kemudian simpan dalam bekas & ketepikan.

Cara penyediaan pesto:

– 3 cawan pasta pilihan. Eg: spiral, penne, macaroni, fettucini
Olive oil
– Bawang putih cincang
– Isi ayam- perap dengan sedikit garam dan lada hitam
– Lada benggala tomato ceri, carrot & brokoli . Carrot dan brokoli direbus terlebih dahulu.Lepas rebus masukkan dalam bekas berisi air berais dan tos.
– Garam dan lada hitam
– Daun basil segar dan parmesan cheese sebagai hiasan.

Cara memasak:

1 . Didihkan air, masukkan 1 sudu garam dan rebus pasta hingga al dente. Rujuk di pek pasta masing2 ye.
2. Dalam kuali, masukkan olive oil & bawang putih. Tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan ayam & masak hingga sedikit garing.
3. Masukkan capsicum, tomato ceri , brokoli , carrot & sedikit air rebusan pasta.
4. Masukkan pes pesto. Kacau rata. Perisakan dengan sedikit garam dan lada hitam
5. Masukkan pasta & kacau hingga sebati.
6. Hidangkan bersama daun basil segar dan parmesan cheese.

#7. Resepi creamy tomyam spageti

Bahan:

  • 1 peket spagetti (500g) – prego@ san remo
  • Olive oil
  • 6 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang holand
  • 3biji cili padi hijau
  • 1 batang serai diketuk
  • Udang 15-20ekor
  • 3-4 sudu besar pes tomyam ( brand Thai)
  • 6-8 helai daun limau purut ( buang batang tengah)
  • 1 biji tomato ( potong dadu)
  • 400ml whipping cream
  • 1liter air
  • 1 sudu teh garam
  • 2 sudu teh serbuk ayam @ chicken stok
  • Daun ketumbar- hiris halus

Cara memasak:

1. Rebus spageti hingga lembut seperti arahan di belakang pek.
2. Panaskan olive oil. Masukkan serai, bawang putih, bawang holand & cili padi yg dicincang & goreng hingga kekuningan.
3. Kemudian masukkan pes tomyam, udang & daun limau. Kacau rata hingga udang setengah masak & masukkan tomato.
4. Masukkan air & whipping cream diikuti dengan garam & serbuk ayam.
5. Tunggu hingga mendidih dan rasa dulu ikut citarasa anda. Kemudian masukkan spageti, kacau sebati.
6. Akhir sekali masukkan daun ketumbar. Siap dihidang.

P/s: kalau nak ada kuah lepas masak terus hidang. Bila dah suam kuah akan meresap ke dalam spageti, pun sedap jugak sebab flavour dia meresap dalam spageti. Hidangan untuk 6-8 orang.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Semua Nampak Sedap Belaka, Ibu Sarat Hamil Kongsi 13 Menu Berbuka Buat Suami Tercinta

Baca juga: Doa Sebelum Berbuka Ustaz Don, Amal 10 Minit Sebelum Buka Puasa Paling Mustajab!

Baca juga: 7 Resepi Minuman Berbuka Puasa Yang Sihat & Menyegarkan, #4 Paling Ramai Suka!