Ramai ibu hamil yang berpantang sendiri susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini. Jadi kali ini kami kongsikan menu berpantang yang mudah saja untuk ibu-ibu sediakan.
Bukan mudah untuk berpantang sendiri, pening juga kepala memikirkan menu untuk dimasak ketika sedang berpantang. Tetapi ada juga yang sudah buat persediaan awal, masak terlebih dulu dan frozen.
Ia lebih memudahkan, malah jika berpantang sendiri hanya tinggal perlu panaskan saja lauk yang disediakan itu. Jadi bila sudah bersalin tidak perlu lagi memasak hanya perlu panaskan saja.
Menu berpantang ibu bersalin
Makanan berpantang mestilah makanan berkhasiat yang boleh memberi tenaga kepada ibu selepas bersalin. Kehilangan banyak tenaga selepas bersalin bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh.
Disebabkan itu ibu selepas bersalin perlu memastikan menu berpantang yang dimasak cukup segalanya daripada segi nutrien dan sebagainya.
Kali ini kami kongsikan menu yang mungkin anda boleh cuba ketika berpantang nanti. Malah jika ada yang rajin, boleh cuba masak menu ini untuk anda frozen dan digunakan ketika berpantang nanti.
#1. Ikan tenggiri lada hitam kukus
Bahan-bahan :
3-4 ketul isi ikan tenggiri
1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
Sedikit serbuk lada hitam
1 sudu kecil sos tiram
Sedikit jus lemon
Garam secukup rasa
Cara-cara :
1. Bersih isi ikan, mayang semua bawang, halia dan taburkan dalam pinggan yang sesuai .
2. Susun semua isi ikan dan taburkan lagi bawang serta halia di atas isi ikan .
3. Masukkan sos tiram , garam dan serbuk lada hitam . Kukus selama 10-15 minit atau sampai ikan masak .
* Tidak perlu ditambah air sebab bila dalam proses kukus isi ikan ni akan mengeluarkan jus.
#2. Sup ikan merah
Bahan-bahan :
Ikan merah
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
Kayu manis, bunga lawang dan pelaga
Lada hitam biji – tumbuk
Sup bunjut ikan Adabi
Cara-cara :
1. Didihkan air secukupnya bersama sup bunjut ikan, bawang merah, bawang putih, halia yang dihiris, kayu manis, bunga lawang dan pelaga.
2. Biarkan air menggelegak sebelum dimasukkan ikan.
3. Akhirnya masukkan lada hitam dan garam secukupnya. Taburkan daun sup san bawang goreng. Tutup api dan sedia dihidangkan.
#3. Ikan tenggiri masak asam
Bahan-bahan :
500ml air
3 ketul ikan tenggiri
1/2 cawan air asam jawa
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Bahan-bahan yang dihiris:
30gm halia
3 biji bawang merah
Cara-cara :
1) Didihkan kesemua bahan di atas api perlahan.
2) Masak sehingga kuahnya agak pekat dan ikan masak.
3) Kacau rata sebelum dihidangkan.
#4. Ikan bawal kukus asam jawa
Bahan-bahan :
Ikan bawal dikelar sedikit
Dua keping halia dihiris
Sekeping kunyit hidup dihiris
1 sudu teh pes asam jawa Adabi
Lada hitam ditumbuk
Garam
Cara-cara :
1. Lumurkan kesemua bahan pada ikan.
2. Kukus ikan sehingga masak.
#5. Sup lobak putih
Bahan-bahan :
1/2 ekor rangka ayam
1 batang lobak putih
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 sudu kecil serbuk pati ayam
Garam secukup rasa
Cara-cara :
1. Hiris bawang merah ,bawang putih dan halia.
2. Tumis dalam minyak yang sedikit.
3. Masukkan 3 cawan air dan rangka ayam.
4. Biar ia mendidih selama 15 minit kemudian masukkan serbuk pati ayam dan garam.
5. Akhir sekali, masukkan lobak putih yang telah dihiris bulat.
6. Biar ia mendidih sebentar dan boleh dihidangkan.
7. Boleh dihias dengan daun bawang,daun sup dan tabur bawang goreng semasa menghidang.
Info :
Lobak putih dikatakan berkhasiat utk merawat darah tinggi, masalah kencing tidak lawas, masalah sistem penghadaman dan dapat juga membantu memperbanyakkan susu bagi ibu-ibu yang menyusu.
#6. Singgang daging
Bahan-bahan :
1 liter air
1 biji bawang besar (Dipotong bulat)
2 ulas bawang putih (Dihiris halus)
1/2 sudu besar ketumbar (Ditumbuk kasar)
2 tangkai cili kering (Dipotong 3)
1 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa
Bahan Dihiris Kasar :
200 daging
20gm halia
20gm lengkuas
Cara Penyediaan :
1) Rebus daging bersama halia,lengkuas,bawang putih,ketumbar,cili kering dan asam keping hingga empuk.
2) Kemudian,masukkan bawang besar,garam dan gula.
3) Didihkan seketika sebelum diangkat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Selain Haruan, Ini Jenis Ikan Yang SELAMAT Dimakan Ketika Ibu Dalam Pantang
Baca juga: Nak Luka Cepat Pulih Lepas Bersalin & Produksi Susu Badan Meriah? Amalkan 4 Kategori Makanan Ini
Baca juga: 5 Resepi Perapan Ayam Bakar Untuk Ibu Berpantang! Boleh Dimakan Seisi Keluarga Juga Tau!