Berbaki seminggu lagi sekolah bagi sesi ini akan berakhir. Jadi minggu terakhir ini banyak sekolah yang akan mengadakan jamuan bagi meraikan setahun sesi persekolahan. Pastinya ibu menjadi individu paling risau memikirkan menu potluck yang bakal dibawa anak-anak.
Apa yang penting menu potluck simple akan menjadi pilihan dan mudah untuk disediakan. Paling penting ia habis dimakan. Lega rasanya bila anak bawa balik bekas kosong.
Kami kongsikan menu potluck sekolah yang bakal membantu ibu-ibu supaya anak tak datang dengan tangan kosong ke jamuan nanti. Potluck menu ini sangat simple, bahan-bahannya juga sangat mudah cicari.
Menu potluck sekolah simple & mudah disediakan
Simple dan mudah disediakan memang potluck menu yang menjadi pilihan.
1.Spageti buttermilk chicken popcorn
Bahan-bahan:
- 1 paket spageti
- 1 tin susu cair
- 10 ulas bawang putih
- Daun kari
- 5 sudu besar mentega
- 6 sudu besar tepung gandum
- Air masak
- Popcorn chicken (goreng guna airfryer/goreng biasa)
Cara penyediaan:
- Rebus spagheti hingga lembut.
- Tumis bawang putih dan daun kari hingga wangi.
- Masukkan tepung gandum dan kacau hingga kekuningan jadikan roux (pemekat).
- Masukkan 1 tin susu cair.
- Tambahkan air ikut kepekatan yang diingini.
- Perasakan dengan garam. Boleh dihidang bersama spageti yang direbus tadi dan taburkan chicken popcorn di atas supaya tak lembik.
Tips: Pek makanan ini ke dalam bekas-bekas kecil supaya mudah untuk anak-anak di sekolah makan.
Menu potluck kanak-kanak suka
2. Sosej roll
Bahan-bahan:
- Roti gardenia di gelek nipis (buang tepi)
- Sosej yang direbus
- Salad
- Sos cili/tomato (tetapi jika kanak-kanak lebih kecil lebih baik sos tomato)
- Keju
- Mayonis
- Biji selasih atau bijan hitam
Cara Penyediaannya:
- Gelek nipis roti.
- Masukkan sosej dan sayur.
- Gulungkan roti bersama inti.
- Pipekan sos dan mayonis.
3.Macaroni cup pizza
Bahan-bahan:
- Makaroni
- Bawang putih
- Isi ayam
- Sos Spagheti
- Mix herbs
- Garam secukup rasa
- Lada hitam
- Tortilla wrap
- Cheese pizza/mozarella
- Minyak
Cara penyediaan:
- Rebus makaroni sehingga masak dan toskan
- Tumis bawang putih sehingga naik bau dan masukkan isi ayam. Masak isi ayam sehingga masak
- Masuk makaroni yang telah direbus, sos spagheti, kalau nak masuk mix vege pun boleh, letak mix herbs dan sedikit garam
- Ambil tortilla wrap, potong bentuk tiga segi, letak dalam cup.
- Masukkan pula macaroni yang telah dimasak tadi ke dalam cup.
- Pecah telur, letak garam dan sedikit lada hitam black pepper. Whisk.
- Tuang telur ke dalam cup agak-agak tenggelam
- Tabur cheese pizza dan sprinkle sedikit mix herbs
- Bakar dengan suhu 170 darjah celcius. Api atas bawah 15 minit, + api bawah 10 minit.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 7 Idea Menu Jamuan Raya Sekolah Yang Mudah & PALING Digemari Kanak-Kanak
Baca juga: Resepi Bihun Goreng Singapore, Tak Pedas Sesuai Bawa Ke Jamuan Sekolah Anak!
Baca juga: Cuti Sekolah Musim Anak Bersunat, Bolehlah Sedekah Pulut Kuning & Rendang Ayam!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!