Esok dah mula berpuasa, ibu-ibu dah ada fikir ke nak sahur apa? Bagi memudahkan anda, kami senaraikan menu sahur 30 hari yang simple dan mudah. Yang penting, semua resepi yang dikongsikan ini sesuai untuk anak-anak dan seisi keluarga sepanjang bulan puasa.
Menu Sahur 30 Hari
Kebiasaannya hidangan sahur lebih ringkas berbanding hidangan berbuka puasa. Satu lauk pun dah cukup asalkan boleh mengenyangkan dan mampu bertahan lama sehingga waktu berbuka nanti.
Jika anda tiada idea, boleh cuba senarai menu sahur sedap seperti yang dicadangkan menerusi laman Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN).
Menu ini sangat mudah untuk dimasak dan paling cepat untuk disediakan di pagi hari.
Antara menu yang menjadi pilihan ramai ialah:
Ikan Bilis Goreng Cili & Bawang
Ayam & Telur Masak Kicap
Daging Goreng Masak Kicap & Kentang
Sambal Sardin Pecah Telur Dengan Terung Goreng
Udang Goreng Kunyit
Ayam Masak Ungkep
Masak Asam Ikan Masin
Rendang Ayam
Telur Rebus Cicah Budu
Daging Masak Merah
Sup Tulang
Ayam Masak Paprik
Sambal Telur Hancur
Masak Tomyam Putih
Ikan Goreng Sup Sawi
Telur Mata Kerbau Masak Sos
Daging Dendeng
Kerang Goreng Kunyit
Acar Ikan Talang
Serunding Telur Simple
Telur Dadar Dengan Bening Sawi
Sambal Berlada Ikan Tongkol
Ayam Goreng Kunyit
Ikan Masak Asam
Daging Masak Jintan
Sup Ikan Merah
Ayam Kukus Halia
Popcorn Ayam Masak Sweet Sour
Ayam Masak Buttermilk
Ikan Merah Masak Pindang
Selamat mencuba!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 7 Resepi Menu Berbuka Puasa Berasaskan Ayam Yang Simple & Sedap, Anak Mesti Suka!
Baca juga: 4 Resepi Sedap Untuk Anak Yang Susah Makan Sahur, Bantu Galakkan Mereka Puasa
Baca juga: 5 Menu Sahur Simple Selain Nasi, Mudah Disediakan & Bantu Kenyang Lebih Lama