40 Resepi Dan Menu Sarapan Pagi Simple, Sedap Dan Mudah Disediakan Untuk Anak Ke Sekolah

undefined

Mencari menu sarapan pagi simple dan lazat? Kami kongsikan 40 resepi mudah seperti nasi lemak, roti bakar dan burger, pasti memikat selera!

Tahun baru, semangat baru! Buat ibu yang sudah berazam nak pastikan anak-anak pergi ke sekolah dengan perut kenyang dan hati gembira, inilah masanya untuk menyediakan menu sarapan pagi simple yang terbaik!

Tak perlu risau kalau buntu idea kerana ada banyak pilihan menu mudah, cepat dan tentunya sedap yang boleh dicuba untuk ibu-ibu yang sibuk.

40 Resepi Dan Menu Sarapan Pagi Simple Dan Sedap

Dengan pelbagai pilihan ini, ibu bapa boleh menyediakan sarapan yang sihat, cepat, dan menarik untuk anak ke sekolah!

  1. Sandwic Telur Mayo
  2. Pancake Pisang
  3. Nasi Goreng Telur
  4. Bubur Oat Buah-Buahan
  5. Roti Bakar Mentega Kacang
  6. Telur Dadar Sayur
  7. Mee Goreng Mudah
  8. Roti Sosej Gulung
  9. Lempeng Kelapa
  10. Nasi Lemak Ringkas
  11. French Toast
  12. Kek Cawan Telur Kukus
  13. Pizza Roti Simple
  14. Sosej Keju Gulung
  15. Kentang Lecek Keju
  16. Roti Canai Segera
  17. Popia Telur Hancur
  18. Cucur Sayur
  19. Sup Ayam Ringkas dengan Roti
  20. Paratha Telur dan Keju
  21. Muffin Pisang
  22. Wrap Ayam Grill
  23. Roti Pisang Coklat
  24. Mi Sup Ayam
  25. Cornflakes Madu
  26. Kuih Ketayap
  27. Popia Sosej Keju
  28. Lempeng Pisang
  29. Roti Telur Bistik
  30. Donat Mini
  31. Pasta Carbonara Simple
  32. Telur Rebus Bersama Salad
  33. Waffle Coklat Keju
  34. Karipap Mini Frozen
  35. Sate Ayam Ringkas
  36. Telur Hancur Bersama Roti Bakar
  37. Cucur Ikan Bilis
  38. Burger Mini
  39. Biskut Kacang Homemade
  40. Bubur Kacang Hijau

Menu Nasi Goreng Simple

Bahan-bahan:

  • 2 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 1/2 biji tomato
  • 3 tangkai cili kering kerinting
  • 1 inci belacan
  • 1 keping dada ayam (dipotong dadu)
  • 2 biji telur
  • 1 1/2 mangkuk nasi putih semalaman (dari peti sejuk)
  • 1 sudu perasa serbuk ikan bilis
  • 1 sudu perasa serbuk cendawan
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil gula
  • 2 helai kobis (dihiris)

Cara Memasak :

  1. Tumis bawang putih, bawang merah, tomato, belacan, dan cili kering hingga naik bau.
  2. Masukkan dada ayam yang dipotong dadu atau lauk lebihan (leftover) yang ada.
  3. Pecahkan 2 biji telur, biarkan seketika sebelum dikacau separa hancur.
  4. Perasakan dengan serbuk ikan bilis, serbuk cendawan, garam, dan gula.
  5. Tambahkan kobis atau sayur pilihan ke dalam kuali.
  6. Gaul sebati, dan jika suka, taburkan sedikit daun sup atau daun bawang.

Menu Simple Avocado Toast

Bahan-bahan: 

  • 1 biji avocado
  • 4-5 keping roti multigrain
  • Salted butter secukupnya

Cara Penyediaan: 

  1. Panaskan oven 150° (api atas). Bakar roti 3-4 minit hingga garing.
  2. Sementara itu, belah, kopek dan hiris avocado.
  3. Sapu butter, susun avocado, terus makan!

Menu Burger-Benjo Quick Fix

Bahan-bahan:

  • 3 keping roti burger
  • 3 keping daging burger (nyahbeku menggunakan microwave)
  • Sedikit serbuk lada sulah
  • 3 keping keju cheddar
  • Sedikit marjerin (untuk sapuan)
  • 1 biji telur
  • ½ biji timun Jepun (hiris nipis)
  • 1 biji tomato (hiris nipis)
  • Sedikit daun salad
  • Sos cili

Cara Memasak:

  1. Sediakan semua bahan terlebih dahulu.
  2. Panaskan kuali leper, kemudian masak daging burger hingga mengecut. Taburkan serbuk lada sulah jika suka, dan balikkan. Pada masa yang sama, goreng telur mata menggunakan acuan bulat.
  3. Setelah masak, angkat daging dan toskan minyak.
  4. Potong roti burger kepada dua bahagian dan sapukan marjerin di satu sisi. Susun keju cheddar, hirisan timun, hirisan tomato, kepingan burger, telur mata, dan daun salad di atas roti.
  5. Akhir sekali, picitkan sos cili dan tutup dengan bahagian atas roti burger.

Menu ini sesuai untuk memudahkan ibu bapa menyediakan sarapan pagi yang ringkas, sihat dan digemari oleh anak-anak. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Idea Potluck Sekolah & Jamuan Akhir Tahun Yang Mudah Dan Sedap

Baca juga: Menu Pantang Untuk Wanita 30-an, Pulihkan Diri Lepas Bersalin! Sedap & Mudah

Baca juga: Resipi Lauk Ayam Mudah Untuk Anak-Anak Memilih Makan, Sedap Tak Terkata!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!