X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Menu Pantang Untuk Wanita 30-an, Pulihkan Diri Lepas Bersalin! Sedap & Mudah

4 min bacaan
Menu Pantang Untuk Wanita 30-an, Pulihkan Diri Lepas Bersalin! Sedap & Mudah

Anak pertama asyik makan lauk sama saja. Mesti bosankan? Kali ini, kami kongsikan menu pantang untuk wanita 30-an yang mungkin sedang berpantang anak ke-2

Bersalin pada usia 30-an kadang kala akan memberi kesan kepada kesihatan wanita. Makin meningkat usia seseorang wanita, makin tinggi risikonya. Kali ini kami kongsikan menu pantang untuk wanita 30-an cuba untuk kembalikan tenaga anda selepas bersalin.

Mungkin juga ada yang berpantang anak kedua atau ketiga. Jemu pula hadap menu sama kan? Apa kata anda cuba menu pantang yang kami kongsikan ini.

Sudah pasti ia pelbagai dan sangat berkhasiat untuk anda. Entah-entah encik suami dan ahli keluarga lain pun teringin sama. Bolehlah makan lauk berkhasiat sama-sama setiap hari!

Menu pantang wanita 30-an, sangat mudah disediakan

Bila pantang, menu yang disediakan itu sepatutnya menarik hati dan membuka selera. Bukan hanya untuk beri ibu sihat, jangan jadikan menu pantang sebagai satu menu yang membosankan atau membuat ibu tidak berselera makan.

Kalau nak mudah, semasa mengandung lagi anda sudah buat list menu untuk 44 hari anda berpantang, jadi tidak perlu susah payah fikir nak masak apa. Ia juga memudahkan sesiapa saja yang menjaga anda untuk menyediakannnya.

Mudahkan? Bila senarai dah sedia hanya tunggu untuk ikut saja. Jom kita lihat menu apa yang anda boleh cuba yang dikongsikan oleh Nor Sofiah Hussin:

#1. Siakap stim

Menu pantang

Kredit foto: siraplimau

Bahan-bahan:

  • Ikan
  • Bawang putih – hiris
  • Bawang merah – hiris
  • Halia – hiris
  • Serai – hiris
  • Lada hitam
  • Air limau nipis (bagi yang tak tahan boleh tukar dengan air asam jawa)
  • Daun ketumbar
  • Garam
  • Gula

Cara masak:

  1. Letak semua bahan atas ikan
  2. Kukus ikan sehingga masak

#2. Ikan bakar berempah

Bahan-bahan:

  • Ikan
  • bawang putih -tumbuk
  • Bawang merah – tumbuk
  • Halia – tumbuk
  • Kunyit – tumbuk /serbuk kunyit
  • Serbuk kari
  • Garam
  • Lada hitam

Cara masak:

  1. Lumurkan semua bahan pada ikan
  2. Bakar ikan sehingga masak.

#3. Sup ikan

Menu pantang

Kredit: rasa

Bahan-bahan:

  • Ikan (merah/jenahak/tenggiri/siakap) – lumur ikan dengan garam,goreng dan ketepikan.
  • Bawang putih – kisar
  • Bawang merah – kisar
  • Halia – kisar
  • Sup bunjut ikan
  • Air
  • Sayur (lobak,bunga kobis)
  • Lada hitam
  • Daun sup

Cara masak:

  1. Masukkan bahan kisar, air dan sup bunjut ikan ke dalam periuk
  2. Masukkan sayur lobak & bunga kobis
  3. Bila sayur dah hampir lembut, masukkan ikan
  4. Last sekali masukkan garam dan lada hitam. Bila kuah dah mendidih boleh tutup api. Siap
  5. Taburkan daun sup sebelum hidang

#4. Ikan bilis berkunyit

Bahan-bahan:

  • Ikan bilis
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Halia
  • Kunyit
  • Lada hitam
  • Air asam jawa

Cara masak:

  1. Tumbuk semua bahan kecuali air asam jawa
  2. Masukkan bahan tumbuk tadi dalam periuk, masukkan air asam. Masak hingga mendidih.

#5. Serunding Halia

Menu pantang

Kredit: dapurkim

Bahan-bahan:

  • Halia
  • Lada hitam
  • Garam
  • Ikan bilis – goreng
  • Bawang putih – goreng

Cara masak:

  1. Sagat halia dan perah/tapis airnya
  2. Goreng halia yang disagat tadi dengan api sederhana sehingga garing. Dah siap goreng, toskan minyak.
  3. ampurkan halia goreng, ikan bilis goreng, bawang putih goreng, garam dan lada hitam.
  4. Gaul sebati dan simpan dalam bekas.

#6. Singgang ikan

Bahan-bahan:

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Childbirth aftermath – Get back in shape
Childbirth aftermath – Get back in shape
  • Ikan
  • Bawang putih – kisar
  • Bawang merah – kisar
  • Halia – kisar
  • Kunyit – kisar
  • Serai -dititik
  • Air
  • Sedikit air asam jawa
  • Lada hitam
  • Garam

Cara masak:

  1. Masukkan semua bahan dalam periuk.
  2. Masak sehingga ikan masak. Siap.

#7. Ayam ungkep lada hitam

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • Bawang putih – kisar
  • Bawang merah – kisar
  • Halia – kisar
  • Kunyit – kisar
  • Ketumbar – kisar
  • Jintan – kisar
  • Serai – ketuk
  • Lada hitam
  • Air asam jawa

Cara masak:

  1. Tumiskan bahan kisar dengan sedikit minyak hingga naik bau.
  2. Masukkan serai yang diketuk, tumis hingga garing.
  3. Kemudian masukkan ayam dan air (ikut nak kuah banyak mana)
  4. Tutup kuali dan biarkan ayam masak.
  5. Bila ayam dah masak, masukkan garam, asam jawa dan lada hitam
  6. Gaul sebati. Siap.

** Kalau tak mahu tumis. Masukkan semua bahan dalam kuali. Tutup kuali, masak sehingga ayam empuk.

#8. Ayam masak halia

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • Halia – hiris
  • Bawang putih – hiris
  • Bawang merah – hiris
  • Sedikit sos tiram
  • Air
  • Tepung jagung – untuk pekatkan kuah
  • Lada hitam
  • Garam
  • Lobak merah 
  • Daun bawang 

Cara masak:

  1. Tumiskan bawang putih, bawang merah & halia dengan sedikit minyak.
  2. Bila dah naik bau, masukkan ayam.
  3. Masukkan sos tiram, garam dan air. Masak sehingga mendidih.
  4. Masukkan lada hitam, lobak dan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air.
  5. Bila kuah dah jadi sedikit pekat. Tutup api dan masukkan daun bawang. Siap.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Nor Sofiah Hussin

Kredit foto: resep spatula, rasa

Baca juga: 5 Pantang Bersalin Ini WAJIB Diikuti Oleh Wanita Demi Menjaga Kesihatan Berpanjangan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Penjagaan pantang dan selepas bersalin
  • /
  • Menu Pantang Untuk Wanita 30-an, Pulihkan Diri Lepas Bersalin! Sedap & Mudah
Kongsikan:
  • Menu Berpantang Selepas Bersalin, Resepi Lauk Pantang (44 Hari)

    Menu Berpantang Selepas Bersalin, Resepi Lauk Pantang (44 Hari)

  • Makanan Yang Menyebabkan Luka Czer Bernanah, Ibu Elakkan 7 Jenis Ini Ketika Berpantang!

    Makanan Yang Menyebabkan Luka Czer Bernanah, Ibu Elakkan 7 Jenis Ini Ketika Berpantang!

  • Bertangas Selepas Bersalin, Manfaat Dan Cara Melakukannya Dengan Betul

    Bertangas Selepas Bersalin, Manfaat Dan Cara Melakukannya Dengan Betul

  • Menu Berpantang Selepas Bersalin, Resepi Lauk Pantang (44 Hari)

    Menu Berpantang Selepas Bersalin, Resepi Lauk Pantang (44 Hari)

  • Makanan Yang Menyebabkan Luka Czer Bernanah, Ibu Elakkan 7 Jenis Ini Ketika Berpantang!

    Makanan Yang Menyebabkan Luka Czer Bernanah, Ibu Elakkan 7 Jenis Ini Ketika Berpantang!

  • Bertangas Selepas Bersalin, Manfaat Dan Cara Melakukannya Dengan Betul

    Bertangas Selepas Bersalin, Manfaat Dan Cara Melakukannya Dengan Betul

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham