Mencari Idea Menu Sarapan Pagi Simple? Ini Idea Terbaik Untuk Parents Yang Sibuk Bekerja!

Mencari Idea Menu Sarapan Pagi Simple? Ini Idea Terbaik Untuk Parents Yang Sibuk Bekerja!

Buat ibu bapa yang bekerjaya khususnya, pasti terkejar-kejar menyiapkan sarapan pagi untuk anak, jadi apa penyelesaiannya ya?

Dengan situasi sekarang yang memerlukan anak-anak kembali Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) pastinya ibu akan bertambah sibuk dan kelam kabut untuk menyiapkan keperluan anak. Alangkah bagusnya jika ada menu sarapan pagi simple yang bukan sahaja memudahkan, malah cukup berkhasiat untuk keperluan tenaga anak kan?

Kadangkala ibu ayah pun buntu mengenai penyediaan makanan untuk si manja, lalu mengambil keputusan untuk membeli makanan segera sahaja. Ya memang ini jalan penyelesaian yang mudah, namun makanan segera tidak memberi nutrisi baik untuk anak yang sedang membesar.

Manfaat Sarapan Pagi

sarapan berkhasiat

Sesibuk mana pun anda, sarapan pagi adalah rutin harian yang tidak boleh ditinggalkan. Ini kerana bersarapan di waktu pagi ada banyak manfaatnya tau, antaranya:

  • Meningkatkan kekuatan otak
  • Memperoleh nutrien penting
  • Membantu kesihatan hati
  • Mengurangkan sindrom metabolik
  • Anak akan kurang menjadi picky eater
  • Meningkatkan sistem imun
  • Menstabilkan tahap tenaga

Memilih Menu Sarapan Pagi Simple Bagi Memudahkan Hari Anda Yang Sibuk

makan pagi

Walau bagaimanapun, ibu ayah perlu bijak membekalkan sarapan pagi yang baik bukan kepada seisi keluarga, walaupun resipinya mudah. Ambil kira beberapa perkara ini terlebvih dahulu:

  • Pilih makanan yang mempunyai nutrien penting seperti protein, zat besi, kalsium dan sebagainya sebagainya pelengkap permulaan hari yang baik.
  • Mudah didapati di kedai runcit berdekatan.
  • Boleh disimpan dalam jangka masa yang lama, misalnya di dalam peti sejuk.
  • Cepat untuk disiapkan walaupun perlu dipanaskan terlebih dahulu.
  • Amalkan kepelbagaian bersarapan setiap hari

8 Menu Sarapan Pagi Simple Yang Berkhasiat Untuk Permulaan Hari 

Bagi membantu anda, kami menyediakan senarai menu sarapan pagi yang sihat dan mudah, cepat dan berkhasiat yang ibu ayah boleh cuba.

Menu Sarapan Pagi Simple Yang Berkhasiat
Lady's Choice Sandwich Spreads
Terbaik Alternatif Buat Bukan Penggemar Mentega Kacang
more info icon Beli di Shopee

Mentega Kacang Jobbie Chunky Pure Peanut Butter

Menu Sarapan Pagi Terbaik Paling Tahan Lama

Mencari Idea Menu Sarapan Pagi Simple? Ini Idea Terbaik Untuk Parents Yang Sibuk Bekerja!

Mentega kacang merupakan salah satu sapuan yang mempunyai rasa yang enak dan menjadi kegemaran anak-anak. Jika mahukan sapuan roti yang lebih bertekstur, apa kata ibu ayah sediakan mentega kacang keluaran Jobbie Chunky ini? Pastinya menjadi menu sarapan pagi yang sihat.

Mentega kacang ini bukan sedap sahaja, malah mempunyai tempoh luput yang agak lama jadi memang sesuai dijadikan menu sarapan simple buat seisi keluarga!

Apa yang kami suka :

  • Mudah disediakan
  • Halal
  • Rasa yang enak dan mengenyangkan
  • Boleh dimakan dengan biskut dan roti
  • Mentega kacang asli tanpa gula dan garam

Cereal Bijirin Penuh (Kelloggs Kids School Pack)

Menu Sarapan Pagi Terbaik Pilihan Anak

Mencari Idea Menu Sarapan Pagi Simple? Ini Idea Terbaik Untuk Parents Yang Sibuk Bekerja!

Sarapan bijirin dengan susu merupakan pilihan yang sangat mudah disediakan! Jika mahukan penyediaaan yang lebih sihat, anda boleh masukkan beberapa buah-buahan pilihan seperti beri yang digabungkan bersama susu.

Pilih cereal yang diperbuat menggunakan bijirin penuh, kerana ia lebih berkhasiat dan lengkap. Perhatikan label pada kotak sebelum membeli, kalau mahukan lebih pilihan boleh saja dapatkan set Kelloggs Kids School Pack ini!

Apa yang kami suka :

  • Mudah disediakan
  • Terdapat dalam pelbagai perisa
  • Bijirin penuh yang berkhasiat
  • Boleh didapati dalam pelbagai saiz pek
  • Mudah didapati di kedai runcit, pasaraya dan mini mart

Betty Crocker Pancake Mix

Menu Sarapan Pagi Terbaik Mudah Penyediaan

Mencari Idea Menu Sarapan Pagi Simple? Ini Idea Terbaik Untuk Parents Yang Sibuk Bekerja!

Siapa tidak sukakan penkek? Campuran penkek yang tersedia ini memudahkan pagi anda kerana ibu hanya perlu bancuh sahaja berdasarkan yang tertulis di pek, atau tambah telur jika suka.

Panaskan di atas kuali panas untuk 1-2 minit, dan sudah boleh dinikmati bersama madu, maple syrup, atau buah-buahan segar! Ini merupakan salah satu menu sarapan pagi yang sihat.

Apa yang kami suka :

  • Mudah disediakan dan mengenyangkan
  • Boleh dimakan dengan pelbagai kombinasi buah-buahan, madu asli atau whipped cream
  • Sesuai untuk anak kecil kerana teksturnya yang lembut
  • Boleh dibuat dalam pelbagai saiz mengikut kesukaan anda
  • Mudah didapati di kedai runcit dan pasaraya berdekatan
  • Terdapat dalam perasa asli dan butter milk

Lady’s Choice Sandwich Spreads

Menu Sarapan Pagi Terbaik Alternatif Buat Bukan Penggemar Mentega Kacang

Mencari Idea Menu Sarapan Pagi Simple? Ini Idea Terbaik Untuk Parents Yang Sibuk Bekerja!

Bukan penggemar mentega kacang? Mungkin anda boleh mencuba Lady’s Choice Sandwich Spreads yang boleh didapati dalam 2 perisa hebat, tuna dan ayam.

Produk ini tidak mengandungi cebisan tuna atau ayam bagi menjadikan produk ini tahan lama namun menggunakan ikan tuna dan ayam sebenar. 

Apa yang kami suka :

  • Boleh pilih sama ada perisa tuna/ayam mengikut kesukaan anda
  • Menggunakan tuna/ayam sebenar dengan gabungan rempah yang kaya!
  • Mudah dan cepat disediakan
  • Dipek dalam botol bagi menjaga jangka hayat yang lebih lama
  • Sapuan enak dan sihat ke atas biskut dan roti

Gardenia Roti Roll-Up

Menu Sarapan Pagi Terbaik Pelbagai Khasiat

Mencari Idea Menu Sarapan Pagi Simple? Ini Idea Terbaik Untuk Parents Yang Sibuk Bekerja!

Roll-up wraps merupakan satu pilihan yang bijak buat yang mahukan kepelbagaian khasiat dalam satu sarapan ringkas. Cara penyediaannya juga sangat mudah, hanya perlu panaskan untuk beberapa saat dan letakkan pelbagai sumber protein dan sayur-sayuran serta sos kesukaan seperti sandwich!

Makan wrap pastinya lebih menyeronokkan kerana kesemua bahan dicampur dengan baik setelah digulung. 

Apa yang kami suka :

  • Bijirin penuh/klasik/bawang putih
  • Mudah disediakan dan tidak mengambil masa yang lama
  • Kandungan wrap yang boleh dipelbagaikan tanpa perlu risau tertumpah kerana digulung rapi
  • Rasa wrap yang enak walaupun dimakan begitu sahaja
  • Mudah didapati di kedai runcit dan pasaraya
  • Boleh disimpan untuk jangka masa yang lama

Knorr Chicken & Mushroom Oriental Instant Soup

Menu Sarapan Pagi Terbaik Lain Dari Kebiasaan

Mencari Idea Menu Sarapan Pagi Simple? Ini Idea Terbaik Untuk Parents Yang Sibuk Bekerja!

Kadangkala sarapan lebih menyeronokkan bila dapat makan roti yang dicicah bukan? Sup segera dari Knorr ini bukan sahaja mudah disediakan, malah sedap pula apabila dicicah panas-panas bersama roti kosong.

Hanya perlu panaskan dan pecahkan telur bagi melengkapi keperluan nutrien yang diperlukan dan sarapan sudah siap! Anak-anak pun tak perlu berebut mahukan rasa sup ayam atau cendawan kerana produk ini merupakan gabungan kedua-duanya.

Apa yang kami suka :

  • Hidangan panas yang menyegarkan tubuh
  • Rasa ayam dan cendawan, pastinya gabungan yang enak!
  • Cara penyediaan yang mudah
  • Boleh bertahan dalam pek lebih dari 15 bulan

Amazin’ Graze Goodness Bowl

Menu Sarapan Pagi Terbaik Beri Kekenyangan Berpanjangan

Mencari Idea Menu Sarapan Pagi Simple? Ini Idea Terbaik Untuk Parents Yang Sibuk Bekerja!

Jika anda penggemar oat, pastinya anda tahu yang oat boleh membuatkan perut kenyang lebih lama berbanding nasi! Terdapat dalam 3 perisa hebat, Choc Banana, Pink Berry, Apple Cinnamon yang semestinya sedap.

Jadi lebih kreatif dengan menambah kekacang dan buah-buahan segar untuk santapan yang lebih menyegarkan. Anak pasti suka!

Apa yang kami suka :

  • 3 perisa hebat: Choc Banana, Pink Berry, Apple Cinnamon
  • Oat yang mengenyangkan!
  • Sesuai dimakan dengan pelbagai cara
  • Diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi
  • Tinggi serat
  • Sumber protein
  • Indeks glisemik rendah

NESTLE KOKO KRUNCH Chocolate Cereal Bar

Menu Sarapan Pagi Terbaik Untuk Dibawa Sebagai Bekal

Mencari Idea Menu Sarapan Pagi Simple? Ini Idea Terbaik Untuk Parents Yang Sibuk Bekerja!

Dibuat dengan bijirin penuh, bar bijirin ini tinggi dengan Vitamin B (B2,B3,B6,B9,B5) serta tinggi kalsium, zat besi dan serat malah mempunyai sumber protein.

Mudah dimakan, namun masih memberi rasa kenyang, rasanya yang enak pastinya digemari anak-anak. Ibu ayah boleh beli dalam kuantiti yang lebih sedikit sebagai bekalan anak ke sekolah. Kalau terlambat bangun pun anak boleh menikmatinya ketika dalam perjalanan ke sekolah!

Apa yang kami suka :

  • Kesukaan kanak-kanak
  • Mudah dibawa
  • Mengenyangkan

Perbandingan Harga Menu Sarapan Pagi Simple Yang Berkhasiat Untuk Permulaan Hari

Menu Berat/Isi kandungan Harga (RM)

Mentega Kacang Jobbie Chunky Pure Peanut Butter

380 gram

25.50

Cereal Bijirin Penuh (Kelloggs Kids School Pack)

170 gram

9.31

Betty Crocker Pancake Mix

430 gram

9.90

Lady’s Choice Sandwich Spreads

220 milimeter

9.32

Gardenia Roti Roll-Up

5 keping x 225 gram

5.69

Knorr Chicken & Mushroom Oriental Instant Soup

43 gram

5.34

Amazin’ Graze Goodness Bowl Bundle

6 pek x 40 gram

16.90
NESTLE KOKO KRUNCH Chocolate Cereal Bar

25 gram

2.20

Cara Menggalakkan Anak Sarapan Pagi

menu saran simple

Kredit gambar: Pexels

Sarapan pagi adalah menu makan paling penting dalam sehari. Ia memberikan tenaga pada tubuh dan mempersiakn kita untuk aktiviti pagi. Apabila anak anda tidak mahu bersarapan pagi, dia tidak akan mendapat tenaga yang dia perlukan untuk bermain dan belajar. 

Satu kajian yang telah dikeluarkan pada tahun 2005 “Food Nutritious Bulletin" mendapati yang tidak mengambil sarapan pagi boleh memberi impak pada pembelajaran. Ia boleh jadi mencabar untuk meyakinkan anak anda untuk makan sarapan pagi yang sihat, tetapi dengan sedikit kreativiti, dia pasti akan menikmati menu sarapan paginya tanpa sebarang aduan.

1. Jadikan ia satu sesi yang menyeronokkan

Semangkuk oatmeal boleh jadi membosankan dan anak anda mungkin akan kembali kepada bijirin penuh sejuk yang lama. Tukarnya dan makanan sarapan pagi yang lain, kepada satu menu sarapan yang menghiburkan, dan anak anda pastinya akan menikmatinya. 

Gunakan buah kering untuk membuat satu visual di atas semangkuk oatmeal. Gubah menu telur dan roti bakarnya kepada wajah berbentuk senyuman di atas pinggannya. Potong roti bakarnya dan hiris buah kepada pelbagai bentuk dengan pemotong biskut kecil. Gunakan metal pemotong biskut untuk menggubah penkek biasa kepada bentuk yang menarik.

2. Benarkan dia memasak

Ajak anak anda untuk turut serta dengan anda di dapur. Apabila dia membantu menyediakan menu makan di dapur, dia selalunya akan lebih terasa untuk makannya. Biarkan dia tuang bijirin penuh sendiri ke dalam mangkuknya atau menyapu mentega kacang ke atas roti bakarnya.

Tunjukkan padanya bagaimana cara untuk memecahkan telur ke dalam sebiji mangkuk dan pukul telur tersebut untuk membuat telur scrambled. Galakkannya untuk membuat sekeping roti bakar untuk setiap ahli keluarga anda. Anak anda pastikan menikmati menuang jus oren, menghidang oatmeal ke dalam mangkuk ahli keluarga atau memicit sirap ke atas wafel atau penkek.

3. Jadi contoh buat mereka

Duduk dan makan sarapan pagi dengan anak anda. Apabila mereka melihat anda makan makanan sihat di waktu pagi, dia biasanya akan cenderung untuk melakukan perkara yang sama. Melihat ibu ayah makan sarapan pagi akan mengajar anak anda yang mana menu sarapan pagi yang sihat adalah paling penting dalam harinya. 

Jangan hanya makan sembarangan. Anak anda juga belajar apa yang membuatkan menu sihat dengan melihat apa yang anda makan. Penuhi pinggan anda dengan menu makan sihat yang anda mahu anak anda makan dan ada kemungkinan tinggi yang dia juga akan makan.

4. Biarkan dia pilih

Berikan anak anda menu pilihan sarapan pagi yang pelbagai. Jika dia mempunyai kebolehan untuk memilih apa yang dia mahu untuk makan pada sarapan pagi, dia biasanya akan menikmati sarapannya. Hidangkan dua atau tiga pilihan bijirin penuh atau variasi perisa oatmeal.

Tanya jika si comel lebih memilih untuk menu sarapan telur scrambled atau telur rebus. Sediakan bahagian build-your-own omelet. Sediakan beberapa bahan sihat seperti keju rendah lemak, cili benggala, bawang merah, cendawan dan tomato, dan biarkan anak anda pilih akan apa yang dia mahukan di dalam telur omeletnya.

Biarkan anak anda pilih buahan kering, seperti kismis atau kranberi, untuk dicampurkan ke dalam semangkuk oatmeal. Buat penkek penuh gandum atau wafel dan sediakan variasi buahan kering seperti beri, pic dan pisang. Biarkan anak anda pilih sendiri top untuk penkek atau wafelnya dengan pilihan buahan segar kesukaannya. Gantikan penkek atau wafel dengan yogurt kosong rendah lemak dan biarkan anak anda reka sarapan “sundae" sendiri.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Adakah Anda Menyediakan Sarapan Sihat Untuk Keluarga Tersayang? Jom Semak Gaya Pemakanan Anda!

Baca juga: Anak Bersedia Untuk Makan Buat Kali Pertama? Cuba 14 Resipi Makanan Bayi 6 Bulan Penuh Khasiat Ini

Baca juga: Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat