Menyusukan Dua Orang Anak Sekaligus (Tandem Breastfeeding): Tips Penyusuan Berjaya, Kelebihan & Kekurangan

Menyusu dua anak dalam masa yang sama adalah perkara biasa bagi ibu yang tidak menjarakkan kehamilan. Pastinya ia bukanlah sesuatu yang mudah

Ramai ibu mungkin berdepan situasi di mana semasa hamil anak kedua, anak pertama masih lagi kecil dan sedang menyusu badan. Ia dipanggil sebagai tandem nursing iaitu yang bermaksud ibu menyusu dua anak dalam waktu yang sama.

Menyusukan seorang anak saja ibu memerlukan waktu dan tenaga yang extra tapi apatah lagi dua anak, kan? Melakukan tandem nursing ini memang bukan sesuatu yang mudah.

Tapi ibu boleh ikut beberapa tips yang dipraktiskan oleh ibu ini hingga berjaya menyusukan dua anak dalam masa yang sama.

Apa Itu Tandem Breastfeeding

Tandem breastfeeding atau tandem nursing adalah situasi seorang ibu menyusukan dua orang anak yang berbeza usia dalam waktu yang sama.

Keadaan ini berlaku sekiranya seorang ibu melahirkan anak yang baharu dan pada waktu yang sama, anaknya yang sedia ada masih lagi menyusu badan.

Perlukah Ibu Gantikan Susu Dengan Makanan Lain Untuk Anak Yang Lebih Besar? 

Semua tahu bahawa susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi dan kanak-kanak yang sedang membesar. Banyak ibu mula menggantikan susu dengan makanan lain bagi anak yang lebih besar setelah kelahiran adik.

Namun, kelahiran adik bukan alasan untuk berhenti menyusukan anak yang lebih besar. Anda boleh praktikkan tandem breastfeeding yang memberi manfaat kepada anda dan anak anda. Perlu diingat, sistem imun kanak-kanak tidak sepenuhnya berkembang sehingga usia dua tahun.

Oleh itu, teruskan memberikan susu ibu kepada anak yang lebih besar kerana ia menyediakan antibodi untuk sokong imuniti yang sihat. Ini selaras dengan saranan WHO yang mencadangkan penyusuan susu ibu sehingga usia dua tahun.

Kelebihan Menyusu Dua Anak Dalam Masa Sama

  • Ikatan: Tandem nursing dapat mengeratkan hubungan antara adik-beradik dan ibu. Ia adalah pengalaman dikongsi yang memupuk rasa keakraban.
  • Lebih Mudah: Menjaga kedua-dua kanak-kanak pada masa yang sama boleh menjadi lebih cekap dan mudah, terutamanya apabila mereka berada pada jadual yang sama.
  • Keselesaan dan Keselamatan: Kedua-dua kanak-kanak boleh mendapatkan keselesaan dan keselamatan dalam penyusuan susu ibu secara serentak, menggalakkan kesejahteraan emosi.
  • Lebih Menjimatkan: Tandem nursing mungkin membawa kepada penjimatan kos kerana ia menghilangkan keperluan untuk penyusuan susu formula untuk anak kedua.

Cabaran Tandem Nursing 

  • Isu Masa: Ia mengambil banyak masa untuk menyusukan dua anak bersama-sama. Buat rutin yang sesuai untuk semua orang.
  • Keperluan Pemakanan: Memberi makan bayi dan kanak-kanak yang lebih tua adalah sukar. Makan dengan baik, minum air, dan mungkin mengambil suplemen.
  • Tekanan Emosi: Ia memenatkan dan boleh memberi tekanan. Dapatkan bantuan daripada keluarga, rakan atau komuniti dalam talian.
  • Masalah Lekapan dan Kedudukan: Mencari kedudukan yang selesa adalah sukar. Eksperimen dan minta bantuan pakar.
  • Menetapkan Had: Kanak-kanak yang lebih tua mungkin memerlukan peraturan. Ajar mereka tentang tingkah laku kejururawatan yang baik dan tawarkan keselesaan lain.
  • Menjaga diri sendiri: Ia menuntut, jadi jaga diri anda. Makan dengan betul, berehat, dan bersenam.

Tips Menyusu Dua Anak Pada Waktu Yang Sama

#1. Persiapkan Anak Yang Lebih Besar

Sebelum yang kecil dilahirkan, pastikan ibu dan ayah memberitahu bahawa adiknya akan ikut menyusu bersamanya nanti. Beritahunya bahawa adiknya juga memerlukan susu ibu dan belum boleh makan seperti mana dirinya.

Dengan cara ini si kakak akan lebih mudah untuk berkongsi susu badan dengan adiknya nanti jika telah diberitahu lebih awal.

#2. Ketahui perubahan susu badan

Semasa kehamilan, susu badan yang dihasilkan juga akan berubah. Ketika sedang mengandungkan adik, tubuh ibu akan memproduksi kolostrum untuknya. Meskipun sedikit, tapi kolostrum mengandungi nutrisi penting yang diperlukan bayi baru lahir.

#3. Beritahu keluarga yang anda sedang menyusukan dua anak sekaligus

Jelaskan perencanaan ibu bersama ahli keluarga terdekat untuk melakukan tandem nursing dengan orang terdekat. Jika bayi tumbuh dengan baik, berat badannya akan bertambah setiap bulan tapi tidak ada salahnya untuk menyusukan dua anak sekaligus.

Apapun jangan risau kerana anda masih boleh terus menyusukan si kakak kerana ia memberikan banyak manfaat untuk kesihatan dan perkembangan anak yang sudah berusia di atas setahun.

#4. Selalu menyusu, makin banyak produksi susu badan

Jika kakak masih menyusu maka dia dapat membantu payudara menghasilkan susu badan dengan lebih banyak lagi.

Selepas beberapa hari, payudara akan dipenuhi dengan susu dan dapat menyesuaikan dirinya untuk menyusukan dua anak nanti.

Ia sama seperti situasi ibu yang menyusukan anak kembar.

#5. Konsultasi dengan doktor

Jangan lupa untuk melakukan konsultasi dengan doktor sebelum melakukan tandem nursing. Biasanya doktor akan melihat perkembangan bayi selama beberapa minggu supaya dia mendapat susu yang mencukupi.

Pastikan anda monitor kenaikan berat badan bayi setiap bulan agar si kecil tetap sentiasa sihat.

#6. Menyusukan adik terlebih dahulu

Bayi baru lahir akan sering menyusu sekitar dua hingga tiga jam sekali pada siang dan malam hari. Jadi, amatlah penting untuk memastikan bayi mendapat bekalan nutrisi yang cukup dari susu badan. Jadi ibu harus
mendahulukannya sebelum memberi susu kepada si kakak.

#7. Ibu perlu berehat

Walaupun anda perlu menyusukan dua anak, namun ibu perlu mendapatkan rehat dan asupan makanan yang bernutrisi tinggi serta minum air putih dengan banyak.

#8. Dapatkan sokongan dari orang sekeliling

Untuk berhasil melakukan penyusuan dua anak ini maka ibu harus mendapatkan sokongan daripada suami dan orang sekeliling.

#9. Berhenti seketika jika rasa penat

Jika setiap hari ibu rasa penat untuk melanjutkan tandem nursing ini maka tidak menjadi masalah untuk anda berhenti melakukannya. Jangan pernah berasa bersalah untuk berhenti menyusukan si kakak.

Ini kerana kakak boleh mendapatkan nutrisi dari makanan selain dari susu ibu.

Asas Tandem Breastfeeding

1) Utamakan baby yang baru lahir / adik

Pada peringkat permulaan, anda perlu mengutamakan baby, berbanding kakak/abang mereka. Ini kerana kolostrum yang ada pada susu ibu perlu dihisap oleh baby untuk perlindungan ketahanan badan baby yang maksimum

2) Emosi

Ibu akan berasa terlalu penat kerana kehilangan tenaga berganda. Bersedialah hadapi stress dan tangani dengan tenang. Ibu boleh buat jadual penyusuan yang selesa ikut keperluan baby. Menyusukan dua anak pada waktu yang sama lebih jimat masa, berbanding menyusukan mereka secara bergilir-gilir. Keduanya akan tidur serentak, ibu pun bolehlah rehat.

3) Jaga Pemakanan 

Cukupkan keperluan kalori dalam sehari dan nutrisi pemakanan penting yang lain (kalori ibu tandem nursing terbakar 3 kali ganda berbanding wanita yang tidak mengandung/menyusukan anak)

Posisi Menyusu Dua Orang Anak Pada Waktu Yang Sama

Terdapat beberapa posisi menyusu yang boleh ibu lakukan semasa ‘Tandem Nursing’  bagi memastikan keselesaan ketika menyusukan anak kembar atau anak-anak yang berlainan usia (‘newborn’ & ‘toddler’).

Posisi menyusu yang betul dan sesuai membuatkan ibu dan anak sama-sama merasai nikmat kebahagiaan penyusuan susu ibu.

Seterusnya ‘bonding time’ akan menjadi aktiviti harian yang sihat, malah memberi ketenangan.

  • ‘Double Cradle’ / ‘Double Cross Cradle’: Posisi ini, dalam keadaan ibu duduk bersandar dengan kedua belah lengan ibu merangkul kedua-dua anak di bahagian kiri dan kanan. Kaki anak menghala ke bahagian hadapan badan ibu, atau kaki anak dalam keadaan saling menyilang (cross cradle) di atas badan masing-masing. Posisi jenis ini sangat sesuai menyusukan bayi kembar yang masih kecil.
  • ‘Double Football’:  Kedua-dua lengan ibu merangkul badan anak secara serentak dengan menahan kepala anak di atas peha ibu, dari sisi kiri dan kanan. Badan dan kaki anak menghala ke bahagian belakang ibu.
  • Gabungan ‘Cradle & Football’:  Jenis ini pula sesuai untuk menyusukan anak yang berlainan usia. Bayi berada dalam kedudukan ‘Cradle hold’, manakala anak yang lebih besar dlm kedudukan ‘football hold’ dengan badan dan kaki menghala ke belakang ibu atau sisi.
  • Berbaring: Bayi akan berbaring dengan kedudukan ibu menghadap bayi. Manakala ‘toddler’ akan menyusu pada kedudukan atas. Satu lagi cara adalah, bayi berada pada perut ibu dan ‘toddler’ dalam keadaan berbaring. Posisi ini sesuai untuk penyusuan sekejap kerana ibu akan berasa lenguh dan kejang akibat berada pada posisi yang sama dalam jangka masa yang lama.
  • Menggunakan Bantal & ‘Double Football’: Ibu boleh gunakan ‘nursing pillow’ sebagai alas kepala kedua-dua anak yang menyusu dalam keadaan berbaring di sisi ibu, kiri dan kanan. Ibu akan dapat keselesaan yang lebih baik dengan kaedah ini kerana ibu juga dapat bersandar di bantal yang lembut.

Semoga ibu semua berhasil menyusukan anak-anak dengan lancar. Moga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber : Penulis asal Annisa Pertiwi. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemahkan. 

Baca juga: Penyusuan Susu Ibu: Polisi Penyusuan, Langkah Menyusu Kali Pertama & Fahami Tentang Laktasi

Baca juga:  Susu Badan Terlalu Banyak/ Oversupply Hingga Basah Baju, Ibu Ini 5 Cara Mengatasinya

Baca juga:  Hukum Menyusu Anak Lebih 2 Tahun (Extended Breastfeeding) Menurut Penjelasan Mufti WP