"Tolong Bangun Ibu, Saya Lapar Dan Mahu Menyusu!"

lead image

 Menyusu boleh memupuk ikatan kasih sayang antara ibu dan anak. Jika si manja anda pandai bercakap, inilah apa yang dia akan beritahu ibunya yang tercinta...

Kisah disebalik tangisan si manja yang ingin menyusu…

Bangun ibu, saya lapar dan mahu menyusu…

Tapi apa yang keluar dari mulut saya mungkin tak berbunyi begitu.

Minta maaf ibu, kerana buat masa ini saya hanya pandai menangis. Walaupun pada malam-malam buta, ibu tetap akan mendengar tangisan saya.

Minta maaf ibu. Saya tahu badan ibu pasti letih, tapi hanya ibulah yang akan faham dan tahu apa yang saya perlukan. 

Ya, saya mahu menyusu, tapi itu bukan segalanya.

Saya mahu menyusu dan memeluk ibu

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/08/menyusu1.jpg "Tolong Bangun Ibu, Saya Lapar Dan Mahu Menyusu!"

Menyusu mengeratkan hubungan yang terjalin antara seorang ibu dan anak. Sumber gambar: Pixabay

Saya sangat suka apabila ibu memeluk saya. Saya suka cium bau ibu, dan hanya dengan sentuhanmu, saya rasa tenang dan selamat.

Di sinilah tempat saya, dalam dakapan ibu…

Saya masih ingat lagi masa dalam perut ibu: saya rasa selamat dan dilindungi.

Baca juga:

Mengapa Kita Perlu Memeluk Anak Semasa Menyusukan Mereka?

Saya saja nak menangis. Saya nak ibu!

Pasti ibu kadang-kadang akan fikir –

“Kenapa menangis lagi? Lampin sudah ditukar, susu pun sudah diberi?”

Minta maaf ibu kerana menganggu.

Memang tadi saya sudah menyusu, tapi saya cuma perlu minum sikit lagi dan cium bau ibu sekali lagi, baru saya puas.

Kadang-kadang ia disebabkan perut saya yang tak selesa, mungkin saya belum sendawa dan memerlukan ibu untuk menenangkan saya.

Saya lapar dan lapar dan lapar lagi!

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/08/menyusu4.jpg "Tolong Bangun Ibu, Saya Lapar Dan Mahu Menyusu!"

Sumber gambar: Pexel

Memang benar, saya selalu lapar, dan kadang-kala saya lapar tak ikut masa.

Kadang-kadang saya hanya mahu menyusu saja. Sebenarnya, saya pun tak pasti mengapa saya macam ketagih susu ibu, saya cuma tahu ia sedap sekali!

Saya suka cara ibu memeluk dan membelai rambut saya. Kalau ibu masih larat, kadang-kadang ibu akan menyanyi dengan suara yang perlahan-lahan.

Aiming saya mungkin belum terror lagi, tapi apabila saya tertangkap jari ibu, saya tak mahu melepaskan tangan!

Sekali-sekala, ibu nampak macam tengah tahan sakit.

Tapi sakit macam mana pun, ibu masih menyusukan saya. Ada kala saya dengar bunyi pam, kemudian, perah pakai tangan pula.

Tugas menyusu pasti sangat susah, tapi ibu tak pernah mengeluh. Ibu tidak pernah memarahi saya.

Ibu… saya takut

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/08/menyusu2.jpg "Tolong Bangun Ibu, Saya Lapar Dan Mahu Menyusu!"

Ibu mengamalkan babywearing supaya masih boleh melakukan kerja sambil mendukung anak. Sumber gambar: Wikimedia

Semenjak saya keluar dari perut ibu, banyak yang mengelirukan saya…

Apa bunyi itu dan mengapa mata saya kabur sahaja?

Oleh itu apabila saya terbangun pada waktu malam, saya akan rasa takut dan rasa keseorangan. Mana ibu?

Tiba-tiba saya tercium bau ibu.

“Ibu di sini,” kata ibu sambil berbisik. Sekali ibu dukung, saya terus jadi tenang. 

Saya mahu ibu

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/08/menyusu5.jpg "Tolong Bangun Ibu, Saya Lapar Dan Mahu Menyusu!"

Seorang tidur, seorang lagi menyusu. Sumber gambar: David D, Flickr

Saya tahu, bukan saya seorang sahaja yang memerlukan ibu.

Tapi terima kasih kerana ibu masih memenuhi keperluan saya.

Biarpun rumah bersepah, pakaian belum dilipat, dan diri sendiri masih belum sempat makan, ibu tetap mementingkan anak dulu. 

Jangan bimbang ibu, apabila saya besar nanti, saya akan menjadi penolong dan penghibur hati ibu.

Dan apabila saya sudah pandai bercakap nanti, saya pasti akan lafazkan kata-kata sayang: Terima kasih ibu atas semua pengorbananmu. Saya sayang ibu!

Sumber: Medela Breastfeeding Blog

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Menyusu Badan Sangat Susah – Apa Perlu Saya Buat?