Bagi yang baru berumah tangga, mesin basuh automatik dianggap sebagai satu barang keperluan rumah yang penting kerana memudahkan urusan harian terutama suri rumah moden yang kesuntukan masa.
Mesin basuh automatik adalah ciptaan yang menggabungkan fungsi dua tab cucian dan spin mesin basuh semi-auto dalam satu unit yang sama.
Ia menjadikan proses cucian dan pengeringan pakaian beroperasi sepenuhnya tanpa melibatkan campur tangan manual.
Tidak dinafikan memang harganya agak mahal berbanding jenis mesin basuh semi-auto, tetapi anda pasti berpuas hati apabila melihat proses dan masa mencuci jadi lebih mudah dan lebih singkat berbanding sebelumnya.
Anda pun boleh melakukan kerja lain sementara menunggu kain siap dibasuh.
Fungsi Mesin Basuh Automatik Untuk Cucian
Jika anda tidak pernah menggunakan mesin basuh automatik, kemungkinan pada awalnya anda akan rasa sedikit sukar untuk mengendalikan dan memahami tetapan program.
Tugas anda hanya perlu memasukkan pakaian, pilih tetapan program cucian yang sesuai dan tekan butang untuk mesin bekerja dengan sendiri.
Tunggu sehingga proses mencuci ini selesai mengikut tetapan masa dan anda tinggal sidai sahaja.
Hasilnya, cucian jadi lebih bersih dari kotoran dan kualiti pakaian lebih terjaga berbanding cucian tangan yang meletihkan dan mengambil masa yang lama.
Memilih Mesin Basuh Automatik Untuk Keluarga
Untuk memilih mesin basuh automatik yang sesuai dengan keperluan anda, pertimbangkan dahulu beberapa faktor penting sebelum membeli seperti:
1. Saiz dan kapasiti mesin basuh
Pilih saiz dan kapasiti yang sesuai mengikut jumlah bilangan ahli keluarga. Anggarkan jumlah keseluruhan beban pakaian harian.
Pertimbangkan juga jenis cucian yang ingin dibasuh seperti toto, cadar dan langsir jika perlu.
2. Jenis dan reka bentuk mesin basuh
Pemilihan jenis dan reka bentuk bergantung kepada keluasan ruang. Mesin automatik terbahagi kepada dua jenis iaitu Front-load dan Top-load.
Anda digalakkan memilih jenis top-load sekiranya ruangan terhad jika tinggal di apartmen sempit atau jenis Top-load untuk rumah yang luas.
3. Fungsi dan ciri keselamatan
Pertimbangkan fungsi tambahan seperti mempunyai paparan digital, penyesuaian suhu air dan pengering teringterasi.
Bagi keluarga yang mempunyai anak kecil, kini terdapat mesin basuh yang didatangkan dengan ciri keselamatan ‘Child Lock’ untuk menghalang anak daripada membuka penutup mesin basuh semasa proses mencuci berlangsung.
Selain itu, perhatikan juga sekiranya alat elektronik ini mempunyai sistem keselamatan lain seperti mengesan kebocoran air atau terlupa masukkan hos ke dalam lubang untuk mengelakkan air melimpah keluar sehingga lantai licin dan basah.
Dengan mempertimbangkan beberapa faktor di atas membolehkan anda membuat pilihan yang tepat mengikut keperluan, saiz ruang dan bajet.
8 Mesin Basuh Automatik Terbaik Di Pasaran
8 Mesin Basuh Automatik Terbaik Di Pasaran
| Khind Fully Auto Washing Machine WM120A Terbaik Jimat Tenaga | | View Details | Beli di Shopee |
| TOSHIBA AW-DUG1700WM SDD Inverter Nano Wash Terbaik Dengan Kapasiti Besar | | View Details | Beli di Shopee |
| Hitachi Dynamic-Stream Wash SF-125XA Terbaik Tanpa Merosakkan Fabrik | | View Details | Beli di Shopee |
| Midea Fully Auto Washing Machine MFW-EC750 Terbaik Murah | | View Details | Beli di Shopee |
| Toshiba Washing Machine Inverter Front Load Washer TW-BH85S2M(WK) Terbaik Tahan Lama | | View Details | Beli di Shopee |
| Haier Front Load Inverter Series Washing Machine Terbaik Dengan Ciri Hijab Mode | | View Details | Beli di Shopee |
| Morgan Fully Auto Washing Machine Terbaik Dengan Dry Cleaning | | View Details | Beli di Shopee |
| Sharp Full Auto Top Load Washing Machine Terbaik Berkualiti Tinggi | | View Details | Beli di Shopee |
Mesin Basuh Automatik Terbaik Jimat Tenaga
Khind Fully Auto Washing Machine WM120A merupakan antara pilihan mesin basuh automatik terbaik kerana jimat tenaga elektrik dengan mendapat 4 star rating kecekapan tenaga. Ia boleh memuatkan sehingga 12kg muatan cucian dan kuasa putaran sebanyak 600 watt.
Bahagian penutup mesin basuh mempunyai kaca lut sinar dengan pemegang lembut memudahkan untuk anda melihat proses cucian berlangsung. Ia boleh menampung isipadu air dari 25 liter hingga 88 liter untuk setiap cucian, jadi anda boleh membasuh cadar dan toto dengan selamat.
Dari segi keselamatan, ia dilengkapi dengan ‘Child Lock’, jadi anak tidak mudah membuka mesin basuh semasa sedang beroperasi.
Apa yang kami suka:
- Sistem motor senyap
- Kapasiti 12 kg sesuai untuk keluarga besar
- Harga mampu milik
- 5 tahun jaminan untuk motor
Mesin Basuh Automatik Terbaik Dengan Kapasiti Besar
Jika anda tercari-cari mesin basuh automatik dengan kapasiti yang besar untuk keluarga ramai, TOSHIBA AW-DUG1700WM SDD Inverter Nano Wash adalah pilihan yang tepat. Kapasiti yang besar menjadikan mesin basuh Toshiba ini boleh memuatkan sebanyak 16 kg muatan.
Dengan S-DD Inverter Motor 48 magnet terbaharu iaitu Neodymiu, ia ternyata memiliki tahap kecekapan tenaga, ketepatan tinggi, putaran pantas dan lebih senyap berbanding Ferrite.
Menggunakan teknologi Duo Active Roller, mesin basuh ini memberikan putaran lembut pada cucian dan mengelakkan pakaian berpintal antara satu sama lain.
Dalam masa yang sama, menjadikan cucian lebih bersih dari kotoran dan mengurangkan kedutan selepas proses pengeringan.
Tekan sahaja butang sentuhan pada panel mesin basuh dan biarkan ia beroperasi dengan sendiri.
Apa yang kami suka:
- Boleh mencuci cucian berat dengan lebih stabil
- Penggunaan motor inverter menjimatkan tenaga elektrik
- Tidak berbunyi bising semasa proses cucian
- Pakaian tidak mudah berkedut
Mesin Basuh Automatik Terbaik Tanpa Merosakkan Fabrik
Mesin ini menggunakan sistem Dynamic Stream Wash, setiap 10 minit selepas air diisi mesin akan berpusar sendiri untuk membilas kain. Teknik ini juga dapat menanggalkan kotoran yang melekat dari gentian tanpa merosakkan fabrik pakaian.
Terdapat 4 butang kawalan yang beroperasi secara automatik untuk mengawal keseluruhan sistem operasi. Ia memudahkan detergen meresap jauh ke dalam fabrik untuk menghilangkan kotoran degil dengan efektif.
Semasa proses pengeringan, mesin basuh Hitachi ini akan mula berputar mengikut arah dan lawan jam supaya dapat meleraikan baju dengan sempurna.
Apa yang kami suka:
- Mencuci pakaian dengan bersih
- Tidak merosakkan fabrik dan kualiti kain
- Pakaian tidak mudah berkedut
- Boleh mengawal paras air mengikut berat muatan
- Boleh mencuci muatan sehingga 12.5 kg
Mesin Basuh Automatik Terbaik Murah
Walaupun Midea Fully Auto Washing Machine MFW-EC750 ini lebih murah berbanding mesin basuh jenama yang lain, tetapi berbaloi untuk anda beli kerana mempunyai ciri-ciri program moden setanding jenama terkemuka.
Ia sesuai untuk kegunaan keluarga sederhana dan mempunyai ciri keselematan lengkap seperti sistem keselamatan ‘Child Lock’.
Jika anda mempunyai bajet rendah, anda tidak perlu ragu untuk memilikinya.
Apa yang kami suka:
- Mempunyai sistem pengeringan secara automatik
- Ada sistem imbasan memori jika mesin terhenti
- Mudah digunakan dengan program cucian ringkas
Mesin Basuh Automatik Terbaik Tahan Lama
Toshiba Washing Machine Inverter Front Load Washer merupakan salah satu pilihan mesin basuh automatic jenis inverter dengan yang mempunyai pintu yang terletak di bahagian hadapan mesin. Menggunakan teknologi ‘The Greatwaves’ diilihamkan dari pelukis Jepun berdasarkan Flush Wave dan Cold Wash.
Ia memberikan penjimatan dari segi tenaga, perlindungan warna pakaian dan prestasi pencucian yang luar biasa.
Apa yang kami suka:
- Jimat elektrik
- Mencuci pakaian dengan baik
- Pintu hadapan untuk melihat proses cucian
- Mesin senyap
Mesin Basuh Automatik Terbaik Dengan Ciri Hijab Mode
Haier Front Load Inverter Series Washing Machine HWM100-FD10829 adalah satu-satunya mesin basuh automatik yang menawarkan Hijab Mode. Ia direka khas untuk mencuci pakaian wanita berhijab supaya kain tidak cepat rosak semasa proses membasiuh.
Antara ciri unik selain Hijab Mode adalah seperti Pillow Drum, Air Dry, Stainless Steel Tub, Glass Top Lid, Quick Wash dan banyak lagi.
Mesin basuh jenis front load ini boleh memuatkan sehingga 10kg muatan untuk sekali cucian.
Apa yang kami suka:
- Fungsi Air Dry untuk mengeringkan pakaian dengan cepat
- Tahan lasak
- Membersihkan pakaian dalam masa yang singkat
- Panel kawalan yang ringkas
Mesin Basuh Automatik Terbaik Dengan Dry Cleaning
Jika anda tiada masa pergi ke dobi, mungkin Morgan Fully Auto Washing Machine adalah penyelesaiannya. Ia datang dengan progam cucian Air Dry yang membolehkan pakaian kering sebaik sahaja membasuhnya.
Jimat masa dan tenaga kerana anda tidak perlu menyidainya lagi. Anda tetap boleh membasuh pakaian walaupun ketika hari hujan.
Antara 8 pilihan program yang tersedia adalah seperti Normal , Standard, Heavy, Fast , Soak, Wash & Spin.
Apa yang menariknya, mesin basuh automatik ini datang dengan reka bentuk tapak anti-tikus yang mengelakkan tikus memasuki mesin basuh apabila tidak digunakan.
Apa yang kami suka:
- Mesin basuh dengan fungsi air dry
- Reka bentuk tapak anti-tikus
- Fungsi sandaran memori sekiranya power ‘cut-off’
- Sistem kawalan fuzzy
Mesin Basuh Automatik Terbaik Berkualiti Tinggi
Jenama mesin yang tidak asing lagi di pasaran, Sharp Full Auto Top Load Washing Machine menampilkan reka bentuk moden yang ringkas untuk ruang kediaman anda. Lengkap dengan dram SS unik dengan lubang rata yang menghalang pakaian daripada bergesel dengan dram. Ia juga dapat mengelakkan berlaku kerosakan pada kualiti pakaian.
Mesin basuh ini menggunakan sistem Waterfall untuk memastikan pakaian direndam dan dicuci bersih dengan sekata. Dengan adanya dram keluli tahan karat menjadikan pakaian anda dijaga dengan baik dan membersih dengan sempurna setiap kali menggunakannya.
Apa yang kami suka:
- Anti kedutan
- Membersihkan pakaian dari kotoran dengan sempurna
- Mempunyai kunci keselamatan
- Paparan lut sinar supaya mudah untuk melihat kain basuhan
Perbandingan Harga Mesin Basuh Automatik Di Pasaran
|
Jenama |
Berat |
Harga |
Khind Fully Auto Washing Machine WM120A |
12 kg |
RM 1,139.00 |
TOSHIBA AW-DUG1700WM SDD Inverter Nano Wash
|
16 kg |
RM 2, 079.00 |
Hitachi Dynamic-Stream Wash SF-125XA
|
12.5 kg |
RM 1, 286.27 |
Midea Fully Auto Washing Machine MFW-EC750
|
7 kg |
RM 553.52 |
Toshiba Washing Machine Inverter Front Load Washer TW-BH85S2M(WK)
|
7.5 kg |
RM 1, 159.00 |
Haier Front Load Inverter Series Washing Machine
|
10 kg |
RM 1,117.11 |
Morgan Fully Auto Washing Machine
|
11 kg |
RM 999.00 |
Sharp Full Auto Top Load Washing Machine
|
7.5 kg |
RM 643.33 |
Kelebihan Menggunakan Mesin Basuh Automatik
Mesin automatik bukan hanya sekadar membersihkan dan mencuci pakaian semata-mata, malah ia berupaya mengendalikan keseluruhan proses mencuci termasuk membilas dan mengeringkan pakaian secara automatik dari awal hingga akhir.
Antara kelebihan menggunakan mesin basuh automatik ialah:
1. Menjimatkan masa
Proses mencuci pakaian secara automatik dapat menjimatkan masa anda kerana tidak perlu menyental dengan tangan atau memindahkan baju dari satu tab ke satu tab lain jika menggunakan mesin basuh semi-auto.
2. Memudahkan urusan harian
Selepas ini anda tidak perlulah menunda proses cuci pakaian dengan membiarkan ia bertimbun atau hantar ke dobi. Gunakan masa yang terluang untuk anda mengisi dengan aktiviti yang bermanfaat bersama dengan keluarga.
Anda juga akan kurang stress dan tidak terbeban dengan kerja rumah yang takkan pernah habis. Percayalah.
3. Kualiti cucian lebih terjaga
Siapa kata mencuci dengan tangan pakaian lebih bersih berbanding menggunakan mesin basuh. Hakikatnya, setiap program tetapan cucian telah ditentukan dengan mengambil kira jenis pakaian, tahap kotoran dan beban supaya cucian lebih efisien.
Dalam pada yang sama, ia mengurangkan tahap kedutan dan kerosakan yang boleh menjejaskan kualiti pakaian selepas dikeringkan. Warna tidak cepat luntur dan kelihatan seperti baru.
Baca juga: Mesin Basuh Terbaik Untuk Kediaman, Pilih Yang Paling Berbaloi Jadi Tak Perlu Ke Dobi Lagi!
Baca juga: Hari-Hari Hujan, Baju Tak Sempat Nak Kering? 8 Mesin Pengering Baju Terbaik Ini Penyelamat Anda!
Baca juga: 7 Jenama Aircond Terbaik Untuk Bilik Tidur Dan Ruang Tamu Di Rumah Anda