Tular baru-baru ini video seorang kanak-kanak berusia kira-kira dua tahun yang mengalami mild autisme bertindak mencampak adiknya yang belum pun berusia sebulan ke lantai buat netizen kecut perut.
Apa maklumat lanjut yang akan anda baca dalam artikel ini?
- Kakak alami mild autisme tercampak adik ke lantai
- Doktor sahkan bayi dalam keadaan yang baik dan tiada luka
Menerusi perkongsian seorang pengguna tiktok, Amiera Baharom, tindakan anak sulungnya itu, Amilia memang amat mengejutkan dan tidak dijangka.
Kakak alami mild autisme tercampak adik ke lantai
Dalam video itu, kelihatan Amilia cuba mengangkat adiknya dari dalam stroller yang diletakkan di ruang tamu dan sudah berjaya mengangkat bayi itu.
Bapanya yang berada berhampiran kelihatan terkejut dan pergi ke arah mereka untuk memegang bayi itu. Mungkin terkejut, Amilia bertindak mencampak adiknya ke lantai.
Amiera menjelaskan, anaknya itu mempunyai mild autisme dan mungkin itu salah satu penyebab kepada tindakannya namun beliau percaya Amilia memang sayangkan adiknya, Amina.
@amierabaharom Pengajaran bg kami utk lbh berhati2 dgn behaviour anak sulung kami #mildautism #autismacceptance #autismawareness ♬ Menghitung Hari (Piano Version) – Gaius Yeong
Doktor sahkan bayi dalam keadaan yang baik dan tiada luka
Sejurus kejadian, Amiera dan suaminya membawa bayi berkenaan untuk pemeriksaan lanjut dengan doktor. Beliau memberitahu, doktor mengesahkan bayi berkenaan dalam keadaan baik-baik sahaja.
“Kami akui silap kami sebab letak Amina di situ. Benda nak jadi, kami sendiri pun tak expect semua ini. Lega doktor kata Amina okay.
“Pada yang tidak tahu, anak sulung saya, Amilia ada mild autisme, ini maybe salah satu sebab dia bertindak macam itu.
“Percayalah sebenarnya Amilia sayangkan adiknya…”
Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang mendoakan dan memahami keadaannya sekeluarga.
“First of all, baby Amina alhamdulillah baik-baik sahaja. Tiada luka apa-apa. Tq pada semua yang concern.”
Semoga dipermudahkan semua urusan keluarga ini.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Ciri-Ciri Autisme Boleh Diihat Seawal Usia 6 Bulan, Ini 9 Tanda Ibu Sering Terlepas Pandang
Baca juga: Suka Main Seorang Diri & Kipas-Kipaskan Tangan Ciri Awal Anak Autisme, Ibu Sila Peka!
Baca juga: Ini Sebab-Sebab Mengapa Autisme Berisiko Terjadi Pada Anak Anda, Ibu Lihat Tandanya!