Mimpi Puasa Di Bulan Ramadhan, Bawa Petanda Yang Baik & Dikurniakan Rezeki Banyak

Mimpi puasa boleh membawa beberapa maksud dan tafsiran. Tapi, wajarkah kita percaya pada tafsiran mimpi tersebut dan apa hukumnya?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebagai seorang beragama Islam, mesti anda pernah mimpi puasa di bulan Ramadhan. Bagi kebanyakan orang, mereka tidak akan mengambil serius apabila bermimpikan sesuatu kerana menganggapnya mainan tidur.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Mimpi puasa di bulan ramadhan, adakah ia membawa apa-apa petanda?
  • Jenis-jenis mimpi puasa pada bulan Ramadhan, serta kemungkinan
  • Apakah hukum percaya pada tafsir mimpi, adakah sama seperti percayakan horoskop?

Namun, ada juga orang menganggap mimpi itu adalah satu petanda atau firasat yang akan terjadi dalam kehidupan mereka. 

Mimpi puasa di bulan ramadhan, adakah ia membawa apa-apa petanda?

Jadi apa maksudnya jika anda bermimpi tentang puasa di bulan ramadhan? Mimpi ini terlalu subjektif untuk ditafsirkan. Kita tidak akan dapat meneka maksud tepat sesebuah mimpi dan jika ia membawa apa-apa petanda atau hanya sekadar mainan tidur.

Terlalu banyak senario yang mungkin pada bulan puasa ini yang boleh masuk ke dalam mimpi anda. Sama ada anda bermimpi sedang berpuasa, sedang berniat untuk puasa atau sedang berbuka puasa; semuanya membawa makna dan tafsiran yang lain-lain.

Namun, sebagai seorang Islam, lebih baik untuk kita menganggap bahawa mimpi adalah mainan tidur dan percaya kepada qada’ dan qadar. Jika sesuatu perkara hendak terjadi, tidak semestinya kita memimpikannya terlebih dahulu, kan?

Jenis-jenis mimpi puasa pada bulan Ramadhan, serta kemungkinan

Bermimpi di bulan puasa melambangkan kesabaran serta ketekunan. Tetapi, jika menurut tafsiran, ia juga bermaksud anda akan mencapai impian yang telah lama anda tunggu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada juga jika anda bermimpi tentang berniat untuk berpuasa, ia mungkin membawa maksud bahawa anda akan melakukan amal. Perbuatan itu tidak akan membuat anda kaya tetapi anda akan dilimpahi rezeki yang selalu diberkati oleh-Nya. Dalam erti kata lain, ia bermakna anda akan murah rezeki.

Sekiranya anda bermimpi sedang berbuka puasa, tafsiran lazimnya ialah anda akan mendapat ganjaran untuk pembelajaran anda untuk jangka masa yang panjang. 

Tambahan juga, jika anda bermimpi tentang berbuka puasa bersama seseorang mungkin ia adalah satu petanda yang anda merindui mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tetapi, jika anda mengalami mimpi tidak berpuasa tanpa alasan, anda akan menolak kesempatan tanpa anda sedar. Mimpi juga berkaitan juga dengan kewangan dan keadaan hidup anda.

Setiap mimpi yang dialami membawa maksud dan tafsirannya yang tersendiri tetapi ia tidaklah bermaksud anda perlu mengambil serius tentangnya.

Apakah hukum percaya pada tafsir mimpi, adakah sama seperti percayakan horoskop?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mempercayai ramalan horoskop adalah haram di sisi Islam, dan boleh jatuh syirik kerana perbuatan mempercayai sesuatu bukan qada’ dan qadar. Seseorang yang percayakan ramalan horoskop juga secara tidak langsung telah menduakan Allah SWT.

Namun, adakah hukum ini tertakluk kepada tafsiran mimpi juga? Walhal, Nabi Yusuf AS juga dikurniakan kecerdasan dan anugerah untuk menafsirkan mimpi.

Menurut laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, menafsir mimpi merupakan satu ilmu yang muktabar, yang mempunyai kaedah dan usulnya tersendiri. Sumber-sumber tafsiran mimpi tersebut perlulah berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tafsiran mimpi tersebut perlulah datang dari orang-orang yang beramal soleh, bersikap jujur dan sentiasa berkata benar. Ilmu tafsir mimpi ini bukannya boleh dipelajari oleh sembarang orang, kecuali golongan yang telah diberikan kelebihan oleh Allah SWT untuk mengetahui rahsia-rahsianya.

Oleh itu, hukum mempercayai tafsir mimpi adalah dibolehkan, namun hendaklah mengikut syarat seperti yang berikutnya:

  • Tidak beriktikad pada tafsiran tersebut seratus peratus
  • Tidak bertentangan dengan akidah Islam dan tidak membawa kepada melanggarnya hukum Allah yang telah sabit dengan dalil-dalil syarak
  • Tafsiran berdasarkan sumber-sumber yang benar dan dipercayai seperti al-Quran dan as-Sunnah

Tidak kiralah situasi puasa apa pun yang telah anda mimpikan, janganlah terlalu taksub dengan tafsiran di sebalik mimpi tersebut kerana tanpa ilmu yang dianugerahkan oleh Allah SWT untuk menafsir mimpi, kita tidak akan pernah dapat meneka apakah rahsia di sebalik mimpi tersebut.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Korek Hidung Batal Puasa? Ini Kebenarannya! Umat Islam Wajib Tahu

Baca juga: Subur Wanita: Menurut Kajian Anda Lebih Subur Apabila Berpuasa

Baca juga: Pahala Seorang Isteri & Ibu Cukup Besar Bila Dia Masak Untuk Berbuka

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan