X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Maksud Mimpi Kawan Mengandung, Adakah Ia Petanda Yang Buruk Bakal Terjadi?

4 min bacaan
Maksud Mimpi Kawan Mengandung, Adakah Ia Petanda Yang Buruk Bakal Terjadi?

Mimpi kawan mengandung pastinya buat anda dilanda pelbagai perasaan, terutamanya jika dia sahabat karib anda. Ketahui maksud mimpi tersebut

Setiap dari kita pastinya memiliki sekurang-kurangnya seorang kawan yang paling rapat. Namun pernahkah anda mimpi kawan mengandung dan mungkin tertanya-tanya apakah maksud disebaliknya, mungkin petanda baik atau buruk bakal berlaku dalam masa yang terdekat?

Kehamilan merupakan suatu momen yang ditunggu-tunggu oleh setiap pasangan suami isteri. Mimpi berkaitan kehamilan sering digambarkan mengenai keuntungan rezeki dan dianggap sebagai mimpi yang baik.

Maksud mimpi kawan mengandung ketika tidur

maksud mimpi kawan mengandung

credit to sources

Walau bagaimanapun maksud mimpi kawan mengandung juga boleh membuatkan anda tertanya-tanya dan risau, jika orang yang dimimpikan belum berkahwin atau memiliki pasangan.

Agar anda tidak terus berdepan perasaan ini, justeru kami kongsikan beberapa maksud kawan mengandung bagi membantu anda mendapatkan jawapan yang sebenar.

#1. Mimpi kawan baik mengandung

Maksud mimpi teman hamil merupakan petanda yang baik akan berlaku dalam kehidupan. Anda mungkin memperoleh rezeki dan keuntungan, yang tidak pernah dirasai sebelum ini. 

Sekiranya anda memperoleh keuntungan dan rezeki dalam masa terdekat ini, jangan lupa untuk bersyukur dan membahagikan kepada orang yang memerlukan.

#2. Mimpi mengandung di pagi hari

Sekiranya anda mengalami mimpi mengandung di pagi hari, maka mimpi ini memberikan petunjuk baik untuk kehidupan anda pada masa akan datang. Anda bakal mendapatkan kebahagiaan, pekerjaan baharu, kewangan yang lebih stabil dan apa yang anda cita-citakan tercapai.

#3. Mimpi kekasih mengandung

Melalui mimpi sebegini boleh membuatkan anda berasa takut dan irsau. Namun jika kejadian ini dialami hanya dalam mimpi seorang lelaki, maka ia menjadi tanda anda bakal memperoleh keuntungan dan hubungan dengan kekasih semakin bahagia.

#4. Mimpi mengandung besar

mimpi kawan baik mengandung

credit to sources

Erti mimpi mengandung besar turut membawa keberuntungan kepada pemimpinya. Hal ini kerana kejayaan sedang menghampiri anda dan apa yang anda impikan selama ini segera terwujud.

Justeru jangan berputus asa dalam bekerja dengan penuh semangat bagi mengejar impian anda.

#5. Mimpi mengandungkan kekasih

Mimpi mengandungkan anak kekasih boleh menjadi petanda buruk bakal berlaku kerana dikatakan ada orang yang ingin menjatuhkan dan mengkhianati anda. Justeru sentiasa berhati-hati dengan mereka yang berada di sekeliling.

Maksud lain mimpi kawan mengandung 

#6. Mimpi keguguran

Mimpi keguguran adalah mimpi yang buruk. Ia memberikan peringatan kepada pemimpi bahawa apa yang anda rancang serta usahakan menjadi sangat rumit untuk dilalui.

Sebaiknya segera melakukan perubahan dalam hidup dan cari jalan keluar daripada masalah yang anda hadapi. Mimpi ini juga menggambarkan tentang perasaan takut dan khawatir, lebih-lebih jika ia dialami oleh ibu mengandung.

#7. Mimpi menggugurkan bayi dalam kandungan

maksud mimpi mengandung

credit to sources

Stories Rakan Kongsi
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!

Menggugurkan kandungan adalah tindakan melawan hukum yang tidak boleh dilakukan.

Mimpi ini biasanya terjadi sebagai peringatan untuk diri anda agar tidak perlu berasa ragu-ragu dalam mengejar impian. Sebaiknya tetaplah optimis dan dapatkan sokongan daripada orang lain.

#8. Lelaki bermimpi mengandung

Sekiranya anda adalah seorang lelaki dan mimpi sedang mengandung, maka mimpi ini menunjukkan anda mungkin sedang mengalami ketakutan, rasa cemas dan depresi. 

Anda juga memiliki beban yang berat dan takut untuk melangkah di masa hadapan.

#9. Mimpi orang yang tidak dikenali mengandung

Sekiranya ada orang yang tidak dikenali masuk ke dalam mimpi dan anda melihat dirinya mengandung dan melalui proses kelahiran, ia mungkin petanda bahawa anda berasa bosan dengan kehidupan sendiri.

Justeru bermula hari esok, mulakanlah hidup baru dengan melakukan perkara yang anda sukai.

Mimpi kawan atau teman mengandung merupakan salah satu fenomena yang kerap dialami oleh para wanita. Menurut ahli mimpi, Lauri Loewenberg menjelaskan bahawa kebanyakan mimpi sedemikian tidak menandakan kejadian buruk berlaku di dalam dunia yang nyata.

Kebiasaannya ia lebih cenderung merujuk kepada pelbagai perkara baharu bakal terjadi dalam hidup. 

Kesimpulannya, usahlah terlalu risau memikirkan apa yang bakal terjadi pada hari esok disebabkan gangguan tidur ini. Adalah lebih baik anda memperbanyakkan doa dan zikir sebelum tidur agar segala yang ditentukan oleh Allah baik-baik sahaja

Sumber: Fimela

Kredit foto: Google Images

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Selalu Mimpi Mengarut Ketika Mengandung? Ibu, Sila Semak ‘Makna’ Di Sebaliknya!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Maksud Mimpi Kawan Mengandung, Adakah Ia Petanda Yang Buruk Bakal Terjadi?
Kongsikan:
  • Papar Momen Bahagia Keluarga Dalam Bingkai Gambar, 8 Frame Gambar Terbaik Ini Juga Mencantikkan Ruang Kediaman

    Papar Momen Bahagia Keluarga Dalam Bingkai Gambar, 8 Frame Gambar Terbaik Ini Juga Mencantikkan Ruang Kediaman

  • Pereka Dalaman Dedah TIGA Sebab Rumah Tetap Nampak Bersepah Walaupun Sudah Dikemaskan

    Pereka Dalaman Dedah TIGA Sebab Rumah Tetap Nampak Bersepah Walaupun Sudah Dikemaskan

  • Bila Boleh Bersenam Selepas Bersalin? Ibu, Jom Lakukan 5 Senaman Ini Untuk Cepat Kurus

    Bila Boleh Bersenam Selepas Bersalin? Ibu, Jom Lakukan 5 Senaman Ini Untuk Cepat Kurus

  • Papar Momen Bahagia Keluarga Dalam Bingkai Gambar, 8 Frame Gambar Terbaik Ini Juga Mencantikkan Ruang Kediaman

    Papar Momen Bahagia Keluarga Dalam Bingkai Gambar, 8 Frame Gambar Terbaik Ini Juga Mencantikkan Ruang Kediaman

  • Pereka Dalaman Dedah TIGA Sebab Rumah Tetap Nampak Bersepah Walaupun Sudah Dikemaskan

    Pereka Dalaman Dedah TIGA Sebab Rumah Tetap Nampak Bersepah Walaupun Sudah Dikemaskan

  • Bila Boleh Bersenam Selepas Bersalin? Ibu, Jom Lakukan 5 Senaman Ini Untuk Cepat Kurus

    Bila Boleh Bersenam Selepas Bersalin? Ibu, Jom Lakukan 5 Senaman Ini Untuk Cepat Kurus

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.