Minum air gula ketika hamil atau Ujian MGGT (Modified Glucose Tolerance Test) kini wajib untuk ibu mengandung yang berisiko kencing manis. Ia adalah satu prosedur yang dianggap wajib dilakukan di klinik terutamanya bagi mereka yang ada sejarah keluarga diabetes.
Apabila diabetes ketika hamil dapat dikesan lebih awal, pemantauan perlu dibuat untuk mengelakkan risiko kepada ibu dan anak dalam kandungan.
Isi Kandungan
Tujuan Minum Air Gula
Sebelum kita memahami tips minum air gula agar tidak sangkut GDM ketika hamil, mari kita pahami terlebih dahulu tujuan dilakukannya ujian ini.
Ujian toleransi glukosa, atau dikenal sebagai GTT (glucose tolerance test), berguna untuk mengukur kadar glukosa dalam tubuh individu dengan cara hanya mengambil air gula.
Tujuan dilakukannya GTT adalah untuk mendeteksi dan mendiagnosis apakah seorang wanita hamil memiliki risiko diabetes.
Secara umum, selama 2 jam GTT, dokter dapat melihat bagaimana tubuh memproses glukosa. Pada individu yang sehat, kadar glukosa dalam darah akan meningkat setelah mengonsumsi makanan bergula dan kemudian kembali normal setelah tubuh menyerap gula.
Sebaliknya, pada penderita diabetes, kadar gula dalam darah tetap tinggi. Inilah parameter untuk menilai proses minum air gula selama kehamilan.
Jika Anda muntah selama prosedur GTT, ujian perlu diulang. Oleh karena itu, sangat penting bagi calon ibu untuk bersiap secara mental dan fisik menghadapi prosedur ini.
Tips Lulus Minum Air Gula
Berikut adalah beberapa langkah yang perlu diambil agar tidak perlu mengulangi ujian air gula:
#1. Mulakan berpuasa sebelum pukul 10 malam
- Puasa sepanjang malam sebelum ujian air gula. Ibu hamil disarankan untuk minum air masak secara mencukupi dan mengambil kurma.
- Mulakan berpuasa pada pukul 10 malam, hanya boleh minum air kosong sebelum ujian MGTT.
#2. Kunjungi klinik sebelum pukul 8 pagi
Tiba lebih awal di klinik, ambil nombor giliran untuk mengelakkan penantian yang lama sebelum ujian MGTT.
#3. Ambil bacaan darah
Sebelum ujian MGTT, nurse akan mengambil bacaan darah untuk fasting blood sugar.
#4. Minum dengan cepat
- Air gula biasanya suam, lebih baik jika anda mendapat giliran awal.
- Minumlah tanpa henti; jangan berhenti sebentar pun, tarik nafas dalam-dalam sebelum minum dan tahan nafas semasa minum.
#5. Berkumur setelah minum
- Berkumurlah selepas ambil air gula untuk menghilangkan sisa gula di dalam mulut.
- Tunggu 2 jam sebelum mengambil darah seterusnya.
- Berehat di klinik tanpa makanan atau minuman selama 2 jam.
#6. Kurangkan rasa mual
Jika mual, gunakan minyak angin atau titik tekanan P-6 (Neiguan) untuk melegakan loya. Titik tekanan P-6 terletak pada pergelangan tangan; lakukan tekanan selama 2-3 minit dengan urutan tertentu.
- Halakan telapak tangan ke wajah.
- Kemudian letakkan 3 jari pertama daripada tangan sebelah lagi pada pergelangan tangan.
- Letakkan ibu jari pada titik bawah jari telunjuk antara dua tendon besar – urat yang menghubungkan otot ke tulang.
- Lakukan tekanan kuat tetapi tidak menyakitkan bersama urutan untuk tempoh 2-3 minit.
Bila Kena Minum Air Gula Atau Ujian MGTT
Bagi anda yang baru pertama kali merasai pengalaman mengandung, pasti tertanya minum air gula ketika hamil minggu ke berapa bagi membolehkan diri bersedia lebih awal.
Menurut Pegawai Perubatan Obstetrik & Ginekologi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Muhammad Izzat Abdul Razak berkata ujian MGTT ibu mengandung perlu dijalankan ketika kandungan berada pada peringkat awal dan diulang pada usia kandungan memasuki 24 hingga 28 minggu.
“Ujian MGTT ketika hamil ini memerlukan anda berpuasa semalaman iaitu tidak makan atau minum kecuali air kosong saja. Ujian darah dijalankan terlebih dulu sebelum perlu ambil air gula.
“Ujian darah akan diulang sekali lagi selepas dua jam anda minum larutan gula itu. Rasa air gula ibu mengandung yang diberikan di klinik kerajaan lazimnya tidak berperisa dan sedikit suam.
Namun ada juga yang rasa air gula ibu mengandung berperisa oren yang dibekalkan di klinik swasta. Kebiasaannya mempunyai perisa bergantung kepada tempat ujian itu dijalankan,” katanya.
Tambahnya, sekiranya wanita hamil itu menghidap diabetes pada kandungan sebelumnya, ujian minum air gula masa mengandung kali ini akan dilakukan lebih awal bagi mengesan sekiranya terdapat masalah atau diabetes ketika hamil.
“Jika keputusan ujian MGTT masa mengandung normal, ia perlu diulang pada usia kandungan 24 hingga 28 minggu,” ujarnya.
Siapa Perlu Buat Ujian MGTT Ketika Hamil?
- Wanita dalam kategori obese dimana BMI mereka lebih dari 30
- Wanita dengan sejarah diabetes gestasi
- Wanita yang pernah hamil bayi besar
- Wanita dengan keluarga yang mempunyai sejarah kencing manis
- Wanita berumur 25 tahun ke atas
- Wanita yang pernah mengalami keguguran atau bayi meninggal dalam kandungan
Keputusan Ujian MGTT Ibu Mengandung
Ujian mOGTT memerlukan darah diambil dua kali. Kali pertama juga dikenali fasting blood sugar, dikatakan normal jika keputusan bacaan gula ibu mengandung kurang atau sama dengan 5.1mmol/L.
Kali kedua, darah diambil dua jam selepas minum air gula masa mengandung ( 2-hour-post prandial), keputusan bacaan gula ibu mengandung mestilah 7.8mmol atau kurang dari itu.
Jika keputusan bacaan gula ibu mengandung fasting blood sugar lebih tinggi dari 7 mmol/L, besar kemungkinan wanita ini sudah mengalami diabetes SEBELUM hami lagi.
Jika keputusan saringan mOGTT anda melebihi hadnya, seterusnya ibu hamil akan diberi kaunselling mengenai “diabetic diet” DAN menjalani empat ujian darah yang dikenali sebagai blood sugar profile atau BSP.
Jika keputusan BSP adalah normal, pesakit akan terus mengamalkan diabetic diet sehingga kelahiran bayi.
Jika keputusan BSP menunjukkan tahap glukos dalam darah terlalu tinggi, doktor akan memulakan penggunaan insulin sebagai rawatan bagi “gestational diabetes” ini.
Berapa Kali Kena Minum Air Gula
Bagi anda yang tidak tahu minum air gula berapa kali sepanjang kehamilan, jawapannya adalah ibu kena minum air gula di kk atau swasta sebanyak tiga kali
- Bagi wanita-wanita yang berisiko, staf klinik kesihatan dan hospital akan menasihati wanita ini untuk menjalani ujian minum air gula secepat mungkin. Jika bacaan gula dalam darah ketika mengandung normal, anda mungkin perlu minum air gula kali kedua apabila kandungan memasuki 28 minggu.
- Bagi wanita berusia 25 tahun ke atas, tidak mempunyai risiko, akan disarankan menjalini ujian saringan mOGTT tadi ketika bayi berusia di anatara 24 ke 28 minggu.
- Bagi wanita berusia 25 tahun ke bawah dan tidak mempunyai risiko, anda bernasib baik kerana tidak perlu minum air gula.
Jika bacaan gula dalam darah tinggi, ibu yang GDM On Diet atau insulin perlu ulang minum air gula sekali lagi selepas beberapa minggu melahirkan bayi.
Apa Yang Perlu Saya Makan Sebelum Ujian MGTT?
Perkara terbaik yang boleh anda lakukan sebelum ujian MGTT ialah makan makanan yang sihat pada malam sebelumnya—tetapi jangan terlalu banyak.
Anda perlu mengambil makanan dengan cukup untuk memastikan gula dalam darah stabil. Namun jangan makan terlalu banyak sehingga menyebabkan senak atau ketidakselesaan.
Contoh makanan seimbang yang boleh anda ambil sebelum ujian MGTT adalah:
- protein tanpa lemak (ayam atau ikan
- karbohidrat kompleks (roti gandum atau beras perang).
- lemak sihat seperti avokado atau kacang untuk menyerap nutrien
Pastikan anda mempunyai sesuatu yang ringan di dalam perut sebelum ujian (seperti air), supaya keputusan ujian adalah tepat.
Apa Berlaku Jika Keputusan Ujian Air Gula Tinggi?
Jika paras gula dalam darah melebihi 140 mg/dl dan di bawah 199 mg/dl, doktor anda mengesyorkan senaman dan penurunan berat badan untuk mengurangkan risiko diabetes jenis 2.
Anda perlu membuat perubahan dalam diet dan gaya hidup anda dan mengambil ubat untuk mengawal gula dalam darah.
Dalam kebanyakan kes, gula dalam darah akan kembali normal selepas bayi dilahirkan. Tetapi anda masih perlu berwaspada tentang diet dan rutin senaman anda.
Minum Air Gula Selepas Bersalin
Ujian toleransi glukosa oral juga digunakan dalam tempoh selepas bersalin. Wanita yang menghidap diabetes semasa mengandung biasanya tidak menghidap diabetes kemudian.
Tetapi doktor mengesyorkan pemeriksaan biasa sekurang-kurangnya setiap tiga tahun.
Kesimpulannya, minum air gula ketika hamil atau ujian MGTT adalah penting untuk memastikan kehamilan yang sihat. Dengan pemahaman yang baik tentang MGTT, proses minum air gula dan impaknya, bakal ibu akan lebih memahami dalam penjagaan kesihatan mereka dan memastikan kelahiran yang sihat.
Semoga artikel ini bermanfaat.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Selalu Rasa Mual Bila Minum Air Gula? Ini 5 Cara Berkesan Elak Anda Muntah
Baca juga: Tipu Nurse Selepas Muntahkan Air Gula, Ibu Ini Kesal Bayi Meninggal Dalam Kandungan
Baca juga: Fungsi Insulin Untuk Tubuh Manusia, Kawal Gula Dalam Darah Agar Kekal Normal