theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #MoneyParenting
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • Beli-Belah

Ramai Ibu Hamil Muntah Ketika Minum Air Gula, Ini Cara Betul Yang Perlu Anda Tahu!

4 min bacaan
Kongsikan:
•••
Ramai Ibu Hamil Muntah Ketika Minum Air Gula, Ini Cara Betul Yang Perlu Anda Tahu!

Cara minum air gula ketika hamil atau Ujian MGGT(Modified Glucose Tolerance Test) kini wajib untuk ibu yang berisiko kencing manis. Ikuti beberapa tips ini!

Cara minum air gula atau Ujian MGGT (Modified Glucose Tolerance Test) kini wajib untuk ibu mengandung yang berisiko kencing manis. Ia adalah satu prosedur yang dilakukan di klinik untuk mengesan diabetes gestasi.

Apabila dapat dikesan lebih awal, pemantauan perlu dibuat untuk mengelakkan pelbagai komplikasi kepada ibu dan anak dalam kandungan.

Baca juga: Tipu Nurse Selepas Muntahkan Air Gula, Ibu Ini Kesal Bayi Meninggal Dalam Kandungan

Cara minum air gula dan siapa yang wajib? 

  • wanita dalam kategori obese dimana BMI mereka lebih dari 30
  • wanita dengan sejarah diabetes gestasi
  • wanita yang pernah hamil bayi besar
  • wanita dengan keluarga yang mempunyai sejarah kencing manis
  • wanita berumur 25 ke atas
  • wanita yang pernah mengalami keguguran atau bayi meninggal dalam kandungan
Proses minum air gula ketika hamil
 
Ramai Ibu Hamil Muntah Ketika Minum Air Gula, Ini Cara Betul Yang Perlu Anda Tahu!

Sumber gambar: Eraz Fadli

Untuk menjalankan ujian ini, ibu mengandung perlu puasa malam sebelumnya dan pergi ke klinik keesokkan harinya mengikut tarikh dan masa temujanji.

Darah pertama akan diambil iaitu fasting blood sugar, kemudian ibu mengandung akan diberi minum air gula pekat (75gm glukosa dan 250ml air).

Air glukosa yang diberi oleh klink kerajaan biasanya tidak berperisa dan sedikit suam.

Ramai Ibu Hamil Muntah Ketika Minum Air Gula, Ini Cara Betul Yang Perlu Anda Tahu!

Sumber gambar : BabyComel

Sesetengah klinik swasta pula mungkin akan memberi air glukosa yang telah dicampur perisa oren ataupun blackcurrent.

Ramai Ibu Hamil Muntah Ketika Minum Air Gula, Ini Cara Betul Yang Perlu Anda Tahu!

Sumber gambar: nusaybahanuwar.com

Sambung balik puasa, dan cuma air kosong dibenarkan sehingga pengambilan darah kedua.

Ibu mengandung perlu tunggu 2 jam sebelum pengambilan darah kedua(two hours post prandial) dapat dilakukan.

Selepas pengambilan darah kedua selesai, darah itu akan dihantar ke makmal dan tamatlah sesi puasa.

Ujian MGGT selesai dan ibu mengandung boleh pergi makan. Keputusan ujian akan diberi pada temujanji seterusnya.

Peringatan penting: Tolong jangan muntah. Try your best, kalau muntah, ujian MGGT itu dikira batal, dan kena diulang semula.

Sebab kena minum air gula semasa mengandung

Diabetes atau kencing manis I adalah penyakit yang boleh berlaku sebelum hamil, ia juga boleh berlaku sewaktu hamil. Oleh kerana kencing manis membahayakan wanita yang hamil dan juga bayi di dalam kandungan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan memo supaya ibu hamil yang berisiko untuk melakukan ujian saringan untuk melakukan Gestational Diabetes Mellitus (GDM) pada 24-28 minggu kehamilan dengan ujian modified OGTT (mOGTT). mOGTT inilah yang dikenali sebagai ujian Minum Air Gula!

Bagi pesakit-pesakit diabetes yang belum hamil, mereka perlulah menghadiri pre-pregnancy counselling (PPC) sebelum hamil supaya mereka mampu mengawal paras gula dalam darah dengan lebih baik sebelum dan sewaktu kehamilan.
 
Kadang-kala ia menyebabkan pesakit muntah dan menyebabkan ujian mOGTT terbatal dengan sendirinya. Pesakit sering mengeluh kerana mereka akan dipanggil untuk datang semula bagi ujian yang sama dalam satu atau dua minggu kemudian.

Penat lelah pesakit serta kakitangan kesihatan dalam menjayakan ujian minum air gula ini ada sebabnya. Di antaranya ialah: Pertama, jumlah kes kencing manis ( Type 2 Diabetes Mellitus) di negara kita Malaysia meningkat dari 11 % ( 2006) hingga 15% ( 2011).

Bagi wanita hamil pula, satu kajian menunjukkan kes gestational diabetes dalam wanita hamil juga meningkat sama hingga ke 27.9%! ( 2017, Selangor) Kedua, kencing manis sewaktu hamil atau “Gestational diabetes” membawa risiko kepada ibu dan bayi.

Tips untuk survive ujian air gula
  1. Minum air gula apabila ia masih suam.
  2. Tarik nafas, kalau perlu, picit hidung atau tahan nafas dan minum dengan cepat. Kalau boleh, minum sekali teguk. Yang penting kena minum dengan cepat kalau tidak anda mungkin akan rasa jelak dan loya.
  3. Kumurkan mulut selepas minum untuk membuang rasa gula dalam mulut
  4. Jika anda rasa nak muntah, bawalah berehat.
  5. Jangan lupa top-up credit untuk handphone supaya boleh layari TheAsianParent untuk tips lain. Anda juga boleh bawa bahan bacaan lain, kalau tidak memang bosan tunggu dua jam berlalu.

Sumber: Sirap Limau, Ros Ibrahim, Dr Zubaidi, ColumbiaAsia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Selalu Rasa Mual Bila Minum Air Gula? Ini 5 Cara Berkesan Elak Anda Muntah

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Ramai Ibu Hamil Muntah Ketika Minum Air Gula, Ini Cara Betul Yang Perlu Anda Tahu!
Kongsikan:
•••
Artikel(Cerita)
  • Ibu, tahu tak BAHAYA minum kopi ketika mengandung? Ini nasihat pakar

    Ibu, tahu tak BAHAYA minum kopi ketika mengandung? Ini nasihat pakar

  • Selalu Rasa Mual Bila Minum Air Gula? Ini 5 Cara Berkesan Elak Anda Muntah

    Selalu Rasa Mual Bila Minum Air Gula? Ini 5 Cara Berkesan Elak Anda Muntah

  • [Video] Pembedahan Buang Janin Pada Kehamilan Ektopik (Hamil Luar Rahim)

    [Video] Pembedahan Buang Janin Pada Kehamilan Ektopik (Hamil Luar Rahim)

  • 5 Perilaku Anak Yang Nampak Biasa, Tapi Sebenarnya Bahaya, Tak Boleh Dipandang Remeh!

    5 Perilaku Anak Yang Nampak Biasa, Tapi Sebenarnya Bahaya, Tak Boleh Dipandang Remeh!

app info
get app banner
  • Ibu, tahu tak BAHAYA minum kopi ketika mengandung? Ini nasihat pakar

    Ibu, tahu tak BAHAYA minum kopi ketika mengandung? Ini nasihat pakar

  • Selalu Rasa Mual Bila Minum Air Gula? Ini 5 Cara Berkesan Elak Anda Muntah

    Selalu Rasa Mual Bila Minum Air Gula? Ini 5 Cara Berkesan Elak Anda Muntah

  • [Video] Pembedahan Buang Janin Pada Kehamilan Ektopik (Hamil Luar Rahim)

    [Video] Pembedahan Buang Janin Pada Kehamilan Ektopik (Hamil Luar Rahim)

  • 5 Perilaku Anak Yang Nampak Biasa, Tapi Sebenarnya Bahaya, Tak Boleh Dipandang Remeh!

    5 Perilaku Anak Yang Nampak Biasa, Tapi Sebenarnya Bahaya, Tak Boleh Dipandang Remeh!

  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore
  • Thailand
  • Indonesia
  • Philippines
  • Malaysia
  • Sri Lanka
  • India
  • Vietnam
  • Australia
  • Japan
  • Nigeria
  • Kenya
Jenama Rakan Kongsi
Mama's Choice Partner Brand Logo
© Copyright theAsianparent 2021. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat
  • Komuniti
  • Menjadi ibu bapa
  • Perkembangan & Umur Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan

Download aplikasi kami

google play store
Appstore
  • Beriklan Dengan Kami
  • Tentang Kami
  • Team Kami
  • Hubungi Kami
  • Terma dan Syarat
  • Jadi Penyumbang Kami
Buka di aplikasi