Suami Berubah Sikap, Duit Gaji Selalu Habis & Jadi Panas Baran Kerana Ketagihan Ketum

Minum air ketum dikatakan boleh meningkatkan tenaga. Ramai isteri tertekan melihat suami ketagihan ketum sehingga sanggup berhutang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Budaya minum air ketum semakin mendapat tempat dalam kalangan lelaki, terutamanya mereka yang kuat bekerja dan menghidap penyakit. Walau bagaimanapun jika salah pengambilannya, ia boleh meninggalkan kesan ketagihan yang begitu teruk.

Bagi yang tidak tahu, air ketum asli dikatakan mempunyai rasa begitu pahit. Untuk mengurangkan rasa ini, ada yang mencampurkannya dengan air Coca-Cola atau ubat batuk. Ia dianggap lebih sedap dan puas.

Isteri dilema suami minum air ketum, ketagih sehingga berubah sikap

Cara penyimpanan air ketum ini pula hendaklah diletakkan di kawasan yang sejuk seperti peti ais ataupun di dalam bilik air. Jika terdedah kepada panas, ia boleh menjadi rosak dan bertukar rasa masam.

Jika dahulu, ramai mendakwa bahawa minum air ketum boleh dijadikan ubat kepada penyakit kencing manis dan darah tinggi, namun kajian saintifik mendapati ia boleh menyebabkan masalah sawan jika diambil berlebihan atau tempoh masa yang lama.

Pengambilannya semakin digilai ini membuatkan ramai isteri berada dalam dilema melihat perubahan tingkah laku suami setelah ketagih minuman ketom.

Berikut kisah benar yang diceritakan oleh salah seorang suri rumah:

Suami saya memang minum air ketum lagi. Alasan dia adalah untuk tenaga lelaki dan kuat bekerja.

Sekarang kami sudah ada anak, anak dah nak masuk dua tahun. Saya nampak perubahan ketara pada suami ketika saya mengandung.

Dia menjadi semakin panas baran. Manakala stok air ketum tidak pernah putus, dalam peti sejuk penuh dengan air ketum.

Badan jadi semakin kurus, duit gaji tidak pernah cukup

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Badan dia juga semakin susut. Dari saiz pinggang 40 menjadi 36. Boleh nampak tulang dah. Selera makan pun kurang, dia asyik dengan air ketum.

Saya tengok dia minum kalah orang minum air masak. Hampir setiap jam kena ambil.

Lebih menyedihkan lagi saya perasan duit gajinya tidak pernah cukup. Saya pernah baca mesej di telefon, kawan dia minta bayar hutang. Suami sanggup beli ketum sampai berhutang.

Hisap rokok pun makin kuat. Duit belanja dapur pun tidak diberi. Rumah sewa kami duduk pun saya yang bayar. Bila bertanya, mesti saya kena marah. Sampai dia boleh naik tangan.

Saya tertekan. Tidak tahu macam mana lagi untuk selesaikan masalah ini. Suami pula dah lebih setahun tidak sentuh saya. Kalau boleh saya nak semua ini selesai dengan cepat, anak saya semakin membesar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Saya kasihankan dia. Tidak mahu dia terganggu emosi.

Panjangkanlah luahan ini, ini luahan hati seorang isteri.

Buat anda yang kaki ketum, hanya anda seorang yang rasa sakit bila tidak dapat minum ketum. Tapi sebenarnya anda sedang menghancurkan masa depan keluarga anda juga!

Kesan minum air ketum, berbeza mengikut jumlah yang diambil

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penggunaan ketum memberikan kesan yang berbeza mengikut jumlah. Namun ini hanyalah kesan berdasarkan jenis daun ketum yang direbus kosong sahaja, tidak dicampur dengan bahan-bahan berbahaya yang lain.

  • 2-6 gram rebusan daun ketum boleh menyebabkan rangsangan otak atau stimulasi otak
  • 7-15 gram daun menyebabkan kesan rangsangan keseronokan dan menenangkan perasaan (bagi sesetengah orang)
  • 16-25 gram daun memberi kesan tenang yang lebih ketara dan fungsi otak menjadi sedikit perlahan atau lembab
  • 26-50 gram menyebabkan kesan tenang dan seronok yang amat ketara, ia turut menyebabkan halusinasi dan khayal

Kesan minum air ketum terhadap badan seseorang adalah sangat cepat. Kira-kira 10 minit selepas dihadam dan boleh bertahan sehingga 4 jam atau lebih, dos yang berlebihan akan bertahan lebih lama.

Ada juga mengatakan penagih ketum yang menjadi ia sebagai rutin harian akan mengalami sakit sendi jika tidak minum ketum. Bukan itu sahaja, mereka turut kehilangan selera makan, hilang berat badan yang ketara dan anoreksia (gangguan tabiat makanan) akibat kesan minum air ketum ini.

Jenis daun ketum

Terdapat dua jenis pokok ketum berasaskan kepada warna daun ketum iaitu:

  1. Daun berwarna hijau sepenuhnya
  2. Daun hijau mempunyai tulang dan urat daun berwarna merah yang jelas dilihat dibahagian belakang daun. Ia mendapat permintaan paling tinggi kerana didakwa mempunyai khasiat lebih baik berbanding jenis daun hijau sahaja. Rasanya juga lebih pekat serta memberikan kesan lebih kuat kepada peminum.

Khasiat daun ketum

Menurut halaman Perlis Permai, semua daun ketum mengandungi kolagen, terutama daun ketum kuning sebagai yang paling banyak. Sedangkan bahan anti-kanser paling popular adalah air ketum panas tanpa gula.

Penemuan resepi baru dari negara China mendapat bagi mereka yang menghidap penyakit kencing manis, boleh jadikan minum ketom ini sebagai ikhtiar dalam mengawal paras gula dalam badan. Ramai pesakit diabetes mengatakan ia berkesan tanpa perlu berpantang makan lagi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Masyarakat kampung menggunakan daun ketum untuk membantu pertambahan tenaga atau mengembalikan kesegaran selepas penat dan kuat berkerja. Ia boleh dimakan secara segar seperti mengunyah daun sirih.

Khasiat ketum yang dikeringkan dan direbus boleh digunakan untuk mengembalikan tenaga batin.

Selain daripada dikunyah segar, rebusan daun yang kering juga digunakan sebagai tonik untuk menghilangkan rasa lesu selepas bekerja, lenguh-lenguh, radang, kejang otot sakit-sakit sendi dan lelah.

Petua mendapatkan khasiat ketum

  1. Jangan petik bahagian pucuk. Petiklah daun-daun yang terdapat sebelum pucuknya.
    Daun di pucuk khasiatnya kurang power kerana ia daun baru. Selepas dipetik, masukkan daun-daun tadi ke dalam periuk dan dibasuh dengan bersih.
  2. Ramas daun ketum sehingga menjadi cebisan yang kecil agar kandungan nutriennya senang diserap.
    Rebus daun ketum dengan kuantiti air yang sederhana. Selepas 2 jam matikan api. Biarkan rebusan itu sejuk sebelum ditapis.
  3. Minum airnya, tetapi jangan berlebihan. Air ketum tidak boleh disimpan melebihi 3 hari.

Bunga pokok ketum

#1. Bunga pokok ketum hijau

Ciri-ciri pokok ketum daun hijau adalah dimana warna permukaan atas daun adalah hijau, warna bahagian bawah daun adalah hijau muda dan urat daun juga hijau.

Bilangan buah ketum setangkai lingkungan 5-8 biji dimana warna buah muda adalah hijau dan warna buah tua adalah coklat kehitaman. Buah ketum muda didapati berwarna Hijau muda dan buah dewasa adalah berwarna Coklat kehitaman.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Manakala bunga pokok ketum jenis ini adalah berwarna kuning.

#2. Bunga ketum merah

Ketum daun merah memiliki warna permukaan atas daun hijau, warna bahagian bawah daun adalah hijau muda dan urat daun berwarna merah.

Bilangan buah ketum setangkai adalah antara 5-8 biji, dimana warna buah muda adalah hijau dan warna buah tua adalah coklat kehitaman. Bunga ketum merah adalah kecil dan berwarna kuning.

Akta Dadah Merbahaya 1952 di Malaysia melarang sesiapa juga menanam, memproses, menjual dan meminum produk daun ketum untuk sebarang tujuan.

Pokok ketum adalah tanaman yang terkawal dimana tidak boleh ditanam kerana berkemungkinan boleh berlaku masaalah penyalahgunaan air ketom.

Kerajaan juga tidak pernah menggalakkan penanaman, penjualan dan penggunaan air ketum. Mereka yang bersalah boleh didakwa mengikut akta tersebut. Artikel ini diterbitkan bagi tujuan memberi pendedahan mengenai pokok ketum sebagai sahaja.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Isteri Gajikan Suami RM2,000 Sebulan Jadi Suri Rumah, Tidak Kisah Dilabel ‘Ikat Pasangan’

Baca juga: Tradisi Mengerikan Jaga Kesucian Wanita, Suami Buka Jahitan Vagina Isteri Pada Malam Pertama

Baca juga: ”Bila Keluar Kemain Lawa, Duk Kat Rumah Nak Berhias Malas,”-Suami Diminta Hentikan Pemikiran Kolot!