Ibu Trauma Mentua Beri Bayi Minum Air, Anak Muntah Memancut & Hampir Meninggal

Minum air putih adalah bahaya untuk bayi bawah 6 bulan. Wanita ini kongsi kisah benar apabila mentua beri anak minum air tanpa kebenarannya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Minum air putih sememangnya bagus untuk kesihatan kita kerana ia dapat membantu menguatkan fungsi jantung dan mengurangkan hidrasi. Tetapi, pengambilan air kosong tidak dibenarkan pada bayi yang berumur bawah dari 6 bulan.

Menurut sebuah perkongsian Syafiqah Nordin di Facebook, anaknya terpaksa bertarung nyawa hanya disebabkan oleh air kosong. 

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Terkilan mentua beri bayi minum air putih tanpa kebenaran ibu
  • Jangan beri makanan atau minuman yang tidak sepatutnya kepada anak 

Terkilan mentua beri bayi minum air putih tanpa kebenaran ibu

Menurut beliau, memang ramai kenalan yang mengatakan bahawa bayi bawah umur 6 bulan boleh diberi air atas nasihat doktor.

Hanya untuk tujuan bilas mulut sahaja selepas minum susu. Namun, beliau masih ragu-ragu dan masih tidak mahu memberi anak sebarangan makan dan minum.

Sehinggalah pada suatu hari, yang mana ibu mertua beliau menyuapkan air masak kepada anaknya. Disangkakan ingin menolong, tetapi lain pula jadinya. Anaknya mula muntah memancut yang tidak berhenti-henti. 

Anak beliau kemudian dibawa untuk terus dirujuk oleh pakar dan ke hospital. Selepas menjalani x-ray barulah dapat tahu bahawa usus anaknya telah pun kembang kerana imbasan x-ray menunjukkan 0. Anaknya terpaksa dibedah secepat mungkin. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Beliau turut menambah bahawa beliau membawa anaknya lambat berjumpa doktor kerana anaknya masih aktif bermain dan seperti biasa. Hanya muntah sahaja yang berpanjangan sehinggakan berterusan sehingga 20 hari.

Muntah memancut atau pun projectile adalah perkara biasa bagi bayi namun sekiranya ia berlanjutan berhari-hari, sila bawa anak berjumpa doktor dengan kadar segera. 

Peristiwa ini menyebabkan beliau cukup trauma dengan pengalaman tersebut. Hanya kerana air masak, anaknya terpaksa dibedah!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Jangan beri makanan atau minuman yang tidak sepatutnya kepada anak 

Peringatan kepada ibu bapa, janganlah memberi makan dan minum air putih kepada anak anda terutama pada bayi berusia bawah 6 bulan.

Ini kerana bayi masih belum mempunyai sistem penghadaman yang kuat dan masih belum mampu menerima makanan atau minuman tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pastikan anda mengikut nasihat doktor dan ikutlah jadual pemakanan anak anda. Jangan terlalu turutkan kata orang lain.

Rujuk pakar terlebih dahulu. Sekiranya anak anda menunjukkan tanda-tanda kesihatan yang tidak baik segeralah berjumpa doktor ya, ibu!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga: Berapa Banyak Bayi Perlu Minum Susu Sehari? Ketahui Sukatan Susu Bayi Yang Betul Mengikut Usianya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca Juga: Bahaya Minum Air Selusuh, Ibu Berdepan Kesakitan Melampau & Risiko Bayi Lemas

Baca Juga: Tips Ajar Anak Minum Air Kosong Ikut Umur, Barulah Mereka Suka – Pakar

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nina Osman