Hirup air kopi panas memang cukup nikmat dan memberikan kesan yang menenangkan. Tambah-tambah lagi di rumah anda memiliki pelbagai jenis jenama kopi yang enak dan sedap. Namun adakah bahaya minum kopi ketika mengandung?
Baby dalam perut pun menendang tanda suka. Bahkan minum kopi membangkitkan semangat untuk bekerja dan menambah tenaga di waktu pagi dari mengantuk.
Bahaya minum kopi ketika mengandung, doktor minta kurangkan pengambilan
Menurut seorang doktor, Benny Johan, beliau mengatakan kandungan kafein yang terdapat dalam kopi boleh membahayakan kandungan sekiranya ibu minum kopi ketika mengandung dengan terlalu kerap.
“Kandungan kafein dalam kopi amat tinggi. Bahaya minum kopi ketika mengandung boleh membuatkan wanita hamil itu muntah dan mual dengan teruk. Oleh sebab itu, pakar akan meminta ibu yang suka minum kopi ketika mengandung agar mengurangkan pengambilannya kepada satu cawan kopi sehari atau menjarakkan pengambilan kopi seperti seminggu sekali.”
Menurut doktor ini lagi, pakar kesihatan tidak melarang ibu minum kopi ketika mengandung tetapi ia perlu dikurangkan saja, seperti dua sudu serbuk kopi setiap kali bancuhan dengan tambahan sedikit gula pemanis.
Walaubagaimanapun teh dibolehkan kerana kandungan kafein dalam teh sedikit rendah berbanding kopi. Asalkan ia tidak berlebih-lebihan hingga menyebabkan penyakit lain wujud semasa anda sedang hamil.
Bahaya minum kopi ketika hamil: Apakah risiko sekiranya minum kopi terlalu kerap?
- Insomnia: Mula rasa tak boleh tidur. Ada saja benda yang berlegar-legar di fikiran.
- Gangguan pencernaan: Kekadang bila banyak sangat minum kopi ketika mengandung, ia boleh ganggu sistem pencernaan, macam sembelit.
- Tekanan darah tinggi: Bila minum kopi ketika mengandung, anda yang sebelum ini tak ada tekanan darah tinggi pun tiba-tiba boleh dapat penyakit ini. Tambahan pula tengah mengandung senang nak dapat darah tinggi. Jadi cubalah kontrol minum kopi. Ok?
- Migrain: Bila minum kopi ketika mengandung terlalu banyak, ia menyebabkan anda migrain atau sakit kepala.
- Anemia: Menyebabkan komplikasi sepanjang kehamilan, di mana, ibu hamil akan alami kurang zat besi.
- Keguguran: Menurut kajian yang dilakukan oleh American Journal of Obstetric and Gynaecology mendapati bahawa wanita yang hamil mengambil 200mg atau lebih berisiko berdepan keguguran dua kali ganda berbanding dengan wanita hamil yang tidak mengambil kafein.
- Kecacatan pada bayi: Banyak kajian menunjukkan bahaya minum kopi ketika mengandung secara berlebihan kerana ia boleh menyebabkan masalah kecacatan pada bayi yang dilahirkan, kelahiran pramatang dan risiko melahirkan anak yang mempunyai berat kurang 2.5kg.
Kesan kafein terhadap kandungan yang para ibu perlu tahu
Menurut penjelasan oleh Dr. Zubaidi, semua wanita mengandung sebenarnya tidak digalakkan minum air kopi ketika hamil. Namun ia dibenarkan jika diambil dalam kuantiti yang sederhana.
Hal ini kerana kafein yang terdapat dalam air kopi boleh menjadi satu bahan perangsang dan diuretik (penyebab mudah rasa mahu kencing kerana pundi kencing cepat penuh).
Kesan sebegini boleh meningkatkan tekanan darah, kadar degupan jantung dan jika ibu kerap membuang air kecil, akhirnya berlaku kekurangan cecair dalam badan serta menyebabkan dehidrasi.
Manakala kafein yang melintas masuk ke dalam uri boleh memberi kesan kepada corak tidur dan pergerakan bayi dalam rahim. Ini sekaligus menyebabkan janin akan terus terjaga.
Untuk pengetahuan ibu, air kopi bukanlah satu-satunya sumber kafein. Minuman lain seperti coklat, teh, soda dan beberapa ubat yang dibeli di farmasi bagi melegakan masalah sakit kepala juga mungkin mengandungi kafein.
Walaupun masih belum ada kajian yang lebih sahih mengenai hal ini, saya lebih suka menasihati pesakit agar mengelakkan pengambilan kafein ketika mereka sedang mengandung.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: theAsianparent Indonesia, Dr Zubaidi
Baca juga: Kesan Kafein Boleh Menyebabkan Wanita Lambat Mengandung & Masalah Kesuburan
Baca juga: Wanita Ini Kongsi Tips Kurus Lepas Bersalin Minum Kopi Sekali Sehari, Hilang 40kg!
Baca juga: Tongkat Ali Untuk Wanita, Adakah Benar Ia Meningkatkan Peluang Untuk Hamil?