Tahukah anda ada minuman yang tidak sesuai diminum oleh ibu mengandung kerana boleh mendatangkan bahaya kepada mereka dan bayi. Jadi jika anda mengandung pastikan anda minum minuman sesuai untuk ibu mengandung.
Isi Kandungan
Minuman Sesuai Untuk Ibu Mengandung
1.Susu
Susu penting untuk kalsium. Tapi pastikan anda elak minum susu tidak dipasteur. Pasteurisasi adalah proses pemanasan untuk memastikan ia selamat diambil. Susu yang tidak dipasteurisasi dikhuatiri mengandungi bakteria berbahaya seperti Listeria, Salmonella, E coli dan Campylobacter.
Minuman Sesuai Untuk Ibu Mengandung, Jus Lemon
2.Jus lemon
Segelas jus lemon baik untuk menghidratkan tubuh anda. Selain itu vitamin C dalam jus ini baik untuk kulit ibu hamil. Jika anda mengalami morning sickness, air lemon juga membantu mengurangkan loya yang anda alami.
3. Air kelapa – Minuman Sesuai Untuk Ibu Mengandung
Air kelapa terkenal untuk mengelakkan dehidrasi. Ia sejenis minuman isotonik semula jadi yang mempunyai magnesium dan kalium. Air kelapa juga melegakan keletihan dengan mengembalikan garam semula jadi dalam badan yang hilang apabila anda berpeluh.
4. Jus sayur
Jika anda mempunyai masalah mendapatkan sayuran yang mencukupi dalam diet anda, cuba minum sayur-sayuran anda. Sayur yang biasa dijadikan jus termasuklah bayam dan saderi yang dicampur dengan buah-buahan masa seperti oren dan lemon.
5.Air dengan buah-buahan beku
Anda boleh menjadikan segelas air kosong lebih menyegarkan dengan menambah buah-buahan beku seperti oren, lemon, kiwi, pic, aprikot, plum dan strawberu bukannya ketulan ais sahaja. Ais itu memberikan sedikit rasa buah apabila ia mencair..
6.Moktel buah-buahan
Membantu anda mendapatkan beberapa nutrien yang anda dan bayi anda perlukan. Buah yang sesuai untuk digunakan termasuk strawberi, laici, dan limau.
7.Air kosong
Air adalah penting untuk sel-sel darah yang sihat dan untuk mengekalkan hidrasi badan. Air juga merupakan komponen utama susu ibu, dan penting bagi pengeluaran susu yang baik. Ini dalah waktu terbaik untuk anda minum air kosong.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Air Minuman Tambah Tenaga ‘Homemade’ Hilangkan Lenguh Badan, Ibu Hamil WAJIB Cuba!
Baca juga: Ketahui 10 Jenis Minuman Yang Perlu Ibu Hamil Elak, Jika Minum Boleh Bahayakan Kandungan!
Baca juga: Apa Jadi Pada Bayi Jika Ibu Hamil Tidak Menjaga Pemakanan?