Pemakanan antara aspek yang paling diutamakan ketika mengandung. Hal ini kerana janin bergantung kepada nutrisi yang dibekalkan oleh ibu untuk membesar dengan sihat. Justeru tahukah anda kelebihan minyak ikan semasa mengandung?
Sebelum ini ramai berpendapat kebaikan minyak ikan dapat menyokong dan meningkatkan fungsi otak bayi sejak dari dalam perut. Namun sebenarnya ia juga mampu mengelakkan si kecil anda berdepan masalah alahan kulit.
Isi Kandungan
Kebaikan minyak ikan kepada ibu dan bayi
#1. Mengelakkan anak berdepan alahan
Kajian mengatakan pengambilan harian minyak ikan semasa hamil dan pada bulan-bulan terawal menyusu boleh mengurangkan risiko alahan makanan atau ekzema kepada bayi!
Sistem imunisasi yang tidak berfungsi adalah penyebab alahan, bengkak, muntah dan nafas berbunyi. Minyak ikan mempunyai omega-3, lemak unik yang mempunyai kesan positif anti radang pada pada badan.
Menurut analisis kajian yang dibuat oleh Kolej Imperial London, khasiat minyak ikan semasa hamil (khususnya pada minggu ke-20 kandungan dan 3 atau 4 bulan menyusu) boleh mengurangkan 30% risiko alahan telur pada bayi seawal usia 1 tahun.
Sementara itu, risiko ekzema adalah 22 kali lebih rendah berbanding ibu yang mengambil suplemen probiotik.
Pakar mengatakan kajian yang lebih meluas diperlukan untuk mengkaji kanak-kanak ini dengan lebih lama. Walau bagaimanapun, kajian mengesahkan yang pemakanan ibu semasa mengandung mempengaruhi perkembangan alahan pada kanak-kanak.
#2. Mengurangkan risiko asma
Dalam kajian New England Journal of Medicine, seramai 700 ibu mengandung telah diberi 2.4 gram tablet yang mengandungi minyak ikan atau minyak zaitun.
Para penyelidik kemudian memantau kesihatan anak selepas kelahiran selama lima tahun pertama kehidupan mereka.
Keputusan menunjukkan bahawa sebanyak 24 peratus kanak-kanak yang ibunya diberi minyak zaitun menghidap asma atau lelah pada usia lima tahun.
Hanya 17 peratus kanak-kanak yang ibunya ambil minyak ikan mengalami masalah berkenaan.
#3. Menyokong otak dan sistem saraf janin
Memetik Bare Biology, khasiat minyak ikan semasa trimester pertama kehamilan adalah sangat penting bagi menyokong perkembangan otak dan sistem saraf janin dalam kandungan.
Justeru ibu disaran untuk meneruskan pengambilan khasiat minyak ikan atau Omega-3 biarpun selepas melahirkan bayi.
#4. Mengekalkan keseimbangan hormon
Menurut American Pregnancy Association, manfaat minum minyak ikan sebelum tidur ketika hamil mampu mengekalkan keseimbangan hormon yang dipanggil prostaglandin.
Prostaglandin mengawal fungsi fisiologi penting seperti:
- tekanan darah
- pembekuan darah
- tindak balas keradangan
- alahan
- saluran penghadaman
#5. Meningkatkan penglihatan bayi baru lahir
Kelebihan minyak ikan untuk wanita hamil yang mengandungi DHA dan EPA dapat memberi manfaat kepada bayi baru lahir.
Semasa perkembangan janin, DHA cepat terkumpul dalam tisu tertentu yang diperlukan semasa kelahiran, otak, mata, hati, adiposa (lemak), dan otot rangka.
Memetik Nordic Naturals, selepas bayi dilahirkan, DHA adalah penting untuk penglihatan yang sihat, kebolehan kognitif yang sihat dan sistem imun yang optimum.
#6. Mengurangkan risiko kelahiran awal
Kelebihan minyak ikan yang seterusnya adalah mengurangkan risiko bersalin awal daripada due date atau kelahiran pramatang.
Secara statistik, wanita yang mempunyai tahap DHA yang tinggi semasa mengandung mempunyai kehamilan lebih sihat dan kurang risiko kelahiran pramatang (<34 minggu).
Kami ada senaraikan minyak ikan terbaik yang boleh diambil untuk golongan dewasa dan kanak-kanak di sini.
Cara pengambilan minyak ikan ketika hamil
-
Masa
Anda boleh mengambil minyak ikan pada bila-bila masa sepanjang hari, bergantung pada masa ia paling sesuai untuk anda.
Kajian menunjukkan bahawa mengambil minyak ikan selama beberapa minggu, bulan, atau bahkan tahun boleh meningkatkan tahap asid lemak omega-3 dalam darah.
Walau bagaimanapun, melaraskan masa pengambilan suplemen boleh membantu mencegah beberapa kesan sampingan yang dikaitkan dengan minyak ikan.
-
Kesan sampingan yang mungkin berlaku
Refluks asid, sebagai contoh, adalah salah satu kesan sampingan yang paling biasa dikaitkan dengan suplemen minyak ikan.
Bahagikan minyak ikan anda kepada dua dos yang lebih kecil dan mengambilnya pada waktu pagi dan malam adalah strategi berkesan yang boleh membantu mencegah refluks asid dan senak perut.
-
Ambil bersama makanan
Apabila anda mengambil suplemen minyak ikan, adalah penting untuk mengambilnya bersama makanan untuk memaksimumkan penyerapannya dalam badan.
Khususnya, mengambil minyak ikan dengan sumber lemak yang baik boleh meningkatkan bioavailabiliti asid lemak omega-3 dan meningkatkan keberkesanannya.
Tambahan pula, mengambil minyak ikan dengan makanan boleh mengurangkan kesan sampingan tertentu yang berkaitan dengan suplemen.
Dos minyak ikan yang disaran pada ibu hamil
Jika anda ingin mula mengambil minyak ikan, FDA mengesyorkan tidak melebihi dos maksimum 3000 mg minyak ikan setiap hari.
Persatuan Kehamilan Amerika mengesyorkan bahawa wanita hamil dan ibu menyusu mengambil 500-1000 mg minyak ikan setiap hari memastikan bahawa sekurang-kurangnya 300 mg adalah DHA.
Walaupun kebanyakan kapsul suplemen minyak ikan adalah 1000 mg, ini tidak menunjukkan jumlah minyak ikan sebenar (EPA dan DHA) dalam setiap kapsul, yang biasanya antara 200-500 mg.
Minyak ikan sebenar dari salmon
Daripada mengambil suplemen, ibu hamil boleh makan ikan yang paling padat EPA dan DHA seperti salmon, tuna atau sardin.
Selain itu, ibu mengandung disaran mendapatkan minyak ikan daripada sumber semula jadi yang bebas daripada logam berat (merkuri, BPA).
Untuk mengelakkan ketoksikan logam berat, elakkan makan ikan yang tinggi dalam rantai makanan (jerung, ikan todak), atau pastikan anda membeli makanan tambahan daripada sumber ternama dengan bahan semula jadi.
Elakkan ambil jenis ikan ini
Tahun perindustrian telah mencemarkan lautan, dengan mengepam bahan kimia industri dan sisa toksik terus ke lautan, atau dengan terlebih dahulu mencemarkan atmosfera sebelum meracuni laut melalui hujan.
Paras merkuri, polychlorinated biphenyl (PCB) dan dioksin yang ketara didapati tertumpu pada ikan laut yang berminyak.
Ikan yang lebih besar yang bertahan bertahun-tahun hidup di lautan lebih tercemar. Bahan pencemar ini adalah toksik kepada tisu saraf, terutamanya semasa saraf matang, dan janin yang sedang membesar amat terdedah.
Wanita hamil hendaklah menjauhkan diri daripada makan ikan berminyak seperti ikan yu, ikan todak, marlin dan king mackerel.
Malah, pihak berkuasa UK dan AS telah menganjurkan untuk mengehadkan wanita hamil kepada dua hidangan ikan seminggu (iaitu kira-kira 340gm seminggu). Ikan yang dibiakkan di kawasan tropika biasanya kurang tercemar.
Sebaliknya, pengambilan asid lemak omega-3 yang mencukupi adalah penting untuk pertumbuhan otak janin.
Apabila menimbang semua pihak, kebanyakan pihak berkuasa mendakwa bahawa manfaat kesihatan wanita hamil yang memakan ikan dengan tahap pencemaran merkuri yang rendah berbanding risiko bahan pencemar.
Ibu mengandung digalakkan makan ikan yang mempunyai risiko rendah terhadap pencemaran merkuri. Namun pastikan membuang kulit dan lemak sebelum dimasak. Elakkan makan ikan mentah, sebaliknya olah cara masakan seperti bakar, gril atau stim bagi mengurangkan tahap pencemar industri.
Jika anda sedang mencari minyak ikan yang terbaik, boleh tekan pautan di sini.
Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Pengalaman Mengandung Dekat, Mula-Mula Dapat Tahu Nangis Teruk Sebab Tak Sedia
Baca juga: Khasiat Susu Kolostrum Amat Penting Untuk Bayi, Ibu Usahakanlah Untuk Menyusu!