Guna Minyak Rambut Bayi Jika Rambut Anak Lambat Tumbuh Atau Kulit Berkerak. Memang Efektif!

Rambut bayi yang halus perlu dijaga untuk menggalakkan pertumbuhan rambut, dan sebagainya. Ini minyak rambut baby pilihan kami.

Sebagai ibu bapa, kita pasti mahukan yang terbaik untuk si manja dalam segala segi. Dalam penjagaan rambut pula, penggunaan minyak rambut baby juga penting khususnya bagi bayi yang kebiasaannya memerlukan penjagaan ekstra misalnya mengalami rambut yang jenis kerinting atau lambat tumbuh.

Sebenarnya ada caranya untuk mempercepat dan menggalakkan pertumbuhan rambut bayi secara sekata. Ibu boleh cuba amalkan penggunaan minyak rambut bayi ini untuk realisasinya. Bukan hanya boleh melebatkan rambut, malah juga dapat atasi masalah kulit kepala berkerak.

Memilih Minyak Rambut Bayi Terbaik

1. Semak kandungan

Baca senarai ramuan dengan berhati-hati dan elakkan membeli produk yang mengandungi warna dan bahan sintetik kerana boleh menyebabkan kerengsaan dan kerosakan kulit anak.

Elakkan bahan seperti paraben, sulfat, minyak mineral, phthalates, bahan tambahan, pengawet tiruan, silikon, dan lain-lain, kerana ini akan membahayakan dan mengeringkan kulit bayi.

2. Periksa alergi

Semak hipersensitiviti pada anak sebelum mencuba produk tersebut. Untuk memastikan tidak ada bahaya yang timbul dari anak anda, periksa sama ada produk tersebut diuji dengan selamat untuk kulit bayi atau tidak. 

3. Pilih bahan semulajadi

Pilihan paling selamat adalah mendapatkan produk dengan bahan semula jadi dan organik yang bebas daripada sebatian sintetik yang tidak selamat.

Cari minyak yang merangkumi minyak zaitun, minyak badam manis, minyak kelapa, dan minyak semacam itu dengan 100% bahan semula jadi.

4. Diperakui pakar

Pilih produk yang diuji secara dermatologi dan disahkan oleh pakar pediatrik serta ibu-ibu lain. Sekiranya anda masih tidak yakin dengan apa yang dituntut oleh jenama tersebut, rujuk doktor.

5. Elakkan wangian buatan

Wangian buatan boleh mengganggu kulit si manja dan menyebabkan masalah pernafasan. Untuk memastikan keselamatan, cari barang yang mempunyai wangian lembut hingga neutral.

8 Minyak Rambut Bayi Yang Terbaik di Pasaran

Ibu ayah jangan risau, kami akan bantu dengan menyenaraikan antara minyak rambut yang terbaik untuk si manja. Jika ibu ayah berminat, klik saja untuk pembelian cepat!

Minyak Rambut Baby Terbaik
Mama’s Choice Baby Hair Vitamin Lotion
Terbaik Untuk Melebatkan Rambut
Beli di Shopee
Ardora Natural Hair Oil
Terbaik Untuk Kulit Sensitif
Beli di Shopee
Aeva Baby Hair Booster Oil
Terbaik Khusus Untuk Bayi Dengan Rambut Lambat Tumbuh
Beli di Shopee
Mamaearth Nourishing Hair Oil For Babies
Terbaik Sesuai Untuk Semua Peringkat Umur
Beli di Shopee
BUDS Flaky Scalp Oil
Terbaik Mencegah Kerak Kepala
Beli di Shopee
Joielle Baby Oil
Terbaik Melegakan Kerengsaan
Beli di Shopee
HIMALAYA Baby Hair Oil
Terbaik Menyubur Kulit Kepala Dan Rambut
Beli di Shopee
Minyak Kemiri Pati Buah Keras
Minyak Rambut Bayi Terbaik Menggunakan Khasiat Buah Keras
Beli di Shopee

Mama’s Choice Baby Hair Vitamin Lotion

Minyak Rambut Bayi Terbaik Untuk Melebatkan Rambut

Adakah anda mencari minyak rambut baby yang bukan sahaja membantu melembutkan rambut bahkan dapat memberi perlindungan kepada kulit kepala?

Mama’s Choice Baby Hair Vitamin Lotion adalah pilihan terbaik yang dapat memenuhi keperluan anda dan ianya dapat membantu menguatkan akar rambut secara efektif dan membantu pertumbuhan rambut.

Formulasi yang mesra bayi ini mengandungi aloe vera organik yang dapat memberi keselesaan kepada kulit kepala, ekstrak chamomile yang dapat melindungi kulit kepala daripada iritasi, candlenut bagi menguatkan rambut dari akar dan sweet almond yang bagus untuk pertumbuhan rambut.

Tetapi sebagai ibu pastinya akan lebih teruja dengan losyen rambut ini kerana ianya boleh menjadikan rambut si manja anda lebih sihat dan tebal tanpa sebarang penggunaan bahan yang berbahaya seperti alkohol, paraben dan bahan toksin yang lain. Untuk info tambahan, produk ini juga telah diuji dermatologi, mendapat pengiktirafan halal dan hypoallergenic.

Ia juga merupakan minyak rambut bayi untuk melebatkan rambut.

Apa yang kami suka?

  • Mengandungi aloe vera yang menenangkan ini telah mendapat pengiktirafan Ecocert Organic Certified
  • Bebas paraben, alkohol dan toksin berbahaya
  • 100% selamat untuk kulit sensitif dan diuji secara dermatologi
  • Kaya dengan bahan-bahan aktif semulajadi
  • Mampu melebatkan rambut bayi
  • Diyakini Halal

Ardora Natural Hair Oil

Minyak Rambut Bayi Terbaik Untuk Kulit Sensitif 

Minyak rambut Ardora Natural berfungsi merawat rambut si manja agar sentiasa lembut dan boleh menggalakkan pertumbuhan rambut. Pada masa yang sama, produk ini sesuai digunakan untuk yang mengalami kulit sensitif di samping mengatasi masalah kulit kepala berkerak.

Rambut si manja pun akan tampak sihat dan bersinar sepanjang penggunaan Ardora Hair Oil!

Apa yang kami suka?

  • Telah diuji di makmal
  • Lulus KKM
  • Tanpa alkohol, pewangi dan minyak mineral
  • Jimat penggunaan sehingga 74 pam
  • Melebatkan rambut bayi
  • Menghalang pori-pori rambut tersumbat
  • Mengatasi masalah kulit kepala berkerak
  • Mengelakkan masalah cukur bantal
  • Memberi protein kepada rambut
  • Menghasilkan rambut sihat dan kuat
  • Sesuai digunakan untuk seisi keluarga yang mempunyai masalah rambut gugur

Aeva Baby Hair Booster Oil

Minyak Rambut Bayi Terbaik Khusus Untuk Bayi Dengan Rambut Lambat Tumbuh

Aeva Baby Hair Booster Oil dikhususkan untuk si manja yang mengalami rambut lambat tumbuh, disamping merawat masalah kulit kepala berkerak.

Penggunaan minyak rambut Aeva secara konsisten akan menggalakkan pertumbuhan protein yang bagus untuk rambut, menghasilkan rambut yang kuat dan sihat.

Apa yang kami suka?

  • 100% berasaskan organik mentah
  • Lulus KKM
    Tanpa alkohol, pewangi dan minyak mineral
  • Menggalakkan pertumbuhan rambut bayi
  • Mencegah liang kulit kepala tersumbat
  • Merawat masalah kulit kepala berkerak
  • Perlindungan untuk rambut
  • Menggalakkan protein rambut
  • Rambut yang kuat dan sihat
  • Sesuai untuk kulit sensitif

Mamaearth Nourishing Hair Oil For Babies

Minyak Rambut Bayi Terbaik Sesuai Untuk Semua Peringkat Umur

Minyak rambut baby dari Mamaearth bertindak menyuburkan kulit kepala dan membantu dalam peredaran darah yang lebih baik. Kandungan minyak Vitamin E dan Avocado melembapkan rambut dari dalam sambil memperbaiki tekstur.

Minyak kelapa bukan hanya menjadikan rambut lembut tetapi juga menenangkan kulit kepala dan membantu menghilangkan kelemumur serta kerak pada kepala bayi.

Menariknya, ia sesuai untuk kanak-kanak dari semua peringkat umur dan semua jenis rambut!

Apa yang kami suka?

  • 100% semula jadi
  • Diuji secara dermatologi
  • Dijamin selamat
  • Tekstur ringan dan tidak melekit
  • Dimuat dengan kebaikan semula jadi almond, jojoba, dan sesame Oil
  • Bebas silikon, parabens, phthalates, minyak mineral, minyak tengik, dll

BUDS Flaky Scalp Oil

Minyak Rambut Bayi Terbaik Mencegah Kerak Kepala

Minyak perawatan khas keluaran Buds yang yang mudah diserap dan melembapkan ini akan membantu mencegah kerak di kepala dan melegakan ketidakselesaan yang ada, yang disebabkan oleh kekeringan dan pertumbuhan bayi yang cepat dilalui dalam beberapa bulan pertama kehidupan.

Selain itu, ia mengandungi minyak zaitun, minyak bunga matahari, dan minyak inca inchi yang secara semula jadi hebat untuk menyuburkan rambut dan kulit kepala.

Apa yang kami suka?

  • Produk organik yang diperakui oleh Ecocert
  • Semula jadi, selamat & berkesan
  • Memberikan kelembapan pada kulit kepala
  • Tenpa steroid
  • Tiada pengawet tambahan

Joielle Baby Oil

Minyak Rambut Bayi Terbaik Melegakan Kerengsaan

Joielle Baby Oil berfungsi dengan pantas untuk mengembalikan dan mengunci kelembapan dengan kandungan minyak botani dan herba semula jadi.

Minyak kelapa dan vitamin E dalam produk ini memberikan khasiat pada kulit si manja, sementara ekstrak lidah buaya menenangkan kulit kepala dari kerengsaan dan kekeringan.

Apa yang kami suka?

  • Bahan semulajadi
  • Membantu menghindarkan dan membersihkan kupin kepala bayi anda
  • Mudah diserap oleh kulit
  • Membantu mengembalikan kelembapan kulit bayi
  • Diperkaya dengan khasiat Alor Vera dan Vitamin E
  • Sesuai digunakan sebagai minyak untuk mengurut bayi

HIMALAYA Baby Hair Oil

Minyak Rambut Bayi Terbaik Menyubur Kulit Kepala Dan Rambut

Minyak rambut Bbyi Himalaya diformulasikan khas untuk bayi dan direka untuk menyuburkan kulit kepala dan rambut.

Dengan minyak dan ramuan campuran, Minyak Rambut Bayi Himalaya mendorong pertumbuhan rambut, membantu menyuburkan rambut, mencegah kekeringan dan menjaga kelembapan kulit kepala yang lembut.

Apa yang kami suka?

  • Dibuat daripada bahan semulajadi
  • Diuji secara klinikal.
  • Tidak melekit dan tidak bernoda.
  • Bebas dari warna sintetik, minyak mineral, phthalates, parabens, alkohol
  • Membantu pertumbuhan rambut yang sihat dan pertumbuhan semula rambut yang rosak
  • Mencegah kehilangan kelembapan dari rambut dan dengan itu memberikan pelembapan
  • Membantu meningkatkan kepadatan rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut

Minyak Kemiri Pati Buah Keras

Minyak Rambut Bayi Terbaik Menggunakan Khasiat Buah Keras

Minyak Kemiri adalah minyak yang diperbuat daripada buah keras bermutu tinggi yang dirumuskan khas untuk melebatkan rambut bayi mahupun orang dewasa malah boleh digunakan seisi keluarga.

Rambut bayi lebih lebat, lebih hitam dan berkilat walaupun masih kecil. Ramuan yang digunakan adalah 100% minyak buah keras asli. Tiada campuran lain bahkan minyak diperah terus daripada buah keras secara ‘cold press’ bagi mengekalkan nutrien untuk pertumbuhan rambut yang maksimum.

Apa yang kami suka?

  • Melebatkan, melembutkan dan menguatkan rambut bayi.
  • Boleh juga digunakan untuk melebatkan kening bayi.
  • Merangsang akar rambut untuk tumbuh rambut baru.
  • Merawat masalah kulit kering kepala bayi secara semulajadi.
  • 100% organik dan diperbuat daripada buah keras asli.
  • Ramuan tradisional turun temurun.
  • Tidak mengandungi bahan kimia. Tanpa pengawet, pewarna dan pewangi.
  • Halal dan selamat

Perbandingan Harga Minyak Rambut Bayi Terbaik

Jenama Isi Kandungan (ml) Harga (RM/sebotol)
Mama’s Choice Baby Hair Vitamin Lotion 100 RM32.20
Ardora Natural Hair Oil 30 RM67.00
Aeva Baby Hair Booster Oil 40 RM55.00
Mamaearth Nourishing Hair Oil For Babies 100 RM27.63
BUDS Flaky Scalp Oil 100 RM71.30
Joielle Baby Oil 250 RM37.00
HIMALAYA Baby Hair Oil 100 RM25.00
Minyak Kemiri Pati Buah Keras
30 RM18.80

Manfaat Urutan Kepala Bayi Dengan Minyak Rambut

Walau bagaimanapun, bayi mempunyai kulit kepala yang sensitif dan sebilangannya dilahirkan botak, sementara ada yang kepala penuh dengan rambut.

Selain penggunaan syampu rambut bayi, mengaplikasikan mintak rambut bayi setiap kali selepas mandi juga membantu dalam penjagaan rambut si manja.

Berikut merupakan beberapa manfaat mengurut kepala dengan minyak rambut:

  • Urutan minyak kulit kepala baik untuk kesihatan kulit kepala, kerana mengurut meningkatkan peredaran darah ke pori-pori rambut.
  • Membantu bayi tidur.
  • Melembapkan kulit kepala dan mencegah pembentukan kelemumur.

Buat bayi, disarankan untuk memilih minyak yang baik dan diperbuat daripada bahan semula jadi yang ternyata lebih selamat, untuk pertumbuhan rambut pada bayi dan faedah lain yang diinginkan.

Cara Melebatkan Rambut Bayi Secara Semula Jadi

Terdapat beberapa cara selain menggunakan minyak rambut bayi agar lebat, beberapa daripadanya termasuk yang berikut.

1. Vitamin E

Kajian menunjukkan yang selain daripada baik untuk kulit, Vitamin E juga membantu di dalam pertumbuhan rambut dengan baik dan digunakan di dalam banyak prodyj penjagaan rambut.

2. Gunakan tuala yang lembut

Salah satu cara lebatkan rambut bayi adalah dengan menggosok rambut bayi. Namun, ketahuilah yang mana menggosok rambut bayi yang kering dengan tuala kasar boleh merosakkan folikel rambut dan menyebabkan rambut menipis dan gugur. Sebaliknya, gunakan tuala yang lembut dan gosok dengan ringan ke atas rambut bayi yang basah, untuk mengelakkan kerosakan lain pada kulit dan rambut si comel.

3. Badam

Badam adalah sumber protein yang baik dan asid amino penting. Cuba berikan kanak-kanak kecil 2 ke 3 biji badam sehari untuk meningkatkan pertumbuhan rambut. Anda juga boleh menggunakan minyak badam untuk mengurut kepala bayi.

4. Zat besi

Besi adalah nutrien penting yang membantu memperbaiki pertumbuhan rambut, berikutan ia mencegah rambut patah, membawa kepada rambut lebih tebal dan panjang. Termasuk bahan-bahan yang kaya di dalam besi di dalam diet kanak-kanak, seperti sayuran hijau, kekacang, labu dan lebih lagi.

5. Dandanan

Hanya perlu lalukan sikat secara perlahan-lahan pada kulit kepala anak anda juga boleh merawat pertumbuhan rambut. Ia boleh memperbaiki peredaran darah pada kulit kepala. Anda juga boleh memotong rambut mereka untuk kelihatan kemas.

Walau bagaimanapun, memotong atau mencukur rambut tidak menjanjikan peningkatan pertumbuhan rambut. Memotong rambut hanya boleh membantu di dalam memastikan ia kelihatan kemas dan memberikan penampilan tebal dan lebat.

6. Cuci selalu

Adalah baiknya untuk mencuci rambut anak anda dengan shampu bayi sekali di dalam setiap dua ke tiga hari untuk mengurangkan pengumpulan debu dan memastikan kulit kepala bersih. Sentiasa gunakan air suam dan yang tidak terlalu panas, dan tidak terlalu sejuk, untuk memastikan anak anda bebas daripada rasa tidak selesa.

7. Minyak rambut

Minyak dan mengurut membantu dengan peredaran darah dan menyediakan lembapan sepatutnya untuk tumbesaran rambut sihat. Anda juga boleh menggunakan minyak organik kelapa untuk hasil yang terbaik atau mana-mana minyak lain yang anda pilih.

8. Conditioner

Anda boleh gunakan conditioner rambut, jika rambut anak anda terlalu kerinting dan lebat. Conditioner yang mesra kanak-kanak  tidak hanya boleh membantu di dalam menguruskan rambut setiap hari, tetapi jika menyediakan nutrien penting kepada kulit kepala.

Ia juga membantu di dalam membuang flakes. Ia satu idea yang bijak untuk mencuba beberapa conditioner semulajadi seperti telur, bunga raya dan yogurt. Ia tidak mengandungi sebarang bahan kimia berbahaya yang boleh membahayakan bayi dan berkesan dalam melembutkan rambut.

9. Aloe Vera

Semua orang tahu yang aloe vera berfungsi seakan magis di atas kulit, tetapi ia juga boleh membantu di dalam pertumbuhan rambut. Anda boleh sama ada menggunakan jus Aloe Vera terus ke atas kulit kepala bayi atau mencampurkannya dengan shampu atau conditioner untuk hasil yang terbaik.

10. Cuba produk yang berbeza

Rambut hadir dalam pelbagai jenis dan tekstur berbeza. Sementara satu shampu dan condituiber adalah sesuai untuk berambut kerinting, ia juga mungkin tidak sesuai untuk rambut lurus.

Walaubagaimanapun, produk sepenuhnya terhadap bayi adalah bebas dari bahan kimia dan selamat digunakan.

Cuba produk yang berbeza, sehingga anda menemui satu yang sangat sesuai dengan rambut anak anda, bukannya dengan kekal dengan satu produk. Cuba dapatkan sachet yang berbeza shampu dan conditioner dan cuba gunakan satu yang lain setiap minggu. Anda juga akan pada akhirnya tahu yang mana sesuai dengan anak anda.

Semoga bermanfaat!

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Rambut Bayi Lambat Tumbuh, Siap Ada Kesan Botak Di Tengah Kepala, Ini Tips Untuk Ibu Ayah

Baca juga: Amalkan Makanan Ini Ketika Hamil Jika Ibu Ingin Bayi Lahir Dengan Rambut Lebat & Sihat

Baca juga: Cara Cukur Rambut Bayi Baru Lahir Yang Betul Agar Tidak Terluka & Benar-Benar Bersih

Penulis

Nursyamimi