6 Pilihan Minyak Wangi Perempuan Terbaik Untuk Ibu Hamil Kurangkan Rasa Loya

Semasa hamil, deria bau ibu juga turut sama berubah. Jadi, pencarian minyak wangi perempuan yang baharu adalah perkara yang biasa dilakukan oleh ibu hamil. Kami kongsikan 6 pilihan terbaik untuk ibu cuba.

Ramai ibu hamil mengadu yang semasa hamil, deria bau mereka menjadi lebih sensitif dan berbeza sehinggakan minyak wangi perempuan kegemaran yang sudah dipakai bertahun-tahun pun boleh dianggap busuk tiba-tiba. 

Bukan itu sahaja, ada juga ibu hamil yang alah dengan bau badan suami sendiri, bau minyak panas, dan bau nasi yang sedang mendidih. Memang lucu dan aneh kisah pembawakan budak ni!

Adakah Minyak Wangi Perempuan Selamat Untuk Ibu Hamil?

Sesetengah ibu hamil khuatir dengan penggunaan minyak wangi perempuan semasa hamil. Adakah ia selamat untuk ibu dan bayi dalam kandungan atau tidak?

Persoalan ini tidak mempunyai jawapan yang jelas kerana setakat ini, tiada kajian saintifik atau klinikal khusus yang mendedahkan kesan bahaya penggunaan parfum di kalangan ibu hamil pernah dilakukan. Namun, ibu harus berhati-hati dengan bahan kimia dalam kumpulan phthalates yang biasanya ada dalam minyak wangi.

Bahan Berbahaya Dalam Minyak Wangi Perempuan Yang Ibu Hamil Perlu Elak

Walaupun tiada kajian khusus dilakukan, beberapa penulisan menerangkan, ibu harus elak daripada menggunakan minyak wangi perempuan yang mengandungi phthalates. Phthalates adalah bahan kimia yang digunakan secara meluas dalam bidang manufacturing dengan tujuan yang berbeza. 

Bahan kimia ini biasanya terdapat dalam pelbagai jenis produk plastik, barang perubatan, produk kecantikan, minyak wangi dan macam-macam lagi. Dalam penghasilan minyak wangi, phthalates digunakan untuk buat parfum itu bertahan untuk tempoh yang lebih lama. 

Walau bagaimanapun, pengeluar minyak wangi jarang sekali mendedahkan campuran rahsia untuk produk keluaran mereka. Jadi, agak sukar untuk ibu dapatkan maklumat sama ada minyak wangi perempuan itu bebas daripada phthalates atau tidak.

Sama seperti situasi lain, penggunaan produk organik, natural dan tanpa bahan kimia berlebihan adalah pilihan yang lebih selamat untuk digunakan oleh ibu hamil.

6 Minyak Wangi Perempuan Terbaik Untuk Ibu Hamil

Deria bau ibu semasa hamil biasanya berlipat kali ganda lebih sensitif berbanding orang lain dan waktu lain. Seringkali, bau-bauan yang tidak kena dengan selera akan buat ibu mabuk teruk dan muntah-muntah. 

Jadi, amat penting untuk ibu hamil pilih parfum yang sesuai dengan selera yang berubah semasa dalam tempoh 40 minggu ini. Bau yang selesa akan buat ibu rasa lebih selesa dan ceria sepanjang hari.

6 Minyak Wangi Perempuan Terbaik Untuk Ibu Hamil
Lilith and Eve Daisy EDP
Minyak Wangi Perempuan Tahan Lama
BELI DI SHOPEE
​​AGift Steel Magnolia EDT
Minyak Wangi Perempuan Untuk Pakai Ke Pejabat
BELI DI SHOPEE
Elianto Stay Stunning EDP
Minyak Wangi Perempuan Dengan Aroma Citrus
BELI DI SHOPEE
Jo Malone London English Pear & Freesia Cologne
Minyak Wangi Perempuan Eksklusif Kegemaran Ramai
BELI DI SEPHORA
The Body Shop Apricot & Agave Hair & Body Mist
Minyak Wangi Perempuan Untuk Rambut Dan Badan
BELI DI LAZADA
Yves Rocher Raspberry & Peppermint Perfumed Body & Hair Mist
Minyak Wangi Perempuan Terbaik Pakai Berulang Kali
BELI DI LAZADA

Lilith and Eve Daisy EDP

Minyak Wangi Perempuan Tahan Lama

Minyak wangi jenama Lilith dan Eve ini terinspirasi daripada parfum terkenal Daisy oleh Marc Jacobs. Dengan kombinasi yang hampir sama, minyak wangi perempuan ini mempunyai note aroma strawberry, violet leaf, ruby red grapefruit, musk, white woods dan vanila.

Bagi ibu hamil yang mempunyai masalah morning sickness, minyak wangi ini amat sesuai untuk buat ibu rasa segar kerana gandingan aroma dalam parfum ini tidak meloyakan. Selain itu, parfum ini juga sesuai untuk dipakai ke pejabat kerana baunya yang berciri kewanitaan dan elegan.

Apa yang kami suka:

  • Mengandungi 15%-20% kadar konsentrasi dalam setiap botol.
  • Tidak berbau pelik apabila bercampur dengan peluh.
  • Boleh bertahan sehingga 4-5 jam jika disembur pada kulit.

​​AGift Steel Magnolia EDT

Minyak Wangi Perempuan Untuk Pakai Ke Pejabat

Steel Magnolia yang dikeluarkan oleh AGift ini adalah minyak wangi signature jenama ini. Aroma bunga segar dalam minyak wangi ini amat sesuai untuk dipakai semasa di rumah atau keluar untuk selesaikan urusan harian.

Selain itu, minyak wangi ini juga mempunyai note aroma yang evergreen – tidak terlalu klasik, dan tidak terlalu keremajaan. Jadi, ia amat sesuai untuk anda gunakan sebagai parfum harian anda.

Apa yang kami suka:

  • Bau yang kuat dan tahan lama apabila disembur pada kulit dan pakaian.
  • Tidak meninggalkan kesan pada pakaian.
  • Aroma yang lembut, tidak tajam pada hidung walaupun semasa baru sembur.

Elianto Stay Stunning EDP 

Minyak Wangi Perempuan Dengan Aroma Citrus

 

Ramai ibu hamil lebih selesa dengan bau citrus, kerana bau itu boleh membantu buat ibu kurang rasa mual. Aroma mandarin adalah top note yang digunakan dalam minyak wangi perempuan ini, menjadikannya pilihan terbaik untuk ibu hamil.

Selain itu, minyak wangi ini juga tidak mempunyai aroma yang terlalu tajam semasa mula-mula disembur, mahupun selepas beberapa jam. Parfum ini datang dalam botol kecil 30ml yang mudah untuk disimpan dalam bag tangan.

Apa yang kami suka:

  • Harga yang berpatutan untuk bau yang tahan lama.
  • Sesuai untuk dipakai pada waktu siang dan malam.
  • Boleh bertahan selama 4-5 jam.

Jo Malone London English Pear & Freesia Cologne

Minyak Wangi Perempuan Eksklusif Kegemaran Ramai

Jo Malone memang terkenal dengan produknya yang eksklusif dan lain daripada yang lain. Minyak wangi perempuan English Pear & Freesia keluaran jenama ini adalah aroma signature jenama ini yang menjadi kegemaran ramai wanita.

Minyak wangi ini mempunyai kombinasi aroma yang unik yang sesuai untuk suasana tenang dan romantik. Jadi, pada hari istimewa anda, pilih minyak wangi ini untuk bantu anda ingat dan kaitkan dengan momen indah pada hari istimewa itu.

Apa yang kami suka:

  • Bau bunga yang tidak terlalu kuat, cukup untuk buat anda rasa selesa.
  • Sesuai untuk dipakai bersama minyak wangi lain keluaran Jo Malone untuk hasilkan bauan anda tersendiri.
  • Bau akan tahan sepanjang hari jika disembur pada rambut.

The Body Shop Apricot & Agave Hair & Body Mist

Minyak Wangi Perempuan Untuk Rambut Dan Badan

Aroma manis dan menaikkan semangat adalah bau yang akan anda dapat apabila anda menggunakan minyak wangi Apricot dan Agave oleh The Body Shop ini. Berbeza dangan minyak wangi yang lain dalam senarai ini, produk ini adalah lebih ringan kerana konsentrasinya yang kurang berbanding parfum biasa.

Dikategorikan sebagai hair and body mist, produk ini sesuai dipakai pada seluruh badan dan rambut anda. Jadi, anda akan mempunyai bau yang konsisten dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Apa yang kami suka:

  • Boleh mengurangkan bau hamis badan apabila berpeluh.
  • Sesuai dengan selera ibu hamil yang sensitif dengan pelbagai aroma.
  • Semburan yang luas, mudah untuk sembur secara sekata pada badan dan rambut

Yves Rocher Raspberry & Peppermint Perfumed Body & Hair Mist

Minyak Wangi Perempuan Terbaik Pakai Berulang Kali

Parfum yang ini menjadi kegemaran wanita, khususnya yang sedang hamil kerana aroma peppermint atau pudinanya yang menyegarkan. Kebanyakkan wanita hamil mengakui yang aroma pudina boleh mengurangkan rasa loya dan memotong bau kurang enak selepas muntah.

Yang menariknya lagi tentang minyak perempuan ini, ia diformulasikan dengan aroma buah raspberry. Semestinya gandingan aroma fruity dan minty ini memang menyegarkan untuk dipakai berulang kali, sepanjang hari.

Apa yang kami suka:

  • Sesuai dipakai di seluruh badan dan juga rambut, termasuk juga untuk wanita berhijab.
  • Tidak menghasilkan bau pelik walaupun anda berpeluh.
  • Bau peppermint yang jelas, asli dan tidak terlalu tajam sehingga menyakitkan hidung.

Perbandingan Harga

Jenama Harga (RM)
Lilith and Eve Daisy EDP RM37.80 
​​AGift Steel Magnolia EDT RM42.25
Elianto Stay Stunning EDP RM28.00
Jo Malone London English Pear & Freesia Cologne RM310.00
The Body Shop Apricot & Agave Hair & Body Mist  RM89.00
Yves Rocher Raspberry & Peppermint Perfumed Body & Hair Mist RM65.00

Tips Untuk Ibu Hamil Kekal Segar Sepanjang Hari

Ramai ibu hamil yang berdoa dan mengharapkan tempoh hamil yang selesa dan penuh dengan memori indah. Namun, alahan dan mabuk semasa hamil kadangkala boleh buat mood ibu menjadi murung dan badan terasa lesu. Jika anda juga sedang melalui episod ini, cuba amalkan beberapa tips mudah ini untuk kekal segar, ceria dan bertenaga sapanjang hari.

1. Senaman ringan atau aktiviti fizikal kegemaran anda pada waktu pagi

Brisk walking pada waktu pagi, sama ada di atas mesin treadmill atau di luar adalah aktiviti kardio ringan yang bagus untuk anda. Atau, jika anda suka berkebun, ia juga pilihan yang bagus untuk anda lakukan setiap hari. Yang penting, mulakan hari dengan aktiviti fizikal yang anda suka.

2. Gosok gigi dan jaga kebersihan mulut

Secara umumnya, doktor gigi menyarankan kita untuk gosok gigi dua kali setiap hari. Tetapi, jika anda kerap muntah, jangan lupa untuk bersihkan mulut dengan teliti untuk menghilangkan aftertaste itu. Pilih ubat gigi untuk ibu hamil yang menggunakan formulasi lebih mild dan kumur dengan cecair pencuci mulut.

3. Amalkan pemakanan yang sihat

Pernah dengar istilah “you are what you eat"? Ia menerangkan yang jika anda mengamalkan diet yang sihat, anda pasti rasa lebih sihat. Jadi, cuba tingkatkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan protein yang baik semasa anda hamil.

4. Pakai wangi-wangian untuk ceriakan mood anda

Tidak kira sama ada anda ialah suri rumah atau wanita bekerjaya, pakai wangi-wangian yang buat anda rasa selesa dan lebih yakin untuk berjumpa dengan orang. Tetapi ingat, jangan campur terlalu banyak produk yang mempunyai pewangi kerana campuran yang tidak sesuai juga boleh meloyakan.

Semoga artikel ini bermanfaat buat ibu hamil di luar sana.

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Risau Kaki & Tangan Bengkak Ketika Hamil, Ini Rawatan Semulajadi Ibu Boleh Praktis Di Rumah

Baca juga: Cara Cara Mengatasi Masalah Badan Berbau Ketika Hamil : Pastikan Anda Cukup Minum Air

Baca juga: Naik Kapal Terbang Dengan Anak Kecil, Ibu Ini Kongsi 8 Persediaan Travel Jauh Tanpa Suami

Penulis

Najibah