Pengalaman bersalin sememangnya amat berbeza buat setiap ibu yang mengalaminya. Ada yang tiada masalah langsung dan gembira melalui saat berpantang namun tidak kurang juga yang bermuram durja kerana terpaksa ikut mitos bersalin yang diamalkan oleh nenek moyang.
Memang ada pantang larang yang baik, tetapi ada juga yang sudah tidak relevan dengan zaman kini dan hanya menyebabkan ibu lepas bersalin jadi lebih stres malah lebih teruk mengundang kepada kemurungan.
Mungkin ada ibu-ibu yang bila terbaca artikel ini akan boleh relate dengan segala pantang larang yang buat anda pening kepala semasa tempoh berpantang. Jom kita tengok petua yang sebenarnya boleh dianggap mitos yang diamalkan turun temurun oleh wanita baru lepas bersalin. Jom baca lebih lanjut apa sebenarnya yang menjadi mitos tetapi tetap diamalkan turun-temurun.
Isi Kandungan
Mitos Bersalin Yang Masih Ramai Percaya
Ada beberapa perkara yang masih ramai percaya walaupun ia kedengaran tidak logik. Antaranya termasuklah:
#1. C-sections adalah jalan mudah bersalin
Wanita yang bersalin dengan kaedah pembedahan atau C-section dikatakan memerlukan masa sembuh yang lebih lama berbanding mereka yang bersalin normal.
Pembedahan ini bukan saja lebih sukar untuk dijaga lepas bersalin, malah c-section juga mempunyai risiko darah beku, kehilangan darah dan jangkitan. Jadi, bagaimana pembedahan perut yang major ini boleh dianggap sebagai alternatif mudah berbanding bersalin normal?
Ia biasanya adalah pilihan terakhir para doktor yang mana ia biasanya dibuat bila ibu dan bayi alami komplikasi.
#2. Bersalin secara natural bermakna melalui vagina sahaja
Ramai yang menganggap bersalin secara natural bermaksud bersalin secara semulajadi dengan meneran keluar dari vagina saja. Namun, banyak ibu bersalin normal menggunakan ubat-ubatan dan epidural, jadi adakah ia masih natural?
Bagaimana jika seseorang ibu itu bersalin melalui vagina, tidak menggunakan ubat-ubatan, tetapi air ketubannya dipecahkan di hospital?Bagaimana pula jika menggunakan forsep? Adakah ia masih natural?
Bukankah lebih baik jika masyarakat menerima saja tidak kira bagaimana ibu tersebut bersalin, semuanya adalah natural? Semua cara bersalin adalah natural.
#3. Anda lebih berisiko untuk c-section jika ambil epidural
Jika anda mengambil epidural dan sudah lama berada dalam bilik bersalin, tapi masih mahu bersalin normal, tanya doktor anda jika ia selamat atau tidak. Jika tiada apa-apa masalah, anda boleh bersalin normal.
#4. Anda seorang ibu yang tidak tahan sakit/lemah jika ambil epidural
Setiap orang adalah lain-lain, janganlah pukul rata semua orang adalah sama. Malah banyak faktor yang menyumbang kepada rasa sakit semasa bersalin. Menurut Fit Pregnancy, genetik memainkan peranan penting dalam sakit besalin.
Pokok pangkalnya, ibu yang menyambil epidural bukanlah lemah. Kesakitan yang mereka rasa, tiada siapa tahu dan tiada siapa layak menghukum.
#5. Anda tak boleh makan & minum masa dalam bilik bersalin
Ini adalah sangat tidak betul. Bersalin bukanlah sesuatu yang mudah, ia memerlukan tenaga. Malah menurut American Society of Anesthesiologists (ASA), sekiranya tiada komplikasi, tidak mengapa untuk seorang ibu yang sihat makan di dalam bilik bersalin.
#6. Kelahiran songsang melalui vagina tidak selamat
Ramai bidan yang masih menguruskan kelahiran songsang melalui vagina tapi ia bergantung kepada jenis songsang. Laman sesawang American Pregnancy menyatakan yang adalah terbaik untuk memusingkan bayi yang songsang di antara minggu 32 hingga minggu 37 kehamilan.
Namun ia hanya boleh dilakukan jika tiada masalah perubatan untuk memusingkan bayi tersebut.
#7. Bersalin normal selepas pernah C-section tidak selamat
Hanya kerana anda pernah melahirkan bayi melalui prosedur C-section, tidak bermakna anda harus bersalin anak yang seterusnya dengan kaedah yang sama.
Menurut Mayo Clinic, 60 hingga 80% wanita yang pernah mencuba VBAC atau kelahiran normal akan berjaya. Tapi, sudah tentu penting untuk berbincang dengan doktor anda terlebih dahulu.
#8. Kelahiran ke-2 lebih mudah
Majalah Parents menyatakan yang kelahiran untuk anak kedua adalah lebih sekejap berbanding yang pertama kerana serviks tidak keras dahulu. Namun, lain kehamilan, lain prosesnya.
#9. Anda akan terus ada jalinan ikatan dengan bayi
Bagi sesetengah ibu, mereka memerlukan masa. Menurut WebMD, lebih kurang 20% ibu bapa tidak dapat merasakan “ikatan” perhubungan dengan bayi mereka pada beberapa jam pertama selepas bersalin.
Malah untuk sesetengah yang lain, mereka memerlukan masa selama beberapa minggu! Tidak apa yang perlu dimalukan. Ia adalah normal dan jangan bandingkan diri anda dengan orang lain hingga membuatkan anda rasa rendah diri.
Mitos Bersalin Yang Dianggap Biasa Tapi Boleh Jadi Bahaya
#1. Tidak dibenarkan mandi kerana angin akan masuk ke dalam badan
Ibu boleh mandi selama mana yang dia mahu, namun janganlah sehingga memudaratkan atau sehingga anda kesejukan pula jadinya. Ibu dalam pantang biasanya akan mengalami peluh yang banyak, jadi mereka perlu tampil segar dan bersih.
Sekiranya tidak mandi, pelbagai kekotoran akan timbul yang mana boleh membahayakan ibu dan bayi.
#2. Tidak dibenarkan mencuci rambut semasa berpantang
Mengikut adat kaum cina, ibu sedang berpantang tidak dibenarkan mencuci rambut sekurangnya 30 hari. Namun perkara ini sudah tidak ramai yang buat kerana ia hanya akan mendatangkan ketidakselesaan kepada ibu hamil.
Dengan keadaan cuaca zaman sekarang yang tidak menentu, ibu hamil mungkin akan berasa sangat tidak selesa jika rambut tidak dibasuh dalam tempoh yang lama sehingga sebulan.
#3. Hanya boleh membasuh rambut saya dalam air yang telah direbus halia
Halia ialah sejenis rempah berakar dengan rasa pedas, yang memiliki sifat perubatan dan manfaat kesihatan. Namun, tidak perlulah sehingga merendam rambut anda di dalamnya.
Namun, jika ibu mahu cuba juga, pastikan air halia itu dilap kering sebelum anda menyentuh bayi ya!
#4. Tidak boleh minum air kosong
Ibu perlu minum air yang mencukupi kerana ia penting untuk kekal terhidrat dan membantu penghasilan susu ibu. Menurut doktor, tiada istilah vagina ‘becak’ kerana ibu minum air ketika berpantang.
#5. Tidak boleh keluar rumah selama 1 bulan
Untuk mengelakkan badan masuk angin, mengikut adat kaum cina ibu berpantang tidak boleh keluar rumah. Ini juga terpakai dalam pantang larang kaum Melayu dan India untuk ibu berpantang.
Namun zaman telah berubah, ada ibu yang perlu menguruskan anak-anak kerana suami bekerja jauh, jadi mahu atau tidak, apabila sudah sihat mereka perlu juga keluar walaupun belum cukup sebulan.
#6. Tidak boleh guna pendingin hawa
Tidur di bawah kipas dan aircond juga tidak dibenarkan, malah ibu perlu memakai pakaian yang tebal dan sarung kaki. Tetapi dalam keadaan cuaca tidak menentu kini, ibu boleh pertimbangkan untuk buka aircond dan kipas jika terlalu panas.
#7. Tidak boleh membaca dan menonton television
Ia cibimbangi mengjejaskan penglihatan sedang berpantang.
#8. Dilarang memasuki dapur dan tidak boleh membuat kerja-kerja rumah
Ini kerana tidak mahu ibu lepas bersalin buat kerja berat kerana dikhuatiri akan menyebabkan bentan. Namun, sekiranya ibu larat, tiada masalah untuk diteruskan mengambil kira keadaan kesihatan ibu pada tahap optimum.
#9. Tidak boleh melakukan hubungan seks selama 40 hari ada juga yang berpendapat tidak boleh bersama selama 100 hari
Ini ada benarnya. Namun ada juga pasangan yang sudah melakukan seks apabila si isteri sudah bersedia walaupun kurang 40 hari.
#10. Halia menyebabkan penyakit kuning kerana dikatakan boleh meningkatkan kandungan bilirubin yang melambatkan kuning bayi turun
Kandungan bilirubin bergantung kepada keupayaan hati bayi untuk memecahkan sel darah merah.
#11. Senaman dan regangan akan menyebabkan sakit belakang dan elakkan senaman postpartum yang berimpak tinggi seperti berlari atau lari pecut
Bila bersenam, pastikan anda peka dengan badan anda. Jika rasa tidak larat berhentilah. Tidak bermakna jika mengandung anda tidak boleh teruskan aktiviti kegemaran.
Moga semuanya baik-baiksaja untuk anda dan memberi manfaat kepada anda.
Artikel ini mendapat kebenaran dari theAsianParent Singapore untuk diterjemahkan.
- Sassy Mama.(October 04, 2019).More than just the Baby Blues: Postpartum Depression Resources in Singapore.www.sassymamasg.com/postpartum-depression-in-singapore-resources/
- More Mindful.(n.d).Counselling For Postpartum Depression.www.moremindful.me/depression
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 6 Makanan Dalam Pantang Bersalin Normal Yang Patut Diambil & Dielak
Baca juga: 8 Senaman Kardio Terbaik Untuk Ibu Hamil, Boleh Kurangkan Sakit Belakang & Bengkak Kaki
Baca juga: Petua Hamil Yang Popular Tapi Sebenarnya Mitos! Hati-Hati Ya, Jangan Terlalu Percaya