Berus Gigi Sahaja Tidak Cukup, Ini 8 Mouthwash Terbaik Untuk Kumur Mulut Supaya Nafas Berbau Segar Setiap Masa

Risau dengan masalah mulut berbau? Selain menggosok gigi dua kali sehari, penggunaan mouthwash juga penting bagi memastikan nafas sentiasa segar sepanjang hari!

Cecair kumur mulut atau mouthwash adalah produk cecair yang digunakan untuk membilas gigi, gusi, dan mulut. Biasanya kumur mulut terbaik mengandungi antiseptik untuk membunuh bakteria berbahaya yang hidup di antara celah gigi dan di atas permukaan lidah.

Penggunaan kumur mulut biasanya mensasarkan pada plak gigi, atau bakteria yang tidak dapat dilihat pada gigi kita yang boleh membentuk menjadi tartar keras. Ini boleh menyebabkan Gingivitis dan penyakit gusi, radang gusi, pereputan dan kehilangan gigi, dan penyakit periodontal jika tidak dibilas dengan baik.

Bahan antiseptik yang terkandung di dalam ubat kumur seperti cetylpyridinium chloride (CPC), sodium chloride, menthol, eucalyptol, dan fluoride semuanya berfungsi untuk membasmi bakteria buruk di dalam mulut.

Memilih Cecair Kumur Mulut Terbaik Di Pasaran

Kumur mulut bukanlah menggantikan proses menggosok gigi dari segi kebersihan mulut dan ia hanya berkesan apabila digunakan dengan betul. Penting juga untuk anda faham bahawa formula produk yang berbeza mengandungi ramuan yang berbeza, malah tidak semua ubat kumur dapat menguatkan gigi.

Semasa memilih ubat kumur mulut, perkara pertama yang perlu dipertimbangkan adalah apakah masalah yang anda hadapi. Antaranya:

1. Nafas berbau

Sekiranya masalah utama anda adalah nafas berbau, penggunaan ubat kumur kosmetik adalah bagus untuk meningkatkan keyakinan anda semasa perjumpaan petang yang penting itu.

2. Mulut kering

Sekiranya anda mengambil ubat atau mempunyai keadaan yang menyebabkan mulut kering sebagai kesan sampingan, gunakan ubat kumur yang dihasilkan untuk memberikan keselesaan mulut selama berjam-jam tanpa pengeringan.

3. Masalah plak atau gusi

Pilih ubat kumur yang mengandung fluorida atau yang mempunyai bahan aktif lain yang melawan bakteria.

Banyak produk mempunyai pelbagai ramuan untuk merawat keadaan tertentu atau kesihatan gigi secara keseluruhan. Beberapa ramuan dalam mencuci mulut termasuk:

  • Fluorida melawan kerosakan gigi dan menguatkan enamel.
  • Cetylpyridinium klorida menghilangkan bau mulut dan membunuh bakteria.
  • Klorheksidin mengurangkan plak dan mengawal radang gusi.
  • Minyak pati seperti mentol (pudina), kayu putih, dan timol (thyme), yang mempunyai sifat antikulat dan antibakteria
  • Karbamida peroksida atau hidrogen peroksida yang memutihkan gigi.
  • Chlorhexidine mengurangkan jumlah kuman (bakteria) dan merawat jangkitan mulut, ulser mulut, dan penyakit gusi.

8 Cecair Kumur Mulut Terbaik di Pasaran Malaysia

Bagi membantu anda memilih kumur mulut terbaik, kami senaraikan 8 produk yang menjadi pilihan di theAsianparent.

Cecair Kumur Mulut Terbaik
Mama's Choice Natural Mouthwash
Terbaik Untuk Morning Sickness Ketika Hamil
Beli di Shopee
Listerine Total Care
Terbaik Paling Lengkap
Beli di Shopee
TheraBreath Oral Rinse
Terbaik Disyorkan Doktor Gigi
Beli di Shopee
Colgate Ortho Defense Phos-Flur Rinse
Terbaik Untuk Pesakit Ortodontik
Beli di Shopee
Oral-B Deep Clean Mouthwash
Terbaik Bebas Alkohol
Beli di Shopee
Propolinse Oral Mouthwash
Terbaik Dengan Madu
Beli di Shopee
Oxyfresh Zinc Mouth Rinse
Terbaik Untuk Gigi Dan Gusi Sensitif
Beli di Shopee
Betadine Gargle & Mouth Wash
Terbaik Digunakan Ketika Pandemik Covid-19
Beli di Shopee

Mama’s Choice Natural Mouthwash

Kumur Mulut Terbaik Untuk Morning Sickness Ketika Hamil

 

Pilihan pertama kami adalah Mama’s Choice Natural Mouthwash! Ianya bukan sahaja dapat memastikan gigi anda sentiasa sihat dan segar, malah formulasi ekstrak pudina semulajadi ini dapat mengurangkan gejala mual dan ‘morning sickness’  ketika hamil!

Ini membuatkannya sangat sesuai digunakan oleh ibu hamil dan menyusu. Paling ‘best’ sekali, ubat kumur ini menggunakan gabungan bahan semulajadi seperti klorofil, allantoin dan ekstrak pudina yang mampu mencegah bakteria penyebab plak dan menenangkan gusi yang meradang.

Ibu tidak perlu bimbang kerana ianya sangat sesuai untuk gigi sensitif ya!

Apa yang kami suka?

    • Selamat untuk ibu hamil dan menyusu
    • 100% diyakini halal
    • Diperbuat daripada bahan semulajadi
    • Bebas alkohol, paraben, SLS dan fluorida
    • Mampu atasi gejala mual dan ‘morning sickness’
  • Sesuai untuk gigi sensitif
  • Pek mesra ‘travel’ mudah dibawa ke mana sahaja

Listerine Total Care

Kumur Mulut Terbaik Paling Lengkap

Listerine merupakan jenama yang dipercayai serta ramai pengguna di Malaysia. Malahan produk ini merupakan ubat kumur all-in-one yang paling lengkap yang membersihkan hampir 100% di dalam mulut.

Listerine Total Care juga disahkan oleh Persatuan Pergigian Kanada untuk mengurang dan mencegah radang gusi, pastinya lebih baik daripada sekadar memberus dan membersihkan dengan  flossing sahaja.

Apa yang kami suka?

  • Membersihkan dan menghilangkan plak 6x lebih baik dari memberus gigi
  • Formula unik dengan 4 Essential Oils
  • Menembusi plak dengan mendalam untuk membunuh bakteria dalam biofilm
  • Mencegah dan mengurangkan radang gusi
  • Menguatkan enamel gigi
  • Melawan tartar
  • Membantu menjaga gigi agar tetap putih

TheraBreath Oral Rinse

Kumur Mulut Terbaik Disyorkan Doktor Gigi

Bilas pembersih antibakteria tanpa alkohol yang menyegarkan ini tidak terbakar atau menyengat, jadi mudah digunakan setiap hari. TheraBreath Mild Mint Oral Rinse disahkan halal, bebas gluten dan vegan.

Cecair kumur mulut ini juga bebas dari pewarna, minyak wangi, bahan pencuci dan bahan tambahan lain yang boleh mengeringkan atau merosakkan mulut. TheraBreath Fresh Breath Oral Rinse adalah produk yang bagus dan disyorkan oleh doktor gigi dan ahli farmasi selama lebih dari 20 tahun!

Apa yang kami suka?

  • Melawan nafas berbau selama 24 Jam
  • Tanpa alkohol, warna atau perasa tambahan
  • Membantu mengurangkan nafas berbau terutama pada waktu pagi
  • Diperakui oleh The American Dental Association

Colgate Ortho Defense Phos-Flur Rinse

Kumur Mulut Terbaik Untuk Pesakit Ortodontik

Phos-Flur Rinse diformulasikan khas untuk pesakit ortodontik dan membantu mengurangkan penampilan bintik-bintik putih. Selamat, sedap dan senang digunakan, Phos-Flur® Rinse memberikan perlindungan fluorida yang terbukti secara klinikal.

Apa yang kami suka?

  • Diformulasikan khas untuk pesakit ortodontik dan membantu mengurangkan penampilan bintik-bintik putih.
  • Selamat, rasa yang sedap dan senang digunakan
  • Phos-Flur Rinse memberikan perlindungan fluorida yang terbukti secara klinikal

Oral-B Deep Clean Mouthwash

Kumur Mulut Terbaik Bebas Alkohol

Oral-B Pro-Health Mouthwash mengandungi Cetylpyridinium Chloride, bahan yang terbukti secara klinikal untuk mengurangkan pembentukan plak dan fluorida bagi mencegah lebih banyak rongga daripada sekadar memberus gigi sahaja.

Produk cecair kumur mulut ini adalah bebas alkohol dengan rasa pudina segar yang menyenangkan sehingga mulut terasa segar dan bersih!

Apa yang kami suka?

  • Mengandungi fluorida untuk melawan rongga
  • Membantu mengurangkan bakteria / kuman yang menyebabkan plak
  • Rasa pudina yang menyegarkan

Propolinse Oral Mouthwash

Kumur Mulut Terbaik Dengan Madu 

Propolinse Mouthwash adalah ubat kumur semula jadi yang dirumuskan oleh syarikat Jepun yang akan membantu anda menjaga kebersihan gigi dengan baik dengan membasmi bakteria, bau mulut, plak dan pada masa yang sama memutihkan gigi serta mencegah kerosakan gigi!

Anda boleh yakin bahawa cecair kumur mulut ini berfungsi kerana anda akan dapat melihat protein dan zarah terbentuk setelah berkumur. Walaupun anda menggunakan ubat kumur lain sebelumnya, anda dapat melihat hasilnya!

Apa yang kami suka?

  • Ia mengandungi catechin dari ekstrak teh hijau dan propolis dari madu.
  • Pek mudah dibawa kemana-mana
  • Menjaga kebersihan gigi dengan baik dengan membuang bakteria, bau mulut, plak
  • Memutihkan gigi

Oxyfresh Zinc Mouth Rinse

Kumur Mulut Terbaik Untuk Gigi Dan Gusi Sensitif 

Ubat kumur Pro Formula yang dipatenkan ini sangat sesuai untuk sesiapa sahaja yang mempunyai venir, gigi dan gusi sensitif. Produk ini tidak mengandungi alkohol, pewarna, pemanis tiruan atau bahan-bahan yang boleh mengotorkan atau merosakkan kerja kosmetik gigi.

Ia dikuasakan oleh gabungan unik Oxygene® dan zink yang dihasilkan untuk menghilangkan bau mulut, namun sangat lembut dan ringan dengan minyak pudina semulajadi yang menenangkan gigi serta tisu gusi.

Apa yang kami suka?

  • Zinc Mouthrinse yang dipatenkan
  • Bebas alkohol
  • Tidak Berwarna
  • Mengandungi Xylitol
  • Menyegarkan nafas

Betadine Gargle & Mouth Wash

Kumur Mulut Terbaik Digunakan Ketika Pandemik Covid-19

Betadine mouthwash ini diperbuat daripada Povidone iaitu sejenis iodin. Ia adalah ubat kumur sakit tekak antiseptik yang berguna untuk membantu membunuh bakteria dan virus yang berada di dalam mulut dan tekak dalam masa hanya 30 saat.

Kajian ujian makmal telah dilakukan oleh Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Tropika (TIDREC) di Universiti Malaya telah mendapati Betadine mouthwash mampu memainkan peranan dalam membantu memerangi Covid dengan menjaga kebersihan mulut.

Peserta yang mengambil ubat kumur Betadine mouthwash tidak mempunyai coronavirus novel (SARS-CoV-2) yang menyebabkan penyakit COVID-19 dikesan apabila mereka mengambil ujian RT-PCR selepas tempoh masa 4 hari. Walau bagaimanapun, percubaan klinikal selanjutnya diperlukan dengan saiz sampel yang lebih besar.

Apa yang kami suka?

  • Berperisa pudina, boleh diterima dengan baik dan tidak mengotorkan gigi
  • Membunuh kuman yang menyebabkan sakit tekak
  • Berkumur selama 30 saat dapat membunuh kuman dalam mulut dan tekak
  • Memberi kelegaan kepada kekeringan atau kerengsaan kecil pada mulut dan tekak

Perbandingan Harga Cecair Kumur Mulut Terbaik

Produk Berat (ml) Harga (MYR) Harga per ml
Mama’s Choice Natural Mouthwash 100ml RM 9.90 RM 0.09
Listerine Total Care 250ml RM 14.20 RM 0.05
Therabreath Oral Rinse 473ml RM 59.00 RM 0.12
Colgate Ortho Defense Phos-Flur Rinse 500ml RM 38.40 RM 0.07
Oral-B Deep Clean Mouthwash 500ml RM 29.50 RM 0.05
Propolinse Oral Mouthwash  600ml RM 28.99 RM 0.05
Oxyfresh Zinc Mouth Rinse  473ml RM 38.80 RM 0.08
Betadine Gargle & Mouth Wash 240ml RM 27.56 RM 0.11

Tips Penggunaan Cecair Kumur Mulut Dengan Lebih Berkesan

Untuk mendapatkan penggunaan maksimum dengan ubat kumur, anda harus tahu bagaimana ingin menguasai teknik penggunaannya dalam menjadikan ia sebagai sebahagian daripada rejimen penjagaan kesihatan mulut harian.

Teknik berikut akan memastikan anda mendapat hasil kumur terbaik dengan penggunaan ubat kumur yang tepat:

1. Berkumur sekurang-kurangnya 30 saat

Semasa menggunakan ubat kumur anda harus berkumur di antara 30 hingga 60 saat. Kalau nak diikutkan, memberus gigi juga tidak sepatutnya kurang dari 30 saat, apatah lagi apabila berkumur dengan ubat kumur bagi mencegah kuman!

2. Bersabar

Ramai yang kecewa apabila mendapati mereka tidak dapat melihat hasil perbezaannya pada bulan pertama menggunakan ubat kumur. Sebab itulah pentingnya untuk bersabar ya! Hasilnya boleh memakan masa hingga dua atau tiga bulan sebelum impian menjadi kenyataan.

3. Jangan lupa baca label

Untuk sesetengah jenis ubat kumur, pengguna harus menunggu 30 minit atau lebih sebelum minum atau makan untuk meningkatkan keberkesanannya. Baca label dan pastikan anda mengikuti setiap arahan pengeluar untuk produk tersebut.

Semoga bermanfaat! Jadikan berkumur dengan mouthwash sebagai rutin harian anda.

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kenapa Mulut Anda Busuk Bila Bangun Pagi? Doktor Ini Ada Jawapannya, #2 Paling Penting

Baca juga: 7 Cara Mencegah Mulut Bau Busuk Ketika Berpuasa, Wajib Tahu Ni!

Baca juga : Ubat Ulser Mulut Kanak-Kanak, Jangan Pakai Beli Je, Boleh Buat Anak Tak Bernafas!

Penulis

Farhana Fuad