Anak Sudah Jejak Usia Masuk Prasekolah? Ibu, Jangan Lupa Ajar Mereka 6 Perkara Penting Ini!

Adakah anda sudah bersedia untuk hantar anak ke tadika atau prasekolah? Sebelum hantar mereka, pastikan anda sudah ajar mereka 6 perkara ini ya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Alahai comelnya bila lihat murid prasekolah atau tadika bersiap cantik-cantik pergi sekolah. Nampak mereka begitu bersemangat untuk memulakan sesi pembelajaran! Walaupun sebenarnya dalam usia tersebut, mereka lebih terdedah kepada aktiviti yang merangsang minat belajar seperti mengenali huruf, nombor, membaca, bermain, kesenian, sukan dan lain-lain.

Biasanya, ibu bapa mula menghantar anak ke prasekolah sekitar umur lima hingga enam tahun manakala tadika seawal tiga tahun. Namun begitu, pertama sekali, ibu bapa harus memahami kanak-kanak zaman ini bijak mencipta identiti mereka sendiri. 

Sekiranya ibu bapa menyedari anak kecil suka berjalan, mula latih berbasikal, suka bermain di taman permainan, memotong kertas, pakai kasut sendiri dan lain-lain, itu petanda dia mula memikirkan tentang dirinya sendiri. 

Murid prasekolah mula memahami keperluan sendiri 

Kredit: Freepik

Apabila kanak-kanak masuk tadika atau prasekolah, mereka lebih banyak mengetahui tentang keperluan mereka sendiri. 

Selain itu, mereka juga boleh bergaul dengan rakan-rakan sebaya. Mereka secara tak langsung dapat menguasai kemahiran komunikasi dengan lebih baik. 

Baca juga: Anak Dah Nak Masuk Prasekolah? Ini Perkara Yang Kanak-Kanak 5 Tahun Sudah Mahir

Apa yang murid prasekolah dan tadika belajar? 

Kredit: Freepik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila memasuki alam sekolah, dia dapat bertemu dengan kawan-kawan dan ramai orang. Dari situ, etika, peraturan dan amalan sosial kanak-kanak dapat digarap sehingga dia dapat belajar erti hidup dengan orang sekelilingnya. 

Selain itu, dia juga dapat memupuk sikap kanak-kanak yang terpuji seperti tidak berbohong, tidak mencuri dan sebagainya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Satu lagi hal lain adalah, jadikan kenangan zaman kanak-kanak ini satu memori terindah dengan mengajar anak perilaku yang baik juga tidak bercakap negatif di hadapan anak kerana mereka mudah mengingatinya sampai besar. 

Sekiranya ibu bapa ingin memupuk disiplin kepada anak, ia perlu dipupuk sejak usia kecil lagi. 

Apa ibu bapa patut buat bila anak memasuki prasekolah? 

Kredit: Freepik

  1. Biarkan kanak-kanak bermain supaya dapat melatih kecerdasan otak
  2. Cuba melatih anak melakukan sesuatu perkara dengan sendiri.
  3. Apabila anak menghadapi kesulitan atau masalah, cuba perbetulkannya terlebih dahulu dan jangan terus membantu, supaya mereka belajar bagaimana cara untuk selesaikannya dengan sendiri. 
  4. Ibu bapa harus tegas mengenai disiplin dan etika supaya anak-anak sentiasa menghormati orang sekelilingnya. 
  5. Jangan terlalu memaksa anak untuk membaca, menulis dan belajar tapi sentiasa memberi galakan kepada dia untuk terus memupuk sikap belajar. 
  6. Semasa mengajar anak anda, pastikan anda menggunakan bahasa komunikasi yang betul seiring dengan usianya supaya dia mudah menerimanya. 

Semoga bermanfaat. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Fahami Emosi Anak Ketika Mereka Tantrum, Ini 5 Tips Hadapi Tantrum Itu Dengan Tenang, Perkongsian Dari Pakar