X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Anak Kembar Meraung Ketika Naik Flight, Parents Mohon Maaf Kepada Semua Penumpang

10 Jun, 2022
Anak Kembar Meraung Ketika Naik Flight, Parents Mohon Maaf Kepada Semua Penumpang

Naik flight dengan anak kecil memang perlu bersedia dengan insiden luar jangka seperti anak membuang air besar atau menangis ketika di udara

Bila naik flight dengan anak kecil, pelbagai kemungkinan yang bukan di bawah kawalan ibu ayah mungkin berlaku dan lebih merisaukan ia turut melibatkan keselesaan penumpang lain.

Apa maklumat lanjut yang akan anda baca dalam artikel ini?

  • Naik flight kembar melalak sampai landing, ibu ayah ini mohon maaf
  • Penerbangan pertama kembar
  • Tips bawa anak naik flight

Seperti ibu ayah ini, mungkin pengalaman ini akan membuatkan mereka lebih bersedia dengan sebarang kemungkinan selepas ini ketika naik flight apabila kembar mereka, Azra dan Adra ‘buat drama’ dalam penerbangan pertama mereka.

Naik flight, kembar melalak sampai landing, ibu ayah ini mohon maaf

naik flight

Menerusi perkongsian di Tiktok adrazra, pasangan suami isteri ini memohon maaf kepada semua penumpang pesawat AirAsia, AK6423 dari Pulau Pinang ke Johor Bahru pada 7 Jun 2022 berikutan kejadian anak kembar mereka yang menangis kuat dalam penerbangan itu.

Menurut pasangan ini, anak mereka pada mulanya tenang saja dan sudah tertidur ketika penerbangan bermula, namun terpaksa dikejutkan kerana perlu dipakaikan tali pinggang keselamatan ketika kapal terbang perlu mendarat. 

Faham dan akur kepada arahan itu, mereka terpaksa mengejut pasangan kembar itu yang akhirnya menyebabkan dua kanak-kanak itu menangis tidak henti hinggalah kapal terbang mendarat.

“Saya bagi pihak keluarga #adrazra ingin menyusun 10 jari memohon maaf atas kebisingan anak-anak saya dalam flight petang semalam.

“Maaf kalau sakit telinga, sebab anak-anak saya menangis menjerit petang semalam. Sepanjang dari naik flight sampai mereka tertidur semuanya okay, sampai waktu nak mendarat FA datang ke seat kami untuk bagitau supaya pakaikan anak seatbelt. 

“Seperti dijangka Azra tersedar dan terus menangis dan diikuti dengan Adra sebab mereka baru saja tidur dan bangun terkejut atau mungkin menangis sebab telinga sakit atas faktor tekanan udara”.

Penerbangan pertama dengan anak kembar

naik flight

Nor Azyann turut memaklumkan ini adalah penerbangan pertama anak kembar itu dan mereka suami isteri sudah cuba sehabis mampu untuk diamkan dan tenangkan anak-anak mereka.

Namun, kanak-kanak itu terus menerus menangis dan terpaksa tunggu hingga kapal terbang berkenaan mendarat. Jadi bagi pihak keluarga ini dia mohon maaf kepada semua penumpang yang terganggu dan mengucapkan terima kasih kepada yang memahami. 

It’s okay Azra dan Adra, cuba lagi lebih baik dalam penerbangan lain nanti ya!

Tips bawa anak kecil naik flight

naik flight

Mungkin ada ibu ayah yang bakal pertama kali bawa anak naik flight. Ini tips berguna untuk anda yang dikongsikan mereka yang berpengalaman:

  1. Beri anak minum air atau susu ketika kapal terbang berlepas dan mendarat
  2. Jika anak sudah boleg mengunyah, beri mereka snack ringan supaya ada pergerakan mulut yang menelan berikutan telinga akan berdengung 
  3. Jika anak anda hisap puting kosong, beri anak hisap sepanjang penerbangan pun tidak mengapa. 
  4. Ambil flight malam supaya anak tidur
  5. Beri anak letih sebelum naik flight supaya mereka tidur sepanjang penerbangan

Semoga bermanfaat!

Tiktok Adrazra

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Rezeki Bayi Lahir Dalam Pesawat, Dapat Hadiah Tiket Penerbangan PERCUMA Seumur Hidup!

Baca juga: Bayi 2 Bulan Meninggal Dunia Dalam Pesawat AirAsia Ketika Penerbangan KL-Perth

Baca juga: Tulang Belakang Tiga Bayi Retak Dalam Penerbangan Ke Bangkok, Ibu Ayah Kena Peka Keselamatan Anak

Stories Rakan Kongsi
Why Is Childhood Immunisation Important?
Why Is Childhood Immunisation Important?
Belajar Cara Mengurus Wang: Panduan Untuk Ibu Bapa Asia
Belajar Cara Mengurus Wang: Panduan Untuk Ibu Bapa Asia
Why Soup Is The Easiest Solution to Get Families to Bond Together
Why Soup Is The Easiest Solution to Get Families to Bond Together
Ibu Ayah Pasti Dah Sediakan Semua Keperluan Anak? Jom Semak Checklist Ini, No.5 WAJIB Ada
Ibu Ayah Pasti Dah Sediakan Semua Keperluan Anak? Jom Semak Checklist Ini, No.5 WAJIB Ada

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Anak Kembar Meraung Ketika Naik Flight, Parents Mohon Maaf Kepada Semua Penumpang
Kongsikan:
  • Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

    Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

  • Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

    Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

  • Teman Bapa Beli Buku Abang Di Sekolah, Budak 6 Tahun Kemalangan & Dimasukkan ICU

    Teman Bapa Beli Buku Abang Di Sekolah, Budak 6 Tahun Kemalangan & Dimasukkan ICU

  • Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

    Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

  • Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

    Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

  • Teman Bapa Beli Buku Abang Di Sekolah, Budak 6 Tahun Kemalangan & Dimasukkan ICU

    Teman Bapa Beli Buku Abang Di Sekolah, Budak 6 Tahun Kemalangan & Dimasukkan ICU

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.