X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Tulang Belakang Tiga Bayi Retak Dalam Penerbangan Ke Bangkok, Ibu Ayah Kena Peka Keselamatan Anak

3 min bacaan
Tulang Belakang Tiga Bayi Retak Dalam Penerbangan Ke Bangkok, Ibu Ayah Kena Peka Keselamatan AnakTulang Belakang Tiga Bayi Retak Dalam Penerbangan Ke Bangkok, Ibu Ayah Kena Peka Keselamatan Anak

Semasa pergolakan udara dalam satu penerbangan kapal terbang ke Bangkok, ramai penumpang yang tercampak dari tempat duduk mereka, termasuklah tiga bayi yang sedang berada dipangkuan ibu mereka - mereka tidak dipakaikan tali pinggang keledar atau kerusi keselamatan bayi!

Menaiki kapal terbang memang satu pengalaman yang menyeronokan bagi sesetengah orang. Namun ia mimpi ngeri bagi keluarga ini apabila si kecil mereka mengalami retak tulang belakang kerana pergolakan udara dalam kapal terbang. 

Namun seperti pengangkutan lain, kapal terbang juga tidak terkecuali dari risiko kemalangan atau kecelakaan.

Seperti apa yang terjadi pada kapal terbang Boeing 777 The Aeroflot dari Moscow ini.

Semasa penerbangan The Aeroflot ke ibu negara Thailand, Bangkok, ia tiba-tiba termasuk ke dalam kawasan pergolakan udara yang kuat.

Bayi retak tulang belakang akibat tidak memasang tali pinggan keledar

Tanpa sempat memasang isyarat memakai tali pinggang keledar kepada penumpang, pergolakan ini menyebabkan keadaan menjadi huru-hara.

Ramai penumpang yang tercampak dari tempat duduk mereka, termasuklah tiga bayi yang sedang berada dipangkuan ibu mereka.

Kejadian ini telah menyebabkan tulang belakang bayi-bayi ini patah. Malah dua puluh lima lagi penumpang terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.

Sembilan belas penumpang terpaksa di masukkan ke hospital sementara lagi dua orang melalui pembedahan kecemasan.

Menurut laporan, penumpang yang tidak berada di tempat duduk mengalami kecederaan paling teruk. Ada yang mengalami patah tulang, pendarahan luaran dan dalaman.

Salah seorang penumpang, Evgenia Zibrova sempat merakam kejadian tersebut dan telah memuat naik video tersebut di internet.

Kata Zibrova di dalam komen video yang dimuat naiknya:

"Keadaan itu sungguh menakutkan, bayi-bayi penuh dengan kesan lebam. Orang ramai tidak sedarkan diri. Kami bernasib baik masih bernyawa."

Pergolakan udara semasa penerbangan

'Turbulance' atau pergolakan udara adalah kejadian yang normal dalam penerbangan. Ianya berlaku disebabkan aliran udara yang lancar terganggu.

Sama ada disebabkan oleh udara panas yang tiba-tiba naik ke kawasan udara sejuk, struktur yang mengganggu aliran udara atau poket udara bersebelahan dari arah berlainan.

Ianya sukar untuk dijangka dan memang boleh terjadi secara tiba-tiba. Namun di dalam kejadian ini, pergolakan udara yang dialami mereka adalah sungguh teruk.

Menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat, kecederaan akibat pergolakan udara adalah lebih kurang 58 orang pada tahun 1980-2008.

Syukur kejadian pergolakan udara ini tidak mengorbankan nyawa.

Diharap mereka yang cedera terutamanya bayi-bayi yang mengalami tulang belakang patah dapat sembuh seperti sedia kala.

Tip keselamatan membawa bayi menaiki kapal terbang

Stories Rakan Kongsi
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Beware of chemicals that can harm your children
Beware of chemicals that can harm your children

Dikesempatan ini, AsianParent ingin berkongsi tip keselamatan membawa bayi menaiki kapal terbang.

  1. Beli tempat duduk lebih dan bawa kerusi keselamatan (safety seat).
    Ini adalah langkah keselamatan yang terbaik. Membawa kerusi keselamatan untuk bayi anda dan pasangkan pada tempat duduk lebih yang anda beli. Ia akan membantu memastikan bayi anda tidak tercampak semasa kejadian yang tidak diingini.
  2. Memasang kerusi keselamatan
    Pastikan anda memasang kerusi keselamatan dan bukan hanya meletakan ia di atas tempat duduk. 
  3. Mesra bayi/kanak-kanak
    Pilih syarikat penerbangan yang mesra bayi dan kanak-kanak, kerana mereka akan lebih menitik beratkan aspek keselamatan si penumpang kecil. Seperti mempunyai abah-abah (harness) khas untuk memegang kerusi keselamatan bayi.

Anda boleh menonton video bagaimana menggunakan kerusi keselamatan di dalam kapal terbang di sini.

Sumber: yahoo, havebabywilltravel

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aqma

  • halaman rumah
  • /
  • Keselamatan anak
  • /
  • Tulang Belakang Tiga Bayi Retak Dalam Penerbangan Ke Bangkok, Ibu Ayah Kena Peka Keselamatan Anak
Kongsikan:
  • Bayi 3 Bulan Dilahirkan Tanpa Tulang Belakang, Kuatnya Dirimu Wahai Sayang...

    Bayi 3 Bulan Dilahirkan Tanpa Tulang Belakang, Kuatnya Dirimu Wahai Sayang...

  • Cara Betul & Selamat Untuk Pakai Tali Pinggang Keledar Semasa Hamil

    Cara Betul & Selamat Untuk Pakai Tali Pinggang Keledar Semasa Hamil

  • Tips Rumah Kekal Wangi Menjelang Raya, Barulah Tuan Rumah Selesa Terima Tetamu

    Tips Rumah Kekal Wangi Menjelang Raya, Barulah Tuan Rumah Selesa Terima Tetamu

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

app info
get app banner
  • Bayi 3 Bulan Dilahirkan Tanpa Tulang Belakang, Kuatnya Dirimu Wahai Sayang...

    Bayi 3 Bulan Dilahirkan Tanpa Tulang Belakang, Kuatnya Dirimu Wahai Sayang...

  • Cara Betul & Selamat Untuk Pakai Tali Pinggang Keledar Semasa Hamil

    Cara Betul & Selamat Untuk Pakai Tali Pinggang Keledar Semasa Hamil

  • Tips Rumah Kekal Wangi Menjelang Raya, Barulah Tuan Rumah Selesa Terima Tetamu

    Tips Rumah Kekal Wangi Menjelang Raya, Barulah Tuan Rumah Selesa Terima Tetamu

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.