Anak Menangis Naik Turun Tangga Tingkat 8 Setiap Hari, Ibu Kecewa Dengan Pengurusan PPR

Naik turun tangga setiap hari selama 4 tahun, seorang ibu hilang sabar dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak pengurusan PPR

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memiliki kediaman yang selesa menjadi impian semua orang. Walau bagaimanapun, kehidupan di bandar yang begitu mencabar membuatkan ramai memilih rumah dengan kos rendah dan sanggup naik turun tangga setiap hari.

Tidak dinafikan bahawa kebanyakan rumah di bandar adalah jenis bertingkat dan amat memerlukan kemudahan lif yang berfungsi dengan baik setiap masa.

Ibu meluahkan rasa sedih melihat anak menangis naik turun tangga dari tingkat 8

Walau bagaimanapun seorang ibu, Sasya Syanina meluahkan rasa sedih dalam menjalani kehidupan sehariannya bersama anak-anak.

Setiap hari aku doa nak hidup selesa sikit, bukan untuk aku tetapi untuk anak-anak. Aku tahu Allah mungkin tak nak bagi sekarang, tapi Allah nak bagi nanti. Ada hikmah kita susah sekarang dengan anak-anak.

Bukan aku tidak bersyukur dengan rezeki Allah. Bukan aku tak boleh hidup susah. Tapi aku tak kuat melihat anak-anak menangis, tengok anak jatuh tangga. Aku rasa sangat berdosa biarkan mereka hidup susah.

Sudah 4 tahun duduk sini, masih lagi orang cakap aku tidak boleh sabar dan bersyukur. Dalam video ini, Mica menangis lagi tak tahu kali keberapa dah. 

Dia cakap, ”Mica tak nak naik tangga” Kau tahu tak perasaan sebak aku ini jadi mak, aku rasa loser sebab tak boleh nak sediakan rumah yang terbaik untuk anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hari-hari panjat tangga ke tingkat 8 bukanlah benda-benda yang biasa untuk kami anak beranak. Tolong doakan kami supaya cepat dapat keluar dari PPR ini.

Kami memang tak mampu nak beli lagi. Tapi insyaAllah mampu sewa rumah yang lain. Aku tak pernah minta simpati melalui anak, tapi Allah sahaja yang tahu hati aku, hati seorang ibu.

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dedah realiti yang terpaksa dihadapi oleh penduduk sejak tahun 2018

Tidak tahu nak viralkan macam mana lagi, tapi inilah realiti yang penduduk PPR Kempas Permai Blok D hadap setiap hari. Dulu awal tinggal di sini 2018, ada juga lif rosak.

Tapi tidak sekerap sekarang, setiap hari rosak.

Kami duduk 17 tingkat, bukan 7 tingkat. Dalam blok ini ada ibu mengandung, anak kecil, warga emas, orang kurang upaya (OKU). Bayangkan orang dalam pantang naik tangga, orang OKU terpaksa tidur dalam kereta sebab tak boleh naik lif dengan kerusi roda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ramai dah hubungan pihak pengurusan. Tapi kami dibuat macam bola. Dia pass kepada A, kemudian B seterusnya C sampai kami tidak tahu nak mengadu pada siapa lagi.

Kami manusia bukannya binatang, kami penat dengan semua ini. Bila call, dia suruh sabar. Takkan sebab kami bayar RM124 sebulan, nak aniaya kami macam ni.

Lif yang kami pakai sekarang memang totally tidak boleh digunakan, dibetulkan pun ia tetap akan rosak balik sebab ia sudah uzur.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kesemua lif uzur dan tidak boleh digunakan, anak pernah jatuh masa naik turun tangga

Anak saya dah dua kali jatuh ketika naik turun tangga. Anak yang sulung balik sekolah 1.20pm, sepatutnya boleh balik rumah makan dan mandi sementara tunggu sekolah agama jam 3. 

Tapi saya terpaksa bawa baju sekolah agama, salin dekat masjid berdekatan dan makan dalam kereta. Bantu saya supaya semua penduduk di sini dapat hidup tenang tanpa masalah lif ini lagi, lif ada tiga tapi satu pun tak boleh pakai.

Kes ini pernah masuk berita 22 haribulan dulu, tapi masih masalah yang sama. Tidak boleh pakai sampai sekarang dan kami penat.

Perkongsian ini menjadi hangat di Facebook, rata-rata netizen tumpang bersedih melihatkan keadaan yang dihadapi olehnya setiap hari.

its hurt to us yg sedang melalui fasa berjuang untuk selesakan kehidupan anak2 kita. insyaallah pasti ada rezeki untuk kita yg rajin berusaha dan berjuang mengubah kehidupan kita

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

tiba teringat masa mengandung 8 bulan anak no 5 jatuh tgga dari tingkat 1, berguling-guling kat tgga mujur xdak tumpah darah…penat sngt dukung ank no4 lagi pimpin ank lain lagi… penat sngt mujur la masa nk jtuh to dh turun kan ank no4 ingt dh xdak ank rgga lagi skali slah langkah

Ya Allah, permudahkanlah urusan keluarga ini. Panjangkan rezki buat mereka serta lindungilah mereka ya Allah. Aamiin

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kerana Cinta Itu Buta, Isteri Muda Sarat Hamil Sanggup Hidup Susah & Tinggal Bersama Madu

Baca juga:  Viral Luahan Isteri Di Radio, Para Suami Sedarlah Bukan Mudah Jaga Anak Seorang Diri!

Baca juga: Akibat Suka Keluar Malam Ketika Mengandung, Bayi Dilahirkan Bermasalah & Kerap Menangis