Resipi Nasi Dagang Terengganu Klasik, Lengkap Dengan Acar Timun Memang Sedap!

Nasi dagang Terengganu asli menggunakan rempahnya tersendiri. Bahan dan cara penyediaannya juga sedikit berbeza dengan nasi dagang Kelantan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk hidangan keluarga, pastinya setiap ibu akan menyediakan makanan yang paling istimewa. Apa kata kali ini anda cuba buat nasi dagang Terengganu pula.

Jangan risau kerana resipi nasi dagang Terengganu ini mudah untuk dibuat. Ikuti sahaja langkah-langkah yang kami kongsikan di bawah. Hasilnya pasti semua puas hati dan makan sekenyangnya!

Resipi nasi dagang Terengganu

Seorang pengguna Facebook, Ben Safwan telah berkongsikan resipi nasi dagang Terengganu berserta tips.

Tulisnya,Ben nak bagi resepi penuh beserta tips. Biar akak dapat buat resepi Nasi Dagang Terengganu versi orang lama. Yang ada solok, nenas tu versi Nasi Dagang Terengganu Tekak Kelantan Ben. So ada 2 jenis.  Ini untuk nasi dagang 1kg beras. Ikut sahaja sukatan Ben beri.

Resepi untuk nasi dagang

Bahan-bahan:

  • 1 kilogram beras wangi Jasmine sunshine (Rendam 8 hingga 9 jam. Kukus 30 minit apabila air mendidih)
  • Tambah kali pertama dengan 250 mililiter santan segar berserta 250 mililiter air. Biarkan ia meresap masuk ke dalam nasi. Tambah sikit demi sedikit.
  • Kukus lagi selama 25 minit.
  • Sementara itu panaskan 450 mililiter santan pekat dengan 4 ke 5 biji bawang ( setiap satu sebesar guli sahaja ) dimayang
  • Tambah 1 sudu makan halba,  halia sebesar ibu jari yang dipotong halus,1 sudu teh garam, 1 sudu makan gula
  • Kacau sehingga gula hancur dan terus tutup api.

Tips untuk nasi lambat basi, lagi rasa lemak: Bila dah siap kukus, arong nasi dengan adunan di atas. Sama juga masuk sikit demi sikit. Apabila nasi sudah siap, tekan dalam bekas. Lapik atas dengan daun pisang biarkan nasi rehat.

Resepi untuk gulai ikan tongkol hitam Terengganu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Rebus 1 kilogram ikan tongkol dengan hirisan lengkuas segenggam,7 ke 8 asam keping dan 1 keping gula melaka kerek saiz besar, 1 1/2 sudu teh garam.
  • Tambah 100 mililiter air. Air tersebut akan mengering lama kelamaan. Lapik dasar periuk dengan batang lengkuas atau tebu untuk elak hangit sekaligus membuatkannya lebih sedap.
  •  Rebus dalam 25 ke 30 minit pada api sederhana.

Seeloknya untuk rebus daging malam sebelum, ia akan sedia untuk dibuat gulai keesokan paginya. Dengan cara ini ia akan jadi lebih sedap.

Bahan-bahan:

  • 25 gram serbuk ketumbar
  • 13 gram serbuk jintan manis
  • 30 gram lengkuas
  • 5 gram kunyit hidup
  • 10 gram halia
  • 4 ulas besar bawang putih
  • 2 kerek gula melaka saiz besar
  • 300 gram bawang merah
  • 100 gram kerisik
  • 1.5 kilogram santan pekat segar
  • 130 gram cili kisar
  • 1 batang kulit kayu manis
  • Garam gula jika perlu.

Sukatan ini boleh masak untuk 1 ke 1 1/2 ekor ikan bersama 8 ke 10 biji telur rebus. Resepi Ben juga mengatakan yang dia tidak mengunakan minyak masak. Malah tempoh memasak juga perlukan 2 ke 2 jam 30 minit untuk mendapatkan rasa yang lebih padu. Bahkan seeloknya untuk masak malam, dan hidangkan pada keesokan harinya.

Cara-cara:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Didihkan 1.5 kilogram santan sehingga mulai keluar minyak. Kacau setiap 3 ke 4 minit. Gunakan santan segar sahaja semua. Jangan sesekali guna santan kotak kerana ia tidak akan pecah minyak.
  2. Bila minyak sudah pecah, dan sudah tinggal separuh, masukkan bahan kisar (bawang merah, putih, kunyit hidup, lengkuas ) dan kulit kayu manis. Biarkan ia pecah minyak lagi dan lagi.
  3. Tambah pula serbuk ketumbar, serbuk jintan manis yang disangai seketika. Sangai akan menjadikan serbuk bertambah wangi.
  4. Bila pecah minyak, masukkan cili kisar. Pecah minyak lagi tambah air 500 milliiter bersama kerisik, gula Melaka.
  5. Masaklah sampai pecah minyak, jika kuah berkurang, tambah lagi 500 mililiter air. Ulang. Selepas 2 jam 30 minit, ia akan jadi pecah minyak dengan cantik
  6. Masukkan ikan tongkol  hitam rebus tadi bersama separuh air rebusan ikan.
  7. Masukkan kepala ikan pada 5 minit terakhir sebelum tutup api, ini kerana ia boleh hancur jika ia dimasukkan lebih awal.
  8. Bila ia kelihatan sebati, pekat elok, sesuaikan rasa dan masukkan telur rebus bersama kepala ikan.
  9. Apabila siap, tutup api dan taburkan cili hijau dan merah.
  10. Siap untuk dimakan bersama acar.

Tips buat nasi dagang jadi sedap

  1. Untuk arong kali kedua, panaskan santan seketika. Tujuan untuk elak nasi cepat basi. Ini adalah tips turun temurun generasi lalu. Panaskan sekaligus dengan santan, bawang, halba, halia, gula dan garam. Bila santan dah mulai panas sikit, tutup api.
  2. Semasa proses arong nasi untuk kali kedua jangan masukkan kesemua santan. Tapi sikit demi sikit. Kacau nasi dengan berhati-hati untuk elak pecah butir nasi.
  3. Selesai arong, tekan nasi. Biarkan ia rehat setengah jam supaya nasi masak secara perlahan. Kalau guna santan asli tidak perlu letak minyak di dalam nasi. Santan itu sendiri akan mengeluarkan minyak.
  4. Semestinya kena ada solok lada untuk versi kedua.
  5. Jangan sesekali guna santan kotak jika ingin menghasilkan nasi yang sedap. Gunakan santan segar. Santan kotak tidak akan menghasilkan kepala santan dan tidak akan pecah minyak untuk menggulai.
  6. Gulai Terengganu versi orang lama tidak meletakkan minyak dan tumis bahan. Minyak terhasil dari proses renehan. Ia seakan ketika kita mereneh sup singgang sampai keluar minyak. Guna api kecil sahaja.
  7. Gulai ikan nasi dagang Terengganu mestilah menggunakan ikan tongkol  hitam. Lebih sedap ikan direbus malam dan gulai keesokan hari. 

Tentang Nasi Dagang

Nasi dagang mempunyai sejarah yang cukup menarik sehingga abad ke-17 yang lalu apabila ia direka oleh pedagang Melayu di Terengganu. Pedagang ini biasanya mengikuti satu pengembaraan yang panjang menerusi perairan laut dan memerlukan menu wholesome, mudah untuk mengekalkan kesedapannya sewaktu sepanjang perjalanan. Nasi dagang adalah satu hidangan yang kaya rasa dan seimbang nutrisi, yang menjadi satu hidangan go-to pada zaman dahulu.

Bahan utama dan penting:

  1. Nasi: Asas Nasi Dagang adalah nasinya yang seakan pulut, yang direndam dan kemudian dikukus untuk mendapatkan hasil yang sempurna. Ia memberikan hidangan ini mempunyai tekstur nasi yang terbaik dan kekal sedikit melekit.
  2. Ikan: Nasi dagang biasanya dihidangkan dengan gulai ikan yang kaya dengan rasa. Ikan yang biasa digunakan dalam masakan ini adalah ikan aya atau nama lain ikan tongkol hitam, yang mana terkenal dengan teksturnya yang lebih isi, dan kebolehannya untuk meresap segala rempah beraroma yang digunakan.
  3. Santan segar: Santan segar digunakan untuk kedua-duanya nasi dan gulai ikan. Ia menjadi sebahagian yang penting untuk menjadikan rasa tropikal pada menu asli ini.
  4. Halia: Bahan beraroma ini penting untuk menghasilkan asas gulai ikan lebih sedap. Ia memberikan rasa yang unik, pedas pada masakan ini.
  5. Cili kisar: Nasi dagang mempunyai rasa sedikit pedas berikutan adanya penambahan cili kisar sedikit, yang menambah kehangatan dan rasa yang mendalam di dalam gulai ikan ini.
  6. Bawang putih dan bawang merah: Bahan ini digunakan untuk menumis, menambahnya ke dalam gulai ikan akan membuatkannya rasa manis dan savory.
  7. Bahan pelengkap: Nasi dagang pada asalnya dihidang dengan timun yang dijadikan acar dan telur rebus yang juga boleh dimasukkan sekali ke dalam gulai ikan tersebut. Ia melengkapkan lagi keseluruhan rasa dan tekstur hidangan ini.

Semoga bermanfaat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  7 Resipi Rendang Yang Wajib Ada Di Pagi Hari Raya, Tak Sabarnya Nak Cuba!

Baca juga: 7 Resepi Air Sedap & Segar Untuk Dihidangkan Ketika Hari Raya, Tetamu Mesti Suka!

Baca juga: Antara Kenangan Raya Dulu-dulu Ini, Mana Satu Yang Anda Rindu? Ini Betul Menggamit Memori!