Puasa 6 Syawal Dan Ganti Ramadhan: Niat, Cara Puasa 6 & Hukum Dalam Islam

Setelah melaksanakan puasa Ramadan, umat Islam berpeluang menunaikan puasa 6 pada bulan syawal. Berikut adalah niat puasa 6 syawal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setelah selesai melaksanakan puasa di bulan Ramadan, umat Islam berpeluang menunaikan puasa 6 pada bulan syawal. Berikut adalah niat puasa 6 syawal.

Niat Puasa 6 Syawal

نَوَيْتُ صَوْمَ هَذَا اليَوْمِ عَنْ أَدَاءِ سُنَّةِ الشَّوَّالِ لِلهِ تَعَالَى

Bacaan Rumi : Nawaitu souma ghodin ‘an sittatin min syawwalin sunnatan lillahi taala

Maksudnya: “Aku berniat puasa sunat Syawal hari ini kerana Allah SWT.”

Cara Melakukan Puasa 6 Syawal

Hukum puasa enam syawal adalah sunat. Ganjaran melakukan puasa sunat enam pada bulan Syawal ini amat besar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut sebuah hadis:

“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian di ikuti dengan 6 hari puasa di bulan Syawal pula, samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun”. (Riwayat Muslim Ahmad Abu Daud Al Tarmizi Ibnu Majah)

Waktu Puasa Enam

Waktu puas aenam adalah enam hari dalam bulan Syawal. Ia boleh dilakukan secara berselang-seli, berturut-turut atau mana-mana hari dalam bulan tersebut selain hari pertama Hari Raya Aidilfitri.

Tetapi cara yang paling afdhal adalah berturut-turut selepas hari pertama bulan Syawal iaitu mulai 2 Syawal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Niat Gabung Puasa 6 & Puasa Ganti Bulan Ramadan

Cara lafaz niat bagi puasa ganti (wajib) dan puasa-puasa sunat yang digabungkan:

“Sahaja aku berniat puasa esok hari qadha fardhu Ramadan bersama puasa sunat enam hari bulan Syawal kerana Allah Taala.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hukum Menggabungkan Puasa 6 & Puasa Ganti

Pasti ramai yang tertanya-tanya mengenai perkara ini terutama kaum wanita.

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum menggabungkan antara puasa wajib dengan puasa sunat hukumnya harus.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Meskipun diharuskan menurut mazhab Syafie, tetapi ganjaran atau pahala puasa diperolehi kurang sempurna. Ini kerana ia lebih afdal dilakukan pada hari berlainan.

eCentral

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Jangan Gopoh Ajar Anak Puasa, Ikuti 8 Tips Melatih Anak Berpuasa Dengan Rela Hati

Baca juga: Ibu Mengandung Puasa, Jika Alami 7 Tanda Ini Doktor Minta Anda Segerakan Berbuka

Baca juga: Perut Ngilu, Janin Kurang Gerak, 2 Tanda Ibu Hamil Jangan Teruskan Usaha Puasa, Berbuka Segera!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar