Berpantang Itu Bagus, Tapi Nutrisi Pemakanan Juga Sangat Penting Untuk Ibu Sembuh Cepat

Buat ibu yang berpantang, sememangnya menu berpantang itu bagus tetapi sebaiknya sempurnakan setiap nutrisi yang perlu untuk sembuh cepat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Boleh dikatakan yang proses berpantang ada pelbagai mengikut budaya atau tradisi masing-masing. Biasanya proses pantang untuk tradisi Melayu adalah lebih ke arah penjagaan pemakanan dan pemulihan secara tradisional dan urutan badan. Tetapi nutrisi pemakanan itu juga perlu diambil beratkan.

Namun ia juga bergantung pada cara atau kaedah ibu tersebut melahirkan anak, sama ada menerusi proses bersalin normal atau pembedahan czer. Setiap proses berpantang mempunyai menu makan tersendiri atau pantang larangnya.

Dalam melalui proses berpantang ini, para ibu hendaklah mengamalkan pantang makanan yang mana demi untuk tubuh kembali sembuh normal seperti sedia kala. Tetapi ada sesetengah makanan dalam menu pantang itu mungkin perlu dielakkan.

Menurut perkongsian Dr. Sharmina Kamal, Pakar Obstetrik dan Ginekologi di Sunway Medical Centre, “Ramai wanita dan mengikut budaya masing-masing, terdapat menu pantangnya sendiri. Jadi, doktor selalu menasihatkan pesakit yang mana boleh ikut menu pantang itu tetapi ada sesetengah makanan atau minuman yang perlu dimakan ketika berpantang.”

 
 
 
 
 
View this post on Instagram

Katanya lagi, “Yang pertama adalah air kena minum banyak. Ini sangat penting untuk peredaran darah, elak daripada blood clot, juga supaya mudah kencing dan tidak sembelit.”

Dr. Sharmina menambah yang mana nutrisi kedua yang penting untuk diambil berat ketika berpantang adalah zat besi. Zat besi yang kita tahu boleh didapati menerusi pengambilan daging, sayur-sayuran hijau. Ia bagus untuk menambah semula amaun darah yang hilang ketika bersalin.

Jelasnya jika wanita selepas bersalin mengalami kekurangan darah, tubuh akan terasa letih sekaligus tubuh akan lambat untuk sembuh. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurutnya lagi, “Yang ketiga adalah protein. Kena makan protein, sebab protein itu building block untuk kolagen, dan kolagen membuatkan badan kita sembuh semula. Yang ke-4, vitamin C. Vitamin C juga untuk pemulihan, pembentukan kolagen.”

Tambahnya lagi, nutrisi ke-5 yang penting untuk ibu berpantang adalah fiber (serat). Fiber adalah untuk elak sembelit. Katanya bayangkan sembelit biasa sememangnya sakit untuk membuang air besar, apatah lagi kalau wanita yang sedang berpantang, pastinya lagi sukar dan sakit.

Selain itu, Dr. Sharmina memberikan juga tips tambahan yang mana dia menyenaraikan makanan untuk menambah susu badan seperti oat, kurma yang bagus untuk ibu berpantang yang menyusu badan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Makanan berpantang selepas bersalin

Selepas bersalin, bayi masih perlu mendapatkan nutrisi daripada ibunya iaitu melalui susu badan. Pengambilan makanan yang berkhasiat penting untuk menghasilkan susu ibu yang berkualiti. Oleh itu, sekiranya ibu-ibu mencari apakah jenis makanan pantang bersalin normal, kami kongsikan beberapa cadangan menu berpantang yang sesuai untuk anda.

Berikut adalah antara senarai makanan pantang bersalin yang baik untuk diamalkan oleh mommies di luar sana.

  • Beras perang – sumber bijirin berserat tinggi baik untuk sistem penghadaman dan mengelakkan sembelit selepas bersalin.
  • Oatmeal – mengatasi anemia dan meningkatkan penghasilan susu ibu.
  • Telur – memastikan tumbesaran dan perkembangan bayi sentiasa sihat. Baik dari fizikal mahupun mental.

Manakala, jenis ikan untuk ibu berpantang yang berprotein tinggi ialah:

  • Ikan tenggiri
  • Ikan salmon
  • Tuna

Pengambilan jenis ikan berprotein tinggi bukan sahaja berkhasiat malah boleh mengelakkan risiko kemurungan selepas bersalin (postpartum depression). Bagi ibu yang baru keguguran juga boleh makan jenis ikan ini untuk mempercepatkan penyembuhan luka dan memberikan tenaga.

Ibu-ibu juga digalakkan selalu makan sayuran hijau dalam pantang. Antara jenis sayur untuk ibu berpantang yang terbaik adalah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Sawi hijau
  • Bayam
  • Kucai
  • Pegaga
  • Daun cekur
  • Ulam raja

Ia bukan sahaja mempunyai sumber kalsium yang penting untuk tubuh, juga tinggi dengan antioksidan, vitamin dan mineral. Malah kalorinya juga rendah! 

Amalkan makan snek sihat seperti kacang badam, walnut, kuaci dan postachio. Semua jenis kekacang ini membantu menstabilkan paras glukos dalam darah, menyeimbangkan tindak balas elektrolit dalam badan.

Pada masa yang sama, meningkatkan kadar metabolisme dan membantu tubuh dan otak berfungsi dengan baik. 

Ibu-ibu juga digalakkan makan buah-buahan ketika dalam pantang. Sebaiknya pilih buah-buahan dengan warna yang terang.

Antara jenis buah untuk ibu berpantang yang boleh diambil ialah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Anggur
  • Betik
  • Oren
  • Pisang

Untuk buah-buahan kering pula:

  • Kurma
  • Aprikot kering
  • Kismis
  • Buah tin

Selain memberikan tenaga, pengambilan buah-buahan sekurang-kurangnya 2 kali sehari membantu merangsang penghasilan susu badan ibu. 

Makanan pantang czer berbeza sedikit berbanding makanan pantang bersalin normal kerana ibu perlu mengelak semua makanan berlemak dan bergoreng yang tidak bagus untuk proses penyembuhan luka dalaman selepas bersalin.

Selain itu, elakkan juga makanan pantang jenis pedas kerana boleh menyebabkan masalah gastrik.

Terdapat beberapa menu berpantang bersalin czer yang dilarang dimakan iaitu:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Minuman berkarbonat
  • Minuman berkafein seperti kopi dan teh
  • Minuman beralkohol
  • Makanan yang menyebabkan angin seperti kobis, ubi dan lain-lain.
  • Nasi putih terutama jika mempunyai GDM.
  • Minuman dan makanan yang sejuk kerana boleh memberikan kesan buruk kepada tubuh.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 30+ Makanan Pantang Bersalin Yang Mudah & Berkhasiat, Sesuai Untuk Bayi Jaundice

Baca juga: Jenis Herba Yang Elok Untuk Ibu Berpantang, Bantu Pulihkan Dalaman Lepas Bersalin

Baca juga: Cara Berpantang Selepas Bersalin Mengikut Adat Kaum Melayu, India & Cina

Penulis

Farhana Fuad